Soalan Hangat Beauty Giveaway by Mrs Pip - Cerita Cinta Surirumah

Wednesday, 10 October 2018

Soalan Hangat Beauty Giveaway by Mrs Pip

hi there, so secara rasminya, tamat sudah beauty giveaway by mrs pip ... so lepas ni, kena stay tune untuk pengumuman pemenang bertuah ... dan thanks sudi join GA mrs pip tau ... sayang korang ketat ketat ...

Soalan Hangat Beauty Giveaway by Mrs Pip
Soalan Hangat Beauty Giveaway by Mrs Pip 


jom tengok senarai peserta >>> Senarai Peserta || Beauty Giveaway By Mrs Pip <<< dah check kedudukan nombor bertuah korang tak?

dan ni hah bakal hadiah yang dimenangi untuk giveaway ni >>> Hadiah Beauty Giveaway By Mrs Pip <<< suka tak ?

dan buat mereka mereka yang bertanyakan soalan kepada mrs pip since mrs pip kan hari tu ada buat sesi open question dalam giveaway ni, so mrs pip share kat sini jawapan kepada SOALAN SOALAN HANGAT korang tu ya ... and thanks juga sudi bertanya , hope lepas ni korang boleh kenal mrs pip dgn lebih dekat lagi ... tee hee :))


macam mana cari mood dan semangat untuk tulis blog?

mrs pip mmg plan at least sebulan ada 10 entry blog , ni minimum entry gitew ... nak cari mood tu , bila tak busy , bila anak anak pergi sekolah, so mrs pip bagi masa utk diri sendiri dalam sejam dua utk tulis blog ...

semangat tu datang dari korang korang yg rajin lawat blog mrs pip, hehe ... juga bila tengok blogger lain share nice entry, good story, so terasa eh eh I pun nak share juga my story .. so semangat kan .. lagi2 bila dapat buat collaboration dgn product atau brand ...


ni soalan motherhood type .. mrs pip pakai breast pump jenama apa dan kenapa pilih breast pump ni?

mrs pip guna breast pump jenama Autumnz, single breast pump ya .. mrs pip beli Autumnz ni kerana harga dia yg affordable time tu ... beli sekitar tahun 2015 , beli online jer di Lazada ...

tips nak beli breast pump?

mrs pip sarankan korang belilah electric breast pump, senang nak pump ... nak lagi cepat, beli double pump ... kalau mommies yg bekerjaya tu, mmg sesuai guna double pump berbanding single pump ni ... dan belilah yang berkualiti, senang nak cari spare parts kalau ada parts yg rosak, senang nak hantar servis gitew ...

boleh baca cerita pam susu yang mrs pip gunapakai tu




hehe, ni pula soalan busy body katanya ... Tak da la busy body, boleh jer tanya ...

mrs pip sebaik sahaja tamat belajar , mrs pip bekerja sebagai jurutera jaminan dan kawalan kualiti, lebih dikenali sebagai QAQC Engineer di site construction / tapak pembinaan selama beberapa tahun ...

lepas tu mrs pip tukar angin dan bekerja sebagai project asessor untuk beberapa tahun dan kemudian dipilih menjadi consultant resourse personnel ... kerja yang ni banyak liaise dengan client, pergi meeting, jumpa orang ... drive sana sini untuk attend meeting dan site visit ...

dan bila dah ada baby, mrs pip say goodbye to my career ... now my kids are my true career ... hehe.



tahun bila berblogging dan kenapa?

mrs pip pernah tulis blog pada tahun 2008, kemudian stop. lepas tu tahun 2015 start tulis lagi dan sampai sekarang still happy tulis blog ...

mrs pip tulis blog secara suka suka ja, tiada specific reason . hehe ...


nama mcm Chinese , so adakah mrs pip ni ada keturunan Chinese?

Yes, bab nama mmg dari dulu jadi soalan ramai ... Emphi Yap, bunyi mcm Chinese kan ... mrs pip TIADA langsung keturunan Cina ya .. hanya nama mcm org cina ...

kalau korang biasa dgn Sabahan, nama tidak semestinya melambangkan agama atau bangsa .. kalau bapa dia suka nama cina, nnt anak dapat lah seketul nama mcm cina ...

mrs pip ada kawan tau nama dia Rohaya Norhayati , tapi serius dia berketurunan Kadazan Kristian .. so, di Sabah ni, kadang kadang nama tu teda kena mengena dgn bangsa dan agama :))

tekad berhenti kerja?

senang jer nak jawab it is all because my children ... dah tiada siapa yg mrs pip yakin boleh jaga dgn baik, so betterlah mrs pip yg jaga sendiri ... so bye bye my career ...


mana tempat best holiday di Sabah?

alamak, banyak ja tempat nak pi holiday ... tengok jenis suka holiday mcm mana ...

kalau datang sehari dua di Kota Kinabalu, boleh pergi pulau berdekatan, Pulau Manukan, Pulau Mumutik, Pulau Sulug ... then habiskan masa jalan2 di Tamu Jalan Gaya kalau hari Ahad ... boleh try makan di pasar malam ...

tak pun boleh jalan jalan di Kundusang dan Ranau, banyak tempat menarik sebelah Kundasang Ranau ...

Banyak lagi tempat menarik, kalau nak bagi list ni, panjang berjela , hehe ... tp nnt nak dtg Sabah, boleh jer roger2 tanya mrs pip ok.


Membahagikan masa blogging dan keluarga?

well, kena pandai2 cari masa ... Biasanya blog ni buat bila anak2 pergi sekolah, atau sebelah malam bila baby tengah tidur lena ...


macam mana nak dapatkan income daripada penulisan?

hurm, yg ni susah nak jawab coz mrs pip pun tak tahu sangat ...

tapi awak boleh cuba check laman web influencer marketing ni:-

sushivid
nuffnang
churpchurp
starngage
bigcast
iris247
narratrs
komacinetwork
jag
ittify

mrs pip so far stick dgn sushivid pasal sushivid ni untuk requirement blog, mrs pip dah lepas ... so adalah sikit2 dpt job dari sushivid ...

selain tu, boleh try apply google adsense .. mrs pip tak lepas2 lagi google adsense ni ... hurm.

dan kena rajin rajin join blog community juga ...

so tu antara soalan soalan yang mrs pip pilih untuk jawab dalam entry ni ... yang lain tu mrs pip dah jawab dalam ruangan komen di entry yang bertanya ...

ada nak tanya mrs pip lagi tak ni? muehehe...

cheers.

11 comments:

  1. Eh.. Soalan kita terpilih la dlm entry antara soalan hangat kat GA.. Hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe ... hope jawapan menepati soalan :))

      Delete
  2. Replies
    1. stay tune for the lucky winner :))

      Delete
  3. eh eh eh aku pulak yang kusyuk baca...

    ReplyDelete
  4. seronok pulak baca soalan soalan hangat ni

    ReplyDelete
  5. Maaf sangat2 Mrs Pip sebab tak sempat join GA ni. Next time insha Allah.

    BTW, pasal nama tu mmg PH pun ingatkan Mrs Pip is of Chinese descent.

    Apapun eronok dapat kenal Mrs Pip thru the questions by the readers:)

    ReplyDelete
  6. wahhh gituuuwww. nasib baik takde jawapan "no komen" hahahaha. tenkiuuu mrs pip jawab soalan kc :D

    ReplyDelete
  7. Alhamdulillah terjawab soalan saya.. Suka baca pertanyaan dan jawapan rakan blogger lain juga.. By the way thanks Mrs Pip.. ;)

    ReplyDelete
  8. semua soalan dan jawapan menarik..

    ReplyDelete