September 2018 - Cerita Cinta Surirumah

Thursday, 27 September 2018

Hadiah photography props dari lubukseni.com

September 27, 2018 8
Hadiah photography props dari lubukseni.com
hi there, hari tu mrs pip tersenarai sebagai salah seorang pemenang giveaway dari blog lubukseni >>> senarai pemenang <<< so hadiah yang dimenangi ialah 10 pcs set props , design dan tema kita pilih sendiri ... dan selepas beberapa bulan diumumkan sbg pemenang (sambil nak confirm jantina baby hari tu coz balik2 scan baby asyik malu malu nak tunjuk jantina) , baru sekarang hadiah ni selamat diterima ... woha!

photography props
photography props

ekceli, mrs pip bila disenaraikan sbg pemenang tu, mmg teruja sangat coz design design props dari hasil tangan lubuk seni ni (tengok kat IG dorang) memang cantik cantik , so kira rezeki buat baby la time tu dpt menang props ni kengkonon boleh guna utk ambil gambar dgn baby ...

tapi tu lah, bila nak fikir bab tema dan design, ak juga confirmed baby dlm perut (time tu la) boy or girl .. mula mula I pilih kaler pinky pinky, nasib tak proceed design! hehe

photography props
photography props

ni ha baby yang duduk sedap dalam tummy mommy, tp beberapa kali scan asyik kepit kaki ... penat doktor nak scan confirmed kan jantina ... boy or girl ... dalam hati nak girl pasal dah ada dua boys, tapi rancangan Allah SWT tu siapa yang mampu nak lawan kan ...

dan time nak design props ni, mmg rasa "alaaaaa nanti lah design" .... sampai berbulan bulan lamanya tak proceed dgn design ... lepas dah confirmed jantina baby (tu pun sekitar 34 weeks) , baru mrs pip confirmed dgn design ...

ni tema baby boy, mrs pip pilih kaler red and orange ... dan wording tu pun pilih sendiri ... 

photography props
photography props

ni antara 5 pcs yang mrs pip guna untuk photoshoot dgn lil' Nami ... cumanya kemarin lil' Nami mcm meragam sikit, dia bad mood gitew ... maybe lil' Nami malas nak layan mommy ambil gambar la kot! hiks anak mommy ni ... baru few shoots dia dah nangis, so I is malas nak paksa2 baby kecil ni ... jadinya next time lagi la kita ambil gambar ... ambil yang lagi proper , insya allah ...

thanks lubukseni.com pilih mrs pip sebagai pemenang giveaway korang hari tu ... dan nak order props cantik cantik dari depa ni, boleh layan IG dorang kat @propsmalaysia ...

cheers.

Monday, 24 September 2018

Let's Be Beautiful by Ana Suhana

September 24, 2018 9
Let's Be Beautiful by Ana Suhana
hi there, mrs pip join giveaway dari rakan blogger ... kali ni GA yang dibawakan oleh blogger Ana Suhana ... syarat syarat penyertaan pun mudah dan ringkas saja ... so jom join ramai ramai ... selain tu, hadiah pun menarik ... nak join, klik banner di bawah ...

Let's Be Beautiful by Ana Suhana
Let's Be Beautiful by Ana Suhana
wish me luck tau.

cheers.

Sunday, 23 September 2018

Senarai Peserta || Beauty Giveaway By Mrs Pip

September 23, 2018 24
Senarai Peserta || Beauty Giveaway By Mrs Pip
hi there, yang join Beauty Giveaway by Mrs Pip ni, mrs pip nak bagitau THANKS support giveaway mrs pip ni ... lama tak buat giveaway di blog T_T , dan yang belum join lagi, jom join ramai ramai .. giveaway sedang  berlangsung sehingga 6 Oktober ni ... dan nak update senarai peserta yang join Beauty Giveaway by Mrs Pip , so check your lucky number ya ... sambil tunggu giveaway tamat, korang bolehlah blogwalking sesama korang ... 

Senarai Peserta || Beauty Giveaway By Mrs Pip
Senarai Peserta || Beauty Giveaway By Mrs Pip

senarai peserta 
Beauty Giveaway By Mrs pip


28. http://www.sayidahnapisah.com/2018/09/beauty-giveaway-by-mrs-pip.html
29. http://www.kasihjuju.com/2018/09/beauty-giveaway-by-mrs-pip.html
30. http://www.mariafirdz.com/2018/09/beauty-giveaway-by-mrs-pip.html

31. https://belogsjm.blogspot.com/2018/09/beauty-giveaway-by-mrs-pip-6-oktober.html
32. http://sweetepalhijau.blogspot.com/2018/09/beauty-giveaway-by-mrs-pip.html
33. https://kanvasdakwat.blogspot.com/2018/09/beauty-giveaway-by-mrs-pip.html
34. http://jom-santai-aje.blogspot.com/2018/09/beauty-giveaway-by-mrs-pip.html
35. https://ikashoid.blogspot.com/2018/09/beauty-giveaway-by-mrs-pip.html
36. http://www.sisgee.com/2018/09/beauty-giveaway-by-mrs-pip.html
37. https://ladyinredplanner.blogspot.com/2018/09/beauty-giveaway-by-mrs-pip.html
38. http://penselduabee.blogspot.com/2018/09/beauty-giveaway-by-mrs-pip.html
39. http://www.maisarahsidi.com/2018/09/beauty-giveaway-by-mrs-pip.html
40. https://littlesnorlax.blogspot.com/2018/09/beauty-giveaway-by-mrs-pip.html

41. http://www.papaglamz.com/2018/09/beauty-giveaway-by-mrs-pip.html
42. https://www.cikash.com/2018/09/beauty-giveaway-by-mrs-pip.html
43. http://mulan-sahbanu.blogspot.com/2018/10/beauty-giveaway-by-mrs-pip.html
44. https://alyamaisarahxo.blogspot.com/2018/10/beauty-giveaway-by-mrs-pip.html

45. YOU NEXT .....



yang tak join lagi, jom join klik banner di bawah



hadiah untuk pemenang?

alamak, tak sempat nak update lagi


cheers.

Thursday, 20 September 2018

Nami Heavenlee || 30 days old

September 20, 2018 9
Nami Heavenlee || 30 days old
hi there, the first month of Nami Heavenlee

.....

Little Nami today 20.09.2018 , it has been a month since the delivery.


Nami is now 500gram heavier than before (his delivery weight was 3.13kg).

He has his own sleep pattern . He sleeps a bit longer at night now compared to his early weeks of delivery. He sleeps around 8pm, and wakes up at 11pm (or 1am) and again at 3am (or 5am) for BF ...

Nami usually takes his morning bath at 9.30am and his evening bath at 4.00 pm.


today, he has a slight fever, a bit of mood swing but tolerable, mommy only put koolfever to bring down the heat from his body ❤

he is an easy baby to handle, loves to smile, not so clingy so far 😘 loves to suck his hand ...

last few days ago, mommy had engorged breast and clogged ducts, and was on fever

#breastfeedingisnoteasysometimes


and yeah, mommy managed to throw away the first 9 kilos of bodyweight in 30 days ... more kilograms to burn 🔥...

wish Nami to grow up healthy , muahhhh

cheers.

Tuesday, 18 September 2018

Berpantang ringkas selepas bersalin

September 18, 2018 14
Berpantang ringkas selepas bersalin
hi there, dah hampir sebulan dalam berpantang (confinement) selepas melahirkan lil' Nami ... setiap kali selepas bersalin dari lil' Iman, lil' Amin dan sekarang ni lil' Nami, makanan berpantang disediakan sepenuhnya oleh mr.Husband, dan menu memang menu yang ringkas ringkas sahaja tapi cukup memberikan tenaga dan penuh khasiat gitew ...

memang sebulan pertama ni, mrs pip jaranggggggggggggg masuk dapur untuk memasak ... tugas memasak di ambil alih sepenuhnya oleh incik suami ... 

mak mak yang bersalin tu, korang berpantang mcm mana? mrs pip menu memang hampir sama saja sepanjang masa berpantang ni ... mr.Husban cakap, kalau nak makan yang lebih lebih tu, kena tunggu habis waktu berpantang dulu *sigh* 

menu untuk berpantang

so, menunya hanya sebegini setiap hari:-
  • separuh / suku nasi putih + sup ikan / sup ayam / sup sayur / sup telur + buah
  • bubur ayam kampung + buah 
untuk sayur pula, memang setiap kali dalam sup tu, mr.Husband akan letak sawi / betik muda

manakala minuman petang / minum malam pula , menu yang disediakan pun memang sama saja
  • minuman panas milo nestum , bersama biskut kering Jacob Crackers / seketul dua buns  

dan perlu minum air 3 liter sehari mengikut sukatan 1L air bersamaan dengan setiap 25kg berat badan (jumlah air yang disyorkan) ...

Berpantang ringkas selepas bersalin
Berpantang ringkas selepas bersalin

untuk selama waktu berpantang, memang inilah menu UTAMA yang akan disajikan oleh mr.Husband setiap hari ... 

dan ikan pula, bukan semua jenis ikan boleh dimakan untuk yang baru lepas bersalin (kalau mrs pip memang belasah saja makan apa jenis ikan)...

mr.Husband lebih tahu ikan mana yang boleh dan tak boleh dimakan oleh mrs pip , dan ikan yg dibeli pun jenis ikan yang betul betul FRESH (ikan sini harga mahal woooo , boleh pengsan nak beli ikan fresh) ... 

so far, mrs pip ok saja makan menu yang mr.Husband sediakan ... mrs pip suka makan sup ikan yang mr.Husband sediakan berbanding sup ayam kampung ... dan akan minum air banyak banyak , well memang cepat dahaga bila kita kerap breastfeed kan baby ...

nasi memang mrs pip kurang makan, pasal risau sangat kena sembelit selepas bersalin , hehe. alhamdulillah, so far tak da la sembelit teruk mcm hari tu kena time mengandung lil' Nami ni ... buah pun memang kerap makan ... selalu ada betik di dapur ... rajin mr.Husband beli betik untuk mrs pip 

misi mengurangkan berat badan

turun berat badan 2 minggu selepas bersalin
turun berat badan 2 minggu selepas bersalin


dan untuk 2 minggu pertama, mrs pip berjaya turun berat badan 7.6 kg ... hari tu sebelum lil' Nami lahir, berat badan mrs pip 79 kg ... mrs pip cadang nak turun berat badan capai 64 kg kalau boleh dalam sebulan ni ...

tapi it seems like tak mampu pula nak capai berat badan 64 kg dalam sebulan ni ... tadi (18/9/18) baru saja timbang berat , cuma turun sikit saja 70.3 kg ! 

mrs pip set target lagi dalam 2 minggu akan datang 4/10/2018 , mrs pip harap berat badan boleh turun dalam sekitar 3 kg dulu ... slow slow turun as long as berat tak naik ... 

nampak gayanya, memang kena bersenam setiap hari dan lebih kerap ... 

semoga perjalanan untuk menurunkan berat badan berjaya.

berbengkung

berbengkung perkara harus bagi mrs pip ... mrs pip beli benkung ni beberapa tahun dulu sewaktu mengandungkan lil' Amin. ni keluaran Tanamera, bengkung jenis lebih kurang lilit zig zag ... pakai bengkung mcm ni agak leceh, tapi bengkung ni senang nak kembalikan bentuk tubuh badan kalau dipakai setiap hari ... eh, I is not interested to get ramping ya ...

bengkung tanamera
bengkung tanamera

seperti korang sedia maklum, once dah bersalin ni, perut pun menggelebeh, menggelebar dan lemak sana sini terbentuk, sampai kau sendiri pun tak rasa selesa dengan bentuk tubuh badan kan ... perut buncit tu jangan cakaplah ... adoi!

so, di sinilah fungsi bengkung sebenarnya , untuk kembalikan bentuk badan ... tak dpt bentuk badan asal sebelum bersalin pun tak pa, yang penting at least bentuk badan tu tak la menggelebeh dan menggelebar sangat ...

ni antara kebaikan bengkung untuk korang take note (kredit : AsianParent)

  • Mengempiskan perut dan memulihkan kulit perut — mengurangkan kesan regangan, menghilangkan tompok hitam pada kulit perut
  • Membuang angin dalam badan.
  • Mengembalikan kedudukan peranakan/mengelak rahim jatuh
  • Mengecutkan rahim yang bengkak selepas bersalin
  • Mempercepat proses pengeluaran darah kotor
  • Mengelak badan dari ‘masuk angin‘
  • Mengelak masalah perut buncit dan menggelebeh
  • Membantu menghilangkan sakit belakang
  • Menguatkan kembali kedudukan tulang belakang
  • Mengurangkan rasa sakit pada perut
  • Mengetatkan otot perut yang longgar semasa hamil
  • Memecahkan lemak dan selulit
  • Menggalakkan postur badan yang baik
  • Membantu proses penyusuan
  • Mencegah makan lebih banyak (kurang berat badan, yay!)
yang mrs pip highlight bold tu ialah kesan bengkung yang mrs pip rasa sendiri ... sangat membantu mrs pip dalam proses memperbaiki bentuk badan dan juga membantu mengurangkan rasa sakit tulang coz setiap kali BF, mrs pip memang akan duduk dan mmg terasa sakit juga bahagian belakang badan ni kan coz duduk lama ... 

dan yang nak kurangkan berat , pakai bengkuk ni akan ketatkan perut, so nak makan banyak tu memang tak dapat .. lama lama akan terbiasa makan sikit, so kurang makan, maka berat pun boleh turun ... hehe.

bertungku


tungku 2kg
tungku 2kg

selain berbengku, mrs pip bertungku juga ... tapi tak selalu lah ... sekali dua dalam seminggu mcm tu la ... nak bertungku ni ambil masa agak lama ... nak panaskan tungku pun satu hal , so mm tak dpt nak buat hari hari ... kadang2 time nak start bertungku, baby dah nangis la pula nak BF .. terpaksa stop bertungku ... nak sambung balik, tungku pun dan suam suam kuku, huhu kena panaskan semula la pula ..

tungku ni pun, tak boleh nak panaskan sangat ... boleh hangus sarung tungku tu nanti ... hari tu mrs pip ada share kelebihan bertungku selepas bersalin serta bahagian badan yang sesuai untuk ditungkukan ... nak baca entry tu boleh klik 


mandian herba

mandian herba
mandian herba

untuk mandian pula, mrs pip guna mandian herba yang mr.Husband beli di pasar ... satu ikat mandian herba ni, boleh guna mandi dalam 4 kali ... satu ikat ni harga dalam sekitar RM8.00 ... ni lah mandian herba yang mrs pip guna sejak lil' Iman , kemudian lil' Amin dan sekarang lil' Nami ... memang suka mandian herba ni ... rasa badan lebih relax, bermaya, hangat lepas guna mandian herba ni ... mandian herba ni ada bau aroma yang buat rasa tenang bila guna ...

jangan korang tanya pula apa kandungan bahan yg digunakan ... ni orang-orang kampung yang sediakan, kitorang ni beli jer ... yang pasti ada serai wangi ...

ni antara berpantang ringkas mrs pip selepas bersalin, cara korang pula macam mana?

cheers.

Saturday, 15 September 2018

Beauty Giveaway By Mrs Pip

September 15, 2018 47
Beauty Giveaway By Mrs Pip
hi there, dah lama tak buat giveaway di blog, so hari ni mrs pip nak buat BEAUTY GIVEAWAY BY MRS PIP ... korang nak join tak? jom join ramai ramai ... the more the merrier ... syarat syarat nak join pun tak susah mana pun ... 

giveaway ni mrs pip dah lama nak buat, tapi banyak pula benda kena settle ... giveaway ni dibuat sempena ulangtahun pertama blog berjaya guna domain sendiri, lepas tu sempena newborn baby ketiga mrs pip juga, dan pageviews blog dah lepas setengah juta (hope millions pageviews in the future kan) ...

Beauty Giveaway By Mrs Pip
Beauty Giveaway By Mrs Pip

syarat syarat BEAUTY GIVEAWAY BY MRS PIP

1. Post banner di atas dalam entry korang dan backlink kan ke entry mrs pip ni
2. Tulis tajuk entry korang Beauty Giveaway By Mrs Pip
3. Follow blog mrs pip ni
4. Follow IG mrs pip >>> mrspip18 <<<
5. Follow facebook page mrs pip >>> mrspip18 <<<
6. Follow Twitter (jika ada) >>> mrspip18 <<<
7. Kena karang sedikit ayat untuk mrs pip ... cer bagitau mrs pip
    >>> apa yang korang suka mengenai blog mrs pip?
    atau
    >>> ada apa-apa soalan yang korang nak tahu mengenai mrs pip tak?

8. Giveaway ni berlangsung dari ianya dipublish , dan akan tamat pada 6 Oktober 2018.

hadiah dan cara pemenang dipilih?

nanti mrs pip update di entry akan datang.


klik banner di bawah to check your lucky number!


klik banner klik banner


ok, jom join ...

cheers.

Thursday, 13 September 2018

Pantang larang mengenai Instagram yang korang perlu tahu

September 13, 2018 18
Pantang larang mengenai Instagram yang korang perlu tahu
hi there, mrs pip nak share PANTANG LARANG HAD INSTAGRAM ... selama ni guna instagram, tak tahu pula ada pantang larang , so tadi bila ada blogger kongsi di group whatsapp mengenai PANTANG LARANG HAD INSTAGRAM , barulah mrs pip tau rupa-rupanya ada juga pantang larang nak guna instagram ni ... so, ni dah tahu pantang larang guna instagram, betterlah mrs pip share juga di blog untuk bacaan korang T_T eh, bagus juga masuk blog, kalau lupa boleh mrs pip baca artikel ni berulang kali , cia cia cia.

Pantang larang mengenai Instagram
Pantang larang mengenai Instagram

PANTANG LARANG MENGENAI INSTAGRAM

1. UNFOLLOW/FOLLOWING - 40/jam & 900/sehari
(ini paling selamat, ada account boleh buat 100/jam & 1000 sehari tapi tak semua jadi jangan guna maksimum. Patuh had selamat utk lebih selamat)

2. Likes - 30/jam & 500 likes per day
Anda boleh likes akaun Instagram lain sebanyak 30 sahaja setiap jam. Dan maximum anda boleh likes adalah 500 likes dalam sehari.

3. Comment -  30/jam & 500 comment per day
Anda boleh comment gambar akaun Instagram lain sebanyak 30 sahaja setiap jam. Dan maximum anda boleh likes adalah 100 likes dalam sehari. (jangan spam comment yang sama!)

4. Posting - 10/jam
Tak pasti limit, tapi pastikan jangan post gambar banyak2 terus satu masa. Bagi rehat 15 minit utk next post.

5. Hashtag - 30 per post
Maximum hashtag yang boleh digunakan hanya 30. Jika lebih post anda tidak akan naik atau bila anda post tu caption semua hilang.

6. FOLLOWING MAXIMUM PER ACCOUNT - 7500 Following
Anda hanya boleh follow orang maksimum 7500 orang sahaja, selepas tu ig anda tak akan boleh follow orang dah. Jadi anda perlu unfollow dahulu sebelum anda nak following dan tarik follower baru.

7. Caption - 2200 Huruf/charaters tanpa hashtag.
Nak membebel panjang2 tak boleh panjang sangat sebab instagram limitkan ke 2200 sahaja.

8. IG Stories - 15 saat, boleh save di highlight.
Anda boleh save ig stories anda di bahagian highlight bawah biodata instagram untuk rujukan orang ramai ig stories anda yang lepas.

9. Video Ig - Maksimum 1 minit sahaja.
Post video satu minit sahaja, tapi anda boleh buat album utk buat sambungan video dalam post yang sama, cuma kena swipe video ke kiri dan ke kanan utk orang tengok video anda yang lain. Tak perlu upload banyak2 kali video anda dkt post2 berbeza.

mrs pip sendiri pun selama ni tak tahu sangat mengenai instagram ni, cuma tahu post gambar, buat caption dan beberapa hashtag ... lepas tu like like like gambar, komen komen komen gambar.

dah alang alang cakap pasal Instagram ni, ada lagi IG account korang yang mrs pip tak follow, so kalau nak mrs pip follow, sambil sambil baca entry ni, apa kata korang tinggalkan IG account korang kat komen tu ... insya allah nanti mrs pip follow tau!

nak follow IG mrs pip, just klik kat side bar tu ada button IG , tak pun boleh follow kat 

semoga perkongsian ni bermanfaat untuk kita kita semua ...

cheers.

Monday, 10 September 2018

Imaan wet tissue, membersih lagi harum

September 10, 2018 20
Imaan wet tissue, membersih lagi harum
hi there, sejak bergelar mommy ni, salah satu barang WAJIB ada dalam tote beg mrs pip tak lain tak bukan ialah WET TISSUE .. once dah beranak pinak ni, memang I is cannot kalau tiada wet tissue dalam tote beg ... baru baru ni, mrs pip ada try Imaan wet tissue, first time guna ... suka sangat dengan Imaan wet tissue, membersih lagi harum tau  ...

Imaan wet tissue
Imaan wet tissue

Imaan wet tissue ni ada beberapa jenis dan mempunyai fungsi yang tersendiri , antaranya 

Imaan Premium Wet Tissue & Imaan Suci Facial Wipes
Imaan wet tissue
Imaan Premium Wet Tissue & Imaan Suci Facial Wipes

Imaan Premium Wet Tissue
  • Fungsi membersih solekan (deep cleansing)
  • Tambahan formula minyak argan
  • Membersih dan melembap
  • Sesuai untuk kulit kering dan sensitif

Imaan Suci Facial Wipes
  • Tisu pembersih wajah tanpa perlu membawa pencuci muka
  • Berfungsi sebagai pembersih wajah
  • Mengandungi formula aloe vera dan vitamin E
  • Membersih dan menyegarkan kulit
  • Sesuai untuk kulit berminyak dan berjerawat

Imaan Suci Family Wipes
Imaan wet tissue
Imaan Suci Family Wipes

Imaan Suci Family Wipes
  • Sesuai digunakan untuk membersihkan anak yang menyusu, makan, tukar lampin, dan muntah,
  • Sesuai untuk kegunaan bayi dan seisi keluarga
  • Mengandungi formula madu lebah, aloe vera dan vitamin E
  • Membersih dan menyegarkan kulit
  • Menghilangkan bau badan (digunakan sebagai deodorant)
  • Digunakan untuk membersihkan peralatan mainan anak anak, perabot, dan sebagainya

mrs pip sesekali menggunakan alat solek juga ... dan dalam banyak banyak alat solek tu, biasanya maskara lah yang paling sukar untuk ditanggalkan ... dah guna cleansing make remover pun, ada juga cebisan degil yang sukar dihilangkan ... 

selain maskara, nowadays mrs pip suka guna lip tint, dan serius lip tint TonyMoly ni memang sejenis lip tint long lasting dan boleh tahan juga sukar untuk ditanggalkan ...

boleh baca entry review mrs pip mengenai >>> lip tint jenama TonyMoly <<<

Imaan wet tissue
Imaan wet tissue


jadi, mrs pip buat eksperimen terhadap maskara dan lip tint ni sama ada mampu atau tidak ditanggalkan menggunakan Imaan Premium Wet Tissue memandangkan Imaan Premium Wet Tissue ni sejenis tissue yang mampu membersihkan solekan secara deep cleansing kan ... 
  • mula-mula, mrs pip letak secalit maskara dan lip tint di atas kulit tangan 
  • tunggu sehingga maskara dan lip tint tu kering 
  • ambil sehelai Imaan Premium Wet Tissue dan bersihkan maskara dan lip tint tadi

hasilnya? 

>>> maskara tu memang senang saja nak dihilangkan ...
>>> lip tint tu kena sapu beberapa kali guna Imaan Premium Wet Tissue tu, dan berjaya dihilangkan

memang puas hati guna Imaan Premium Wet Tissue ni ...


Imaan wet tissue
Imaan wet tissue
bila memandu nak ambil anak anak dari sekolah, siap dengan cuaca panas lit lit ni, memang perlu sangatlah ada Imaan Suci Facial Wipes untuk segarkan wajah, yang bestnya lagi dah lah menyegarkan wajah dan membersihkan kulit, harum giler tisu Imaan ni tau :)) 

dan Imaan Suci Family Wipes ni, memang sangat multi purpose ... anak anak kadangkala makan dalam kereta , so bukan setakat tangan kotor, siap muka pun comot, dan ada masanya makanan pula tumpah dan kotorkan kerusi kereta, guna saja Imaan Suci Family Wipes ni untuk bersihkan anak anak, siap bersihkan kerusi kereta ... dah bersih, harum nyaman kereta kita!

yang nak tahu lebih lanjut atau mencari Imaan wet tissue ni, 
boleh check laman media sosial Imaan wet tissue seperti berikut :-

Laman Web : www.imaansuci.com
Facebook : Imaan Suci World
Instagram : Imaan Suci World

nak beli di Shopee pun boleh 

atau email kan sebarang pertanyaan ke
zira.shahrudin@gmail.com

#easytravel #tisutravel #imaanworld #imaansuci #teabuahimaan

cheers.

Sunday, 9 September 2018

Lil' Iman join peraduan mewarna || 8.9.18

September 09, 2018 8
Lil' Iman join peraduan mewarna || 8.9.18
hi there, throwback cerita kemarin 8.9.18 , lil' Iman join peraduan mewarna sempena bulan kemerdekaan ... well, ni laoshi dia lah yang suruh join for fun saja ...

lil' Iman ni, kitorang sedia maklum, bab bab mewarna ni dia memang tak capai tahap lulus lagi ...

pendek kata, bakat mewarna / melukis lil' Iman masih belum berjaya dikeluarkan lagi ... setakat lukis ketam, lukis dinosaur, lukis octopus, lukis ikan tu bolehlah sikit sikit ... tapi wewarna? adoi, lil' Iman main hentam kromo jak tu ...

pertandingan mewarna ni diadakan di kawasan Serambi Membakut jam 8.30 pagi , dan penyertaan dalam 30 orang kalau tak silap ...

bakat mewarna lil' Iman yg tidak seberapa

mrs pip tak pergi tengok lil' Iman mewarna coz still berpantang melahirkan lil' Nami ... so, lil' Iman dan mr.Husband berdua saja yang pergi .... lil' Amin pun tak join, just stay at home temankan mrs pip and baby ...

well, walaupun tak menang (budak2 lain semua kaler lukisan cantik gila2 kata mr.Husband), tapi it was a good exposure and experienced for lil' Iman , dia pun happy dapat main kaler2 ...

dia bukan faham pun yang ni ialah coloring contest ... ndak menang ndak apa, yang penting lil' Iman enjoy mewarna dengan kawan kawan ...

till then, kot kot tahun depan bakat mewarna lil' Iman ada improvement, bolehlah join coloring contest lagi T_T

cheers.

Thursday, 6 September 2018

Facial sheet mask murah di Shopee

September 06, 2018 24
Facial sheet mask murah di Shopee

Facial sheet mask murah di Shopee || hi there, yes tak tipu ... mrs pip berjaya beli facial sheet mask murah di Shopee. 26 pieces facial sheet mask ni, mrs pip beli pada harga RM25.00 sahaja (tidak termasuk postage yang dikenakan RM4.25) ... jumlah bayaran penuh termasuk postage ; RM29.25 ...

facial sheet mask jenama MALIE ni mrs pip pernah guna sebelum ni ... guna SNAIL dan VITAMIN tu ... kebetulan ternampak facial sheet mask Malie yang murah ni di Shopee time flash deals hari tu sempena MYCYBERSALE , terus beli ... untuk dapatkan mask harga murah murah ni bukan senang tau! 

Facial sheet mask Malie murah di Shopee
Facial sheet mask Malie murah di Shopee 

facial sheet mask Malie ni ada 13 jenis ! kinda adventurous ni nak try satu persatu ... setiap satu jenis ada dua pack ...

  • snail
  • collagen
  • aloe
  • pearl
  • cucumber
  • placenta
  • green tea
  • pomegranate
  • coenzyme10
  • red ginseng
  • vitamin
  • stem cell
  • royal jelly

Shopee Shake
Shopee Shake

dan first time juga mrs pip terjebak beli barang di Shopee ... lagi lagi tengah MYCYBERSALE ni, kalau korang kaki shopping di Shopee, korang jangan lupa tau shake shake kumpul coins ...

mrs pip order pada 29/8/18 dan barang sampai dengan selamat di alamat mrs pip pada 4/9/18 ... laju bah pengeposan seller ni tau! memang terbaik.

p/s: kalau mrs pip buat BEAUTY GIVEAWAY, dan bagi beberapa keping mask ni kat pemenang, ada sesiapa tak yang nak join? 

stay beauty ladies :))

cheers.

Wednesday, 5 September 2018

Tahun ke-dua guna domain mrspip dot com

September 05, 2018 4
Tahun ke-dua guna domain mrspip dot com
hi there, setahun yang lalu, blog sukasukasurirumah.blogspot.com berjaya ditukar nama kepada domain www.mrspip.com , dan ianya hasil bantuan blogger sishawa T_T nak beli domain cuma perlu bayar RM60.00 sahaja, mrs pip beli domain di NetKL, dan mrs pip renew domain juga di NetKL, RM45.00 setahun.

domain mrs pip akan expire setiap tahun pada 27/Ogos, dan sebelum menghampiri tarikh expire tu, NetKL hantar email untuk ingatkan mrs pip yang domain nak expire, dan NetKL bagitau cara pembayaran untuk renew domain ni ... 

hanya perlu bayar pada akaun bank NetKL, kemudian email semula bersama bukti pembayaran, dan sertakan sekali Invoice No. (yang NetKl berikan dalam email untuk penyambungan domain) juga nama domain kepada NetKL ... dan tunggu update email dari NetKL yang domain berjaya direnew ...  

mrspip dot com
mrspip dot com 

so, ini tahun ke-2 blog mrs pip ber-domain, dan berharap domain ni berjaya di-renew dan digunakan untuk tahun tahun akan datang ... semoga mrs pip rajin menulis entry di blog, well ada masanya tak tahu nak tulis apa, dan ada masanya macam terasa malas nak meng-update blog ...

blog ni juga melalui beberapa make-over, dan akhirnya memilih to stuck with this makeover for few more years (maybe) sebelum make over lagi dan lagi ...

mrspip dot com
mrspip dot com


lama rasanya mrs pip tak buat giveaway kan ... hope dalam masa terdekat ni, ada giveaway by mrs pip datang menyusul ... so stay tune tau!

dan thanks kepada semua yang selalu lawat , komen dan support blog mrs pip yang tidak seberapa ni ... dan mrs pip nak ucapkan kat korang kengkawan blogger tu, happy blogging! luv you ols :)) ...

cheers.

Tuesday, 4 September 2018

Huawei Honor Bluetooth Tripod Selfie Stick (Model: AF15)

September 04, 2018 5
Huawei Honor Bluetooth Tripod Selfie Stick (Model: AF15)
Huawei Honor Bluetooth Tripod Selfie Stick (Model: AF15) || hi there, so quite sometime mengidam nak beli selfie stick cum tripod , tapi nak beli yang ada bluetooth button ... beli online saja , cari punya cari, terjumpa Huawei Honor Bluetooth Tripod Selfie Stick (Model: AF15) , dan bila ramai buyer yang buat review seller ni jual Huawei Honor Bluetooth Tripod Selfie Stick (Model: AF15) genuine / original, dan harga pun berpatutan , terus grab seketul!

Huawei Honor Bluetooth Tripod Selfie Stick (Model: AF15)
Huawei Honor Bluetooth Tripod Selfie Stick (Model: AF15)

kadangkala nak wefie ramai ramai dan perlu letak selfie stick jauh sikit so boleh ambil gambar berkumpulan dengan harapan semua orang akan masuk dalam gambar, so Huawei Honor Bluetooth Tripod Selfie Stick (Model: AF15) better korang beli. ni bukan setakat selfie stick, tapi boleh jadi tripod stick juga, memudahkan korang gambar secara berkumpulan. dan tak perlu susah susah nak guna TIMER kat smartphone korang, coz hanya klik saja bluetooth button selfie stick ni (boleh ditanggalkan dan korang pegang bersama) , tada! wefie dah berjaya ...

Huawei Honor Bluetooth Tripod Selfie Stick (Model: AF15)
Huawei Honor Bluetooth Tripod Selfie Stick (Model: AF15)

ada sticker huawei, walaupun tulisan semua Chinese Character, tapi logo Huawei tu asli bah kan ... tak yakin dengan sticker ni asli, bolehlah korang scan yer ...

Huawei Honor Bluetooth Tripod Selfie Stick (Model: AF15)
Huawei Honor Bluetooth Tripod Selfie Stick (Model: AF15)

yang tertera di kotak .... 

  • Remote control; bluetoth wireless remote control
  • Rotation; 360 degree rotation, supports shooting in both potrait and landscape modes
  • Battery; button cell (disediakan bersama pembelian)
  • Rod; fixed, antiskid, aluminum rod
  • Tripod; tripod supports Huawei's Night shot and light painting modes

Huawei Honor Bluetooth Tripod Selfie Stick (Model: AF15)
Huawei Honor Bluetooth Tripod Selfie Stick (Model: AF15)

macam mana nak aktifkan bluetooth tu? senang saja, just ON kan saja button bluetooth tu, lepas tu ON kan bluetooth di smartphone korang, dan search for pairing ... once smartphone korang detect Huawei bluetooth AF15 devices, boleh guna dah ...

setiap kali nak guna, jangan lupa aktifkan bluetooth kat smartphone korang!

Huawei Honor Bluetooth Tripod Selfie Stick (Model: AF15)
Huawei Honor Bluetooth Tripod Selfie Stick (Model: AF15)
see, button bluetooth yang boleh ditanggalkan daripada selfie stick tersebut, dan kaki tripod yang berdiri dengan baik.

Huawei Honor Bluetooth Tripod Selfie Stick (Model: AF15)
Huawei Honor Bluetooth Tripod Selfie Stick (Model: AF15)
dan boleh pasang secara potrait atau landscape, nak pusingkan pun senang ... dan lagi best, Huawei Honor Bluetooth Tripod Selfie Stick (Model: AF15) tak panjang mana pun, senang nak masuk dalam handbag dan ringan! I like T_T

Harga untuk Huawei Honor Bluetooth Tripod Selfie Stick (Model: AF15) RM59.00 dan bonus buat mrs pip bilamana ianya FREE SHIPPING dan siap dapat coupon discount RM5.00 (beli di 11Street) , so mrs pip just bayar RM54.00 dan produk ni shipped dari Petaling Jaya ... 

>>> link product <<< 
>>> link seller <<<

selain memudahkan mrs pip nak selfie, lepas ni senang nak buat video, dah tak perlu susah susah nak letak phone atas meja lepas tu ntah brapa kali nak adjust phone supaya dapat angle yang ok asyik skid atas meja ... guna tripod kan senang, ada yang tolong grip , taklah dia slide sideways kan ...

sekian review ikhlas mrs pip #honestreview

cheers.

Saturday, 1 September 2018

Terokai SEEngapore bersama Traveloka Promotion

September 01, 2018 23
Terokai SEEngapore bersama Traveloka Promotion
Terokai SEEngapore bersama Traveloka Promotion || Singapore sinonim dengan Kota Keriangan, merupakan sebuah negara yang berjiran dengan negeri Johor. Walaupun Singapore hanyalah sebuah pulau yang kecil, namun ianya tidak menghalang pengunjung yang datang melawat ke Negara Kota Singa ini untuk menikmati percutian yang menyeronokkan keraana Singapore menyediakan banyak destinasi menarik untuk dilawati. Dan untuk memudahkan korang melawat Kota Singa ini, jom terokaiSEEngapore bersama Traveloka Promotion.

SEEngapore For a roaring good time with Traveloka Promotion
SEEngapore For a roaring good time with Traveloka Promotion

Kalau mrs pip nanti berkesempatan melawat Singapore, antara top 5 tempat menarik yang mrs pip nak pergi ialah Marina Bay, Universal Studios Singapore, Empress Place Building, Pulau Sentosa dan Chinatown.

1/ Marina Bay

Marina Bay
Marina Bay
Photo: Credit to Google

Kalau datang ke Singappore, memang tak sah kalau tak melawat Marina Bay ... bangunan sangat modern dan menarik, lepas tu siap kawasan sekeliling pun cantik, lagi lagi kalau waktu malam dengan cahaya lampu yang pelbagai dan mrs pip ni memang suka tengok bangunan dengan hasil seni bina yang menarik, so wajib datang melawat Marina Bay ni.

Marina Bay merupakan antara mercu tanda yang terkenal di Singapore, dan dengar khabar, Marina Bay menelan kos pembinaan sebanyak RM23 billion. Antara aktiviti menarik yang ada di Marina Bay ialah melawat Marina Bay Sands Skypark di mana pengunjung boleh mengambil gambar panaroma sekitar Kota Singa, melihat pertunjukan cahaya Wonder Full, melawat Muzium Sains Seni, makan di restoran yang eksklusif, membeli belah dan sebagainya.

2/ Universal Studios Singapore


Battlestar Galactica Duelling Rollercoaster
Battlestar Galactica Duelling Rollercoaster
Photo: Credit to Google

Universal Studios Singappore (USS) , salah satu daya tarikan yang ada di Singapore. Teringin nak datang melawat USS ni dengan anak-anak, mesti anak-anak suka. Bukan setakat anak-anak saja yang suka, ni mak budak pun suka, hehe. Boleh luangkan masa sehari suntuk bersuka ria kat USS bersama keluarga tersayang. Banyak benda boleh layan kat USS ni tau. 

Siapa yang tak tahu mengenai Universal Studios Singapore ataupun lebih dikenali sebagai USS yang mula dibuka kepada umum pada pada May 2011 (Grand Opening). Ianya terbahagi kepada beberapa zon dengan tema tersendiri antaranya, 
  • zon Hollywood yang mempunyai replica Hollywood Walk of Fame, 
  • zon New York yang mempunyai replica New York Public Library yang terkenal, 
  • zon Sci-Fi City yang mempunyai Battlestar Galactica Duelling Rollercoaster, 
  • zon Ancient Egypt, 
  • zon The Lost World, 
  • zon Far Far Away yang mempunyai binaan istana menarik, dan 
  • zon Madagascar yang diinspirasikan daripada DreamWorks Animation.
3/ Empress Place Building

Empress Place Building
Empress Place Building
Photo: Credit to Google

mrs pip dan mr.Husband sukakan sesuatu yang ada kaitan dengan sejarah. Dengan mengetahui dan memahami sesuatu sejarah tu, kita akan dapat tahu dan faham apa yang pernah berlaku dahulu di satu satu tempat. So, nak tahu banyak mengenai Singapore, Empress Place Building mungkin ada jawapannya. 

Kalau korang yang sukakan sejarah dan ingin mengetahui mengenai sejarah Singapore, korang bolehlah berkunjung ke Empress Place Building yang menempatkan Muzium Tamadun Asia. Senibina bangunan ini juga menarik , ianya dibina sebanyak 4 fasa, bermula sekitar tahun 1864 sehingga 1920, dan pada dulunya merupakan pejabat pentadbiran kerajaan.

Melawat bangunan bersejarah pasti akan membuatkan korang berasa seperti berada di zaman kolonial.

4/ Pulau Sentosa


Pulau Sentosa Map
Pulau Sentosa Map
Photo: Credit to Google

Oh yes, sesuatu yang berkaitan dengan pantai dan laut, memang disukai mrs pip dan keluarga. Dan di Singapore ni, tempat terbaik untuk layan aktiviti laut ialah di Pulau Sentosa. Bukan sekadar aktiviti laut saja, banyak lagi perkara menarik yang disediakan di Pulau Sentosa.

Ingin lari dari kesibukan kota dan mahukan percutian persisiran pantai dan keriangan bermain air? Pulau Sentosa adalah jawapannya. Korang boleh pergi ke Pantai Siloso dan menghabiskan masa berehat di pantai, berkayak ataupun bermain papan luncur. Korang juga boleh melawat Aquarium Underwater World dan melihat keindahan hidupan laut dengan lebih dekat, selain memberanikan diri menyelam bersama dolphin. Dan banyak lagi perkara menarik yang korang boleh layan semasa berada di Pulau Sentosa.

5/ Chinatown

Chinatown Singapore
Chinatown Singapore
Photo: Credit to Google

Nak merasai makanan Cina authentic? selain bangunan yang menarik dan nak shopping kat sini pun dengarnya berbaloi, mrs pip teringin nak merasai makanan penjaja jalanan makanan asli Cina tau ... antara yang mrs pip paling nak rasa ialah kuih kaucung kacang tanah since mrs pip dan mr.Husband sukakan kaucung. Di tempat mrs pip ni, kuih kaucung susah nak cari yang sedap lagi halal. 

Singapore juga tidak terkecuali memiliki Chinatown sendiri. Buat korang yang ingin merasai makanan asli Cina, bolehlah berkunjung ke Chinatown, juga merasai masakan penjaja jalanan. Selain itu, dikatakan juga, mereka yang gemar membeli belah, bolehlah merasai pengalaman membeli belah di Chinatown yang dikatakan harganya lebih murah berbanding di tempat lain.

Korang juga boleh melawat rumah ibadat yang terdapat di Chinatown, antaranya ialah kuil Hokkien dikenali sebagai Thian Hock Keng, Masjid James dan Kuil Hindu Mariamman. Yang sukakan sejarah, bolehlah berkunjung ke Chinatown Heritage Centre.

Jadi, yang ingin ke Singapore, korang tak perlu runsing untuk membuat tempahan penerbangan dan hotel. Hanya dengan Traveloka, tempahan penerbangan dan hotel menjadi lebih mudah. Traveloka adalah pakar dalam perjalanan / percutian. Berjalan / bercuti ke Singapore? Tempah sahaja dengan Traveloka.

Cara Mendapatkan Kupon Traveloka Promotion
Cara Mendapatkan Kupon Traveloka Promotion

Traveloka adalah “one-stop travel app” yang menawarkan kemudahan perjalanan / percutian ke Singapore. Korang boleh membuat tempahan melalui laman web rasmi Traveloka. Untuk lebih memudahkan membuat tempahan bersama Traveloka pada bila-bila masa dan ketika korang “on-the-go”, muat turun aplikasi Traveloka App di telefon pintar korang.

Diskaun hebat dari Traveloka dengan RM50 flat rate discount untuk penerbangan pergi-balik dari mana-mana lapangan terbang di Malaysia ke Singapore dengan menggunakan Traveloka samada melalui laman web atau aplikasi dengan menggunakan kupon GOSG.

Selain RM50 flat rate discount bersama Traveloka Promotion, Traveloka juga menyediakan tawaran potongan tempahan hotel sehingga 20% di Singapore, dan tiada kupon diperlukan.

Ingin cuti-cuti dan menerokai ke SEEngapore? Hanya tempah bersama Traveloka, dan nikmati diskaun hebat RM50 flat rate dengan Traveloka Promotion! https://www.traveloka.com/ms-my/promotion/seengapore.

Syarat-syarat dan cara membuat tempahan
Kod Kupon Penerbangan RM50 Terokai SEEngapore bersama Traveloka Promotion
Kod Kupon Penerbangan RM50 Terokai SEEngapore bersama Traveloka Promotion

  • Promosi MYR50 hanya sah untuk penerbangan pergi-balik dari mana-mana lapangan terbang di Malaysia dalam satu booking ID
  • Pilih penerbangan dan gunakan kupon kod “GOSG” sewaktu pembayaran
  • Pilih hotel yang mempunyai diskaun 20% dari harga asal daripada senarai hotel yang terlibat
  • Tempoh tempahan: 1 September hingga 30 September (Subject to change)
  • Tempoh Perjalanan: Pada bila-bila masa sahaja

Jadi, korang segera dapatkan tiket penerbangan dengan potongan harga yang menarik disamping 20% diskaun hotel penginapan hanya dengan Traveloka Promotion untuk ke SEEngapore. Nak jalan-jalan pusing Singapore tu, pastikan korang pilih tempat tempat menarik idaman korang dan rancang percutian korang sebaik-baiknya. Memang rambang mata nak lawat tempat mana dulu memandangkan kat Singapore ni banyak sangat tempat menarik yang boleh dilawati.

Apapun, memang seronok dan berbaloi ke SEEngapore bersama Traveloka Promotion.

cheers.