Unboxing Althea Angel Reward Points - Cerita Cinta Surirumah

Tuesday, 7 August 2018

Unboxing Althea Angel Reward Points

Unboxing Althea Angel Reward Points || woha! siapa yang terpilih menjadi Althea Angels tu WAJIB ada rasa bahagia dan gembira kan ... kenapa ? kerana bukan sahaja Althea memberikan WELCOME GIFT BOX kepada semua althea angels, tapi juga bagi REWARD POINTS bernilau USD30 kan ... so, memang bahagia shopping di Althea Website guna reward point tersebut ... dan jangan lupa, reward points korang perlu ditebus dalam masa 30 hari selepas dikreditkan ke akaun masing masing , kalau tak, rugilah korang kerana reward points tu akan luput ... korang dah shopping tak guna reward points tu? mrs pip dah! jom unboxing Althea Angel Reward Points mrs pip ...

Unboxing Althea Angel Reward Points
Unboxing Althea Angel Reward Points

mrs pip memang tak fikir banyak nak beli apa kat Althea ni guna reward points tu ... memang dah ada benda yang nak dibeli, dan kebetulan dapat reward points, so terus add to cart barang yang mrs pip eyeing ni ... so let's unbox!

Unboxing Althea Angel Reward Points
Unboxing Althea Angel Reward Points

tada! so these are the items .... apa yang korang nampak? of course a set of Bare Essentials product! tu la benda yang mrs pip nak sangat beli ekceli ... mrs pip sebelum ni dah dapat satu set barangan Bare Essentials keluaran Althea ni , dan sangat puas hati dengan product ni ... no more dull skin for me! yeah ... 

Bare Essentials
Bare Essentials

untuk Bare Essentials ni, mrs pip beli satu set, dapat percuma hand mirror ... dan harga untuk satu set Bare Essentials ni (selepas tolak 10% diskaun) , ialah RM104.40 ... jimat sikit beli satu set, bukan setakat dapat percuma hand mirror tu, tapi dapat diskaun 10% ...


Petal Velvet Powder Pink Lavender
Petal Velvet Powder Pink Lavender

selain Bare Essentials, mrs pip beli Petal Velvet Powder #Pink Lavender (3g)  , yang ni harga RM17.00 satu, dan Pink Lavender ni merupakan Limited Edition sempena ulangtahun Althea yang ke-3 , so wajiblah grab satu ... dah nama pun Limited Edition kan .. harga pun RM17.00 saja, kira affordable, so why not give it a try ok ke tak ... 

Like our Petal Velvet Powder? Then you're going to love our 3rd Anniversary Limited Edition #Pink Lavender version even more! Brighten and smoothen your skin with this special formula containing pink and purple pigments to liven up dull complexions. Its super fine particles help keep sebum at bay without drying out the skin for fresh, petal-like skin while its calming scent soothes the senses. Keep your makeup looking great all day or dust some on to stay shine-free!

Skin Liar Primer, Tony Tint TonyMoly, dan Real Tint Sammuel
Skin Liar Primer, Tony Tint TonyMoly, dan Real Tint Sammuel

selain tu mrs pip juga beli :-

untuk Skin Liar Primer, Delight Tony Tint dan Saemmul Real Tint ni, mrs pip dah try ... so in the next entry, nanti mrs pip share review mengenai produk-produk tersebut ...

Unboxing Althea Angel Reward Points
Unboxing Althea Angel Reward Points

maka dengan itu, selesailah unboxing althea angels reward points! dan memandangkan hanya USD30 diberikan (bersamaan dengan RM120.00) , dan jumlah pembelian melebihi reward points, maka kena tambah duit sedikit ... mrs pip bayar extra RM52.40 ... hehe, siapa suruh gatal hati beli skin primer dan lip tint tu kan ... dah suka, nak buat macam mana? hiks! wanita dan alat solek, berpisah tiada T_T

nak shopping di laman web Althea, layari laman web rasmi Althea di 


dan nak beritahu korang juga, kalau yang nak ikut peraduan FLY ME TO KOREA sempena ulangtahun ke-3 Althea (tarikh peraduan berakhir 31/8/2018), boleh klik entry mrs pip terdahulu ...


stay beauty everyone.

cheers.

13 comments:

  1. Wah, bestnya! Macam-macam ada dalam gift box tu 😊

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya, seronok juga bila dpt jd althea angels ni ... dapat pilih produk sendiri.

      Delete
  2. Wahhh bestnya. Banyak barang tu

    ReplyDelete
  3. makin cantik la kulit Mrs Pip lps nie..

    ReplyDelete
    Replies
    1. harap2 rajinlah mrs pip nak menjaga kulit ni ...

      Delete
  4. Best kan set BE tu Mrs Pip. Ana pun suka pakai tu. Best sgt shopping dekat Althea. Dah jadi addicted pula haa.

    ReplyDelete
    Replies
    1. BE tu best, banyak sgt benda best kat ALthea ni, rambang mata nak beli...

      Delete
  5. Pergh.. Memang berbaloi beli satu set.. Siap dapat diskaun lagi.. bijak berbelanja namanya nie..

    ReplyDelete
  6. uih..siap dah entry dia yg redeem point ni...kita baru snap gambar tadi..busy sangat weekday..haha..eh!sama la kita..beli set BE jugak..serasi kan...hasil shopping dengan point ni,kita tak over sangat..kontrol napsu..haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. muehehehe..... ada free time, so terus buat entry...
      risau entry tak siap dah nak bersalin ...

      Delete
  7. Wow...Meriahnya...Suka...Suka.... =)

    ReplyDelete