Solat Dhuha ; meluaskan rezeki, menghapuskan dosa dan jalan menuju ke syurga

hi there, salam hari Jumaat, penghulu segala hari yang penuh keberkatan T_T insya allah dipermudahkan semua urusan kita hari ini dan diberi kesenangan hidup ... Solat Dhuha, yang meluaskan rezeki, yang menghapuskan dosa-dosa, dan yang menghantarkan ke syurga ... begitulah serba sedikit kelebihan silat Dhuha ....

solat dhuha
Solat Dhuha
kredit gambar : Google

Sedikit ringkasan rahsia mengenai solat Dhuha, Subhanallah:-


  • sedekah bagi seluruh persendian manusia
  • keuntungan (ghanimah) yang besar
  • sebuah rumah di syurga
  • ganjaran rezeki di petang hari
  • pahala umrah
  • pengampunan dosa


Cara mudah mengerjakan solat Dhuha:-
(antara yang disarankan)

boleh dilakukan sama ada 2, 4, 8 atau 12 rakaat
waktu yang disarankan adalah sekitar pukul 10 pagi

cadangan surah dibaca :

rakaat pertama selepas Al-Fatihah ialah As-Syams
rakaat kedua selepas Al-Fatihah ialah ad-Dhuha

Doa yang dibaca selepas selesai solat Dhuha:-

Kebaikan itu kebaikanMu, keindahan itu keindahanMu
Kekuatan itu kekuatanMu, Kekuasaan itu kekuasaanMu
dan Perlindungan itu perlindunganMu.

Ya Allah,
jika rezekiku masih di langit, turunkanlah
sekiranya masih di dalam bumi, keluarkanlah
sekiranya sukar, permudahkanlah,
sekiranya haram, sucikanlah
dan sekiranya jauh, dekatkanlah.

Berkat waktu DhuhaMu, keagunganMu, keindahanMu, kekuatanMu, dan kekuasaanMu,
limpahkanlah kepada kami segala yang engkau limpahkan kepada hamba-hambaMu yang soleh

Solat Dhuha ; meluaskan rezeki, menghapuskan dosa dan jalan menuju ke syurga
Solat Dhuha ; meluaskan rezeki, menghapuskan dosa dan jalan menuju ke syurga
kredit gambar : Google

sekadar info ringkas untuk , semoga perkongsian ini bermanfaat.

cheers.

Post a Comment

6 Comments

Terima kasih melawat blog Mrs Pip, dan sila komen dengan berhemah. Live link tidak dibenarkan di ruang komen.