Review Drama : Ti Amo Sweetheart 100 Hari - Cerita Cinta Surirumah

Sunday, 1 July 2018

Review Drama : Ti Amo Sweetheart 100 Hari

hi there, Ti Amo Sweetheart 100 Hari merupakan hasil karya penulis novel Suri Ryana ... drama Ti Amo Sweetheart 100 Hari ni adalah adaptasi daripada novel berkenaan ... sebab kenapa mrs pip nak sangat tengok drama Ti Amo Sweetheart 100 Hari kerana melalui pembacaan di novel, walaupun bagi mrs pip jalan cerita novel tu biasa biasa saja, tapi pasal ianya berlatarbelakangkan negara Italy, so mrs pip terbayang bayang kalau drama ni berjaya menjadikan Italy sbg shooting location yang menarik dan menjadikan drama ni ada tarikan tersendiri ... drama ini juga dibintangi oleh Zul Ariffin dan Neelofa, so rasa nak tengok tu ada coz nak lihat juga keserasian gandingan mereka berdua kan ...

Ti Amo Sweetheart 100 Hari
Ti Amo Sweetheart 100 Hari


rasanya ramai yang dah tahu jalan cerita drama ni ... ianya menceritakan mengenai Malissa yang ditinggalkan begitu sahaja oleh suaminya , Isaac Iskandar dan Isaac juga membawa anak mereka bersama iaitu Dina ... Malissa tertanya-tanya kenapa Isaac meninggalkannya begitu sahaja tanpa sebarang kata ... akhirnya, Malissa berjaya mendapatkan lokasi Isaac Iskandar apabila seorang lelaki yang Malissa tidak kenali memberikan alamat Isaac yang berada di Italy ...

sebelum tu, meh sini mrs pip share kat korang barisan pelakon Ti Amo Sweetheart 100 Hari ...

Zul Ariffin sebagai Isaac Iskandar
Neelofa sebagai Malissa
Nur Qistina Raisah sebagai Dina
Scha Alyahya sebagai Rania
Raja Afiq sebagai Hilman
Fahad Iman sebagai Faliq
Syerinie Myra sebagai Fatin
Elvina Mohamad sebagai Afrina Izzati
Adam Shadan sebagai Affendi
Ti Amo Sweetheart 100 Hari
Ti Amo Sweetheart 100 Hari

drama ni disiarkan selama 5 episod, dari Hari Raya Aidilfitri pertama hingga Hari Raya Aidilfitri ke lima baru baru ni ... Malissa punterbang ke Italy untuk mencari si Isaac, di Italy Malissa menumpang di rumah sepupu dia bernama Zati ... Malissa akhirnya berjaya mencari rumah Isaac, dan Malissa terkejut apabila mendapati sepupu dia si Zati tu berada di rumah Isaac ...

ekceli, Zati ni kena buat assignment dengan kawan dia si Fatin, student yang part time jadi baby-sitter kepada Dina, anak Isaac ... so terkejut sepupu si Malissa ni apabila Malissa berada di depan pintu rumah si Isaac ... tapi Malissa ni buat cerita, dia kononnnya mengekori si Zati ni  ...

dan dijadikan cerita, Dina ni bila nampak si Malissa, dia beriya iya cakap yang tu mak dia  ... memang mak dia pun kan, takkanlah anak sendiri tak kenal mak dia walaupun dah dua tahun tak jumpa, lagipun Dina ni kan dah besar , mestilah dia tahu siapa mak dia  ... cumanya si Zati ni tak tahu yang Isaac tu suami Malissa kerana time Malissa kawin dulu, Zati ni dah pergi Itali sambung belajar ...

kemudian, berlakulah pertemuan antara Malissa dan Isaac ... dan of course la ada konflik antara mereka, dan akhirnya Malissa tahu kenapa Isaac tinggalkannya, semuanya kerana fitnah tapi si Isaac ni tak percaya semua tu fitnah, sampailah penyiasat peribadi Isaac ni buka semua cerita sebenar yang mak Isaac dan Rania (gadis pilihan yang nak dijodohkan dengan si Isaac ni) yang fitnah Malissa ni kononnya curang ada lelaki lain ... 

dan bila tu semua ketahuan, maka si Isaac ni merayu sakanlah dengan si Malissa agar terima di dia kembali, dan Dina pula bila tak nampak Malissa memang rindu yakmat sampai boleh demam demam ... so nak tak nak, Malissa ambil keputusan setuju dengan request si Isaac untuk stay dgn Isaac dan Dina selama 100 hari sebelum Malissa buat keputusan sama ada nak berpisah atau nak bersama semula dengan Isaac ...

Ti Amo Sweetheart 100 Hari
Ti Amo Sweetheart 100 Hari

bagi mrs pip la kan, drama ni tak rasa special sangat pun ... dari segi skrip, ianya hanya skrip biasa biasa saja ... lakonan zul ariffin mmg tak dinafikan baik, kalau bab bab kekasih suami romantik, memang dia pegang watak tu dengan baik ... neelofa pula, watak dia so-so sajalah , dan pendapat peribadi mrs pip la #tolongjangankecam , ada scene yang 'agak' romantik dan mcm tak kena ja scene mcm tu ... maybe I am expecting too much for neelofa to act decently kot ... 

dan dari segi lokasi penggambaran pula, ianya tidak seperti yang mrs pip bayangkan dalam novel tu ... nampak mcm biasa biasa sajalah ... maybe pasal drama ni agak singkat 5 episod ja kan, so tu yang nampak macam tak fokus pun lokasi menarik kat Italy tu, macam sekilas pandang saja ... so, tak feel sangat yang mereka sedang berlakon kat Italy ... 

satu lagi, mrs pip expect dalam drama ni ada wow factor fashion bagi watak Malissa since neelofa yang pegang watak tu kan ... tapi alahai, neelofa dah lebih ke arah nak ber-turban la pula, so kurang sweet la kat situ berbanding drama dia terdahulu ... dan juga pakaian dia pun mcm no-so-in-with-me ... it is ok, I am not so good in fashion pun, so nak komen lebih lebih, kejap lagi ada yang kecam mrs pip pula ... pilihan masing masing lah kan nak bergaya mcm mana ...

Ti Amo Sweetheart 100 Hari
Ti Amo Sweetheart 100 Hari

dipendekkan cerita, drama ni berkesudahan dengan happy ending ... Isaac berjaya mendapatkan Malissa dan semua fitnah yang dikerjakan oleh mak Isaac dan Rania terbongkar , dan lakonan mak Isaac yang kononnya ada kanser dan mahu permintaan terakhir agar Isaac kawin dgn Rania juga berjaya dipatahkan dengan bantuan papa Isaac yang berlaku secara kebetulan ... 

best ke tak drama ni? bagi mrs pip , drama ni tidak begitu berjaya menawan hati mrs pip sepenuhnya, selain watak Malissa yang tidak berjaya melekat di hati mrs pip, watak2 pembantu lain juga tidak begitu dihidupkan , tidak seperti yang mrs pip bayangkan di dalam novel ... 

review ni sekadar pendapat mrs pip sendiri, kalau korang nak tahu lebih lanjut pasal drama ni, sweet bersemut ke tak seperti yang korang expect, kena tengok sendiri ... maybe ada yang suka, maybe ada yang rasa drama ni sekadar so-so saja, ataupun rasa drama ni boleh jadi drama of the year ... pendapat masing masing adalah berlainan ... 

yang nak beli novel Ti Amo Sweetheart 100 hari ni, bolehlah baca review beli novel mrs pip kat entry >>> Beli novel murah 'Ti Amo Sweetheart 100 hari' dan 'Klik! Pengantin Musim Salju' karya Suri Ryana <<< ...

mrs pip rasa drama >>> Awak Suka Saya Tak ? Raya <<< tu lebih WOW la berbanding drama ni , apa pendapat korang? 

p/s: credit all pics from Google 

thanks for reading.

cheers.

3 comments:

  1. Replies
    1. I think we are on the same side about the heroin ...
      watak tak mampu dijiwai dgn berkesan ...
      mcm over act pun ada (in my personal opinion)...

      Delete
  2. Tak tengok drama ini sebab tak minat dengan pelakonnya.. kikiki.. Sebab pelakon perempuan tu cam tak berapa nak okay..

    ReplyDelete