Rambut segar sepanjang hari dengan Carrie Junior Odour Buster - Cerita Cinta Surirumah

Saturday, 7 July 2018

Rambut segar sepanjang hari dengan Carrie Junior Odour Buster

Rambut segar sepanjang hari dengan Carrie Junior Odour Buster || kalau yang ada anak-anak kecil jenis yang aktif, memang sesuailah guna rangkaian terbaru Carrie Junior ni yang dikenali sebagai Odour Buster ...  pastinya rambut segar sepanjang hari dengan Carrie Junior Odour Buster.

Pernahkah anda mengalami bau yang kuat dari kulit kepala dan rambut yang berpeluh selepas anak anda bermain di luar atau pulang dari sekolah? Baunya menjadi lebih teruk apabila kulit kepala anak anda berminyak dan berpeluh. Satu-satunya cara untuk menghilangkan bau yang tidak menyenangkan ini adalah dengan memastikan anak anda mencuci rambutnya selepas waktu sekolah, atau bermain di luar. Mengekalkan kebersihan rambut akan dapat mengurangkan risiko jangkitan kulit kepala selain memastikan mereka berbau segar. 

Rambut segar sepanjang hari dengan Carrie Junior Odour Buster
Rambut segar sepanjang hari dengan Carrie Junior Odour Buster

Penting bagi ibu bapa untuk mengetahui bahawa syampu dewasa tidak digalakkan untuk kanak-kanak. Penggunaan syampu dewasa pada kanak-kanak akan menyebabkan masalah kulit kepala dan rambut terutama bagi kanak-kanak berumur antara 6-12 tahun. Disebabkan kulit kepala dan rambut kanak-kanak yang halus amat sensitif, maka cara yang terbaik adalah menggunakan syampu yang dirumus khas agar rambut dan kulit kepala yang sihat dapat dikekalkan. 

Memahami keperluan kanak-kanak terhadap produk yang lembut dan selesa pada kulit, CARRIE JUNIOR memperkenalkan CARRIE JUNIOR KIDS SHAMPOO ODOUR BUSTER, syampu yang selamat digunakan setiap hari dan memberikan haruman pada rambut sepanjang hari. Ia merupakan syampu baharu yang dirumus khas bagi menghilangkan bau yang tidak menyenangkan secara berkesan, tanpa mendatangkan kesan buruk pada rambut dan kulit kepala. Dengan aroma buah-buahan yang berkekalan selama 24 jam, si manja pasti kekal segar dan berbau wangi walaupun setelah seharian bermain dan berseronok di luar kediaman. Diperkaya dengan minyak zaitun, produk ini dapat menyuburkan dan melembutkan rambut agar mudah diurus dan disikat. 

Rambut segar sepanjang hari dengan Carrie Junior Odour Buster
Rambut segar sepanjang hari dengan Carrie Junior Odour Buster


CARRIE JUNIOR KIDS SHAMPOO ODOUR BUSTER hadir dalam aroma Perky Peach Fruity Burst yang menyenangkan serta mempunyai pH seimbang, lembut dan tidak menghakis untuk kegunaan seharian. CARRIE JUNIOR KIDS SHAMPOO ODOUR BUSTER boleh didapati dalam dua saiz, iaitu pek 280g yang dijual pada harga RM10.10* di Semenanjung Malaysia dan RM 10.60* di Sabah & Sarawak. Manakala CARRIE JUNIOR KIDS SHAMPOO ODOUR BUSTER bersaiz 700g dijual pada harga RM20.70* di Semenanjung Malaysia dan RM 21.70* di Sabah & Sarawak. Produk CARRIE JUNIOR boleh didapati di kedai runcit, pasaraya, pasaraya besar dan farmasi utama seluruh negara. 

Rambut segar sepanjang hari dengan Carrie Junior Odour Buster
ada surprised toys di belakang botol!

Kini, ibu bapa boleh memeluk anak-anak selepas bermain walaupun berpeluh namun masih kekal segar dan berbau aroma buah buahan sepanjang hari!

*Harga tertakluk kepada perubahan berdasarkan cukai yang akan diumumkan oleh Kerajaan 

Tentang CARRIE JUNIOR 

CARRIE JUNIOR merupakan rangkaian premium penjagaan diri si manja yang membantu merapatkan hubungan ibu bapa dengan si manja melalui waktu mandian yang menyeronokkan. Rekaan pembungkusan yang menarik dan berwarna warni membantu kanak-kanak mencetus imaginasi di dalam bilik mandi. 

tiada lagi kerisauan buat mommy apabila lil' Iman dan lil' Amin
menggunakan Carrie Junior Odour Buster ... rambut mereka kekal
harum sepanjang hari T_T

Rangkaian CARRIE JUNIOR diformulasikan dengan Fruito–E, kombinasi ekstrak buah semulajadi yang diperkaya dengan nutrient dan vitamin bagi membantu menyuburkan, melembapkan dan melindungi rambut dan kulit lembut si manja. Rangkaian CARRIE JUNIOR memberikan anda pelbagai pilihan wangian buah-buahan bagi memastikan si manja sentiasa berbau segar dan bersih sepanjang hari. Carrie Junior yang bertindak membersih dengan lembut dan efektif ini sangat sesuai untuk kegunaan harian. 

Diiktiraf HALAL, rangkaian Carrie Junior termasuklah Baby Bath, Baby Shampoo, Hair & Body Wash, Baby Powder, Baby Lotion and Baby Oil. Ia juga hadir bersama bau buah-buahan yang digemari kanak-kanak.

lil' Iman dan lil' Amin memang happy dapat guna Carrie Junior Odour Buster ni, selain tu memang mereka teruja nak tengok toys yang disertakan bersama ... dan kali ni lagi best, siap dapat beg sandang belakang tu, berebut dua beradik ni nak isi pakaian mereka bersama Odour Buster, lepas tu ajak mommy pergi rumah poh-poh (nenek) mereka nak main di rumah poh-poh ...

buat mommies yang tercari cari rangkaian mandian harum kekal segar sepanjang hari, bolehlah cuba rangakaian mandian Carrie Junior. selain Odour Buster ni, boleh juga Carrie Junior Baby Bath seperti entry yang mrs pip pernah kongsi dulu >>> Carrie Junior Baby Bath, kekal aktif dan kreatif buat si kecil anda <<<

cheers.

6 comments:

  1. bau best dulu kecik dok guna gak. skrng da besar kadang2 tu cilok anak2 buah punya =D

    ReplyDelete
    Replies
    1. bau carrie junior ni mmg harum sangat...

      Delete
  2. ray dr dulu suke carrie junior sbb bau dye best.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kak pip pun sesekali guna juga carrie junior ni coz bau dia tu mmg harum...

      Delete