Dilemma mommy 'Junk Food for Kids'

hi there, hurm ... macam mana nak mulakan entry ni eh? jangan kecam mrs pip dah lah ... ni luahan hati dan pendapat peribadi mrs pip saja mengenai 'junk food for kids' ... setiap individu ada penilaian sendiri mengenai junk food for kids ni ... no one is perfect ok ... bila berbicara mengenai junk food, mrs pip memang dalam dilemma ... sejak lil' armies lahir sehinggalah dorang membesar ni (lil' Iman 5 tahun, lil' Amin dah hampir masuk 4 tahun), mrs pip dan mr.Husband memang scanned makanan yang dorang ambil ... dan kami berusaha untuk tidak memperkenalkan sebarang junk food sehinggalah pada masa yang sesuai kelak ...

Dilemma mommy 'Junk Food for Kids'
Dilemma mommy 'Junk Food for Kids'

dari lil' armies kecil, mrs pip berusaha untuk sediakan makanan dan minuman lil' armies , berusaha everything (food) is homemade , dan kalau minuman tu, hanya selected drinks sahaja yang mrs pip bagi kat lil' armies dan biasanya minuman yang dibancuh dan wajib kurang manis ... dan selalunya , pilihan minuman bancuh ialah kordial jenama Sunquick atau Ribena ...

ada juga masanya , mrs pip belikan minuman kotak (selected type of flavor) , tapi mrs pip tak bagi terus dekat lil' armies ... apa yg kitorang buat ialah, masukkan minuman ke dalam botol minuman dorang dan tambah sebahagian air kerana biasanya minuman kotak agak manis (bagi pendapat mrs pip) untuk anak-anak ...

untuk makanan / snek ringan pula , lil' armies sama sekali tidak pernah makan keropok dan sebarang gula-gula so far ... snek ringan yang dorang makan biasanya biskut kering tanpa sebarang jem, buns (preferred yang tiada inti), dan buah-buahan segar ... kek dan kuih-muih pun mrs pip bagi lil' armies makan, tapi biasanya kek mrs pip buat sendiri, dan harus kurang manis, manakala kuih muih tu mrs pip lebih suka beli kuih muih kukus dan kurang pewarna tambahan ...

kenapa tiba-tiba junk food for kids ni jadi dilemma untuk mrs pip?

sebenarnya, lil' armies dah start sekolah tadi penuh tahun ni ... sekolah tadika tanpa kantin , so happylah mrs pip tau pasal tak da kantin maksudnya junk food ni tidak dijual di sekolah kan ... lagipun anak anak kecil nak makan junk food, risau high sugar content boleh sebabkan gigi buruk, anak anak hyper , tak pun nnt selera anak anak berkurangan nak makan nasi kan (that is what in my mind lah) , dan beberapa sebab lain lagi ...

makanan disediakan di sekolah lil' armies ni utk semua murid murid setiap hari Isnin hingga Khamis, manakala hari Jumaat pula, parents bertanggungjawab bawakan bekal makanan untuk anak masing masing ... makanan Isnin - Khamis tu tak free ya, parents bayar setiap bulan ...

bila tiada kantin , ada pula yg supply jual junk food dalam sekolah ... bagi mrs pip terpulang kat parents bagi anak duit utk beli junk food tu, pilihan masing masing ... mrs pip mmg tak bagi lil' armies duit untuk dibawa ke sekolah walaupun lil' Iman dah few times minta duit nak beli "makanan mcm kawan-kawan" katanya ... "no Iman, mommy have no money" ... alasan mrs pip agar lil' Iman tak minta duit utk beli junk food ...

tapi, ada masanya lil' armies balik rumah bawa junk food ... "siapa bagi ni?" tanya mrs pip , nnt lil' armies bgtau "laoshi bagi" ... hurm. esok esok bila mrs pip tanya laoshi , nnt laoshi bgtau "reward budak budak buat kerja sekolah" ... alahai laoshi , mrs pip tau niat dorang baik, nak happy kan budak budak, cumanya "why junk food?" ... 

pilihlah makanan yang lebih berkhasiat ...

bagi pendapat mrs pip , kalau nak bagi reward kat budak budak, pilihlah makanan yang lebih berkhasiat seperti buah-buahan ... hari tu lil' Amin balik bawa carbonated drinks, which they never drink any carbonated drinks in their entire life (ok, mrs pip mengaku mrs pip mmg try hard utk avoid segala unhealthy food for the kids) ... why carbonated drinks? why not milk, perhaps? .... 

ada yg bisik-bisik "alaaaa bukan mati pun kalau setakat minum carbonated drinks" , "ala, setakat sebungkus dua keropok, apalah sangat budak budak tak boleh makan" ... kalau nak bagi anak anak kamu makan, bagilah ... tapi mrs pip mmg tak bagilah dorang makan ... until one fine day, bila masa yang sesuai sampai, for sure mrs pip tak larang dorang makan junk food sesekali, tapi masa sekarang bukan masa yang sesuai untuk mereka makan junk food ...

walaupun hal ni remeh temeh, tapi bagi mrs pip it is still my concern for our kids what for them to eat and not to eat ... hal ni sukar untuk dikawal kerana faktor persekitaran dan bekalan junk food senang nak dapat, tapi mrs pip berusaha sebaik mungkin untuk mendidik anak anak mrs pip untuk lebih memilih makanan yang sihat ...

lil' Amin and his carbonated drinks

tahu apa yang jadi dengan carbonated drinks yang lil' Amin bawa balik tu? mrs pip bahagi tiga minuman tu, satu utk lil' Iman, satu utk lil' Amin dan satu utk mrs pip ... 

  • lil' Iman minum sampai habis walaupun lil' Iman bgtau minuman tu rasa pelik ...
  • lil' Amin pula minum seteguk dan buang minuman tu ... katanya minuman tu sangat tidak sedap
  • mrs pip rasa seteguk minuman tu, dan rasanya sangat manis, seperti penuh dengan glucose berperisa oren ... 

saja saja nak share entry ni ... kot kot ada parents yang ada pendapat atau pandangan mengenai junk food ni, sudi sudi bagi komen ok ... 

parenting journey is always full with sweet and bitter taste , and I still have a lot to learn :))

thanks for reading.

cheers.

Post a Comment

6 Comments

  1. first time jumpa kantin sekolah sediakan makanan tapi parents bayar. Dulu masa kecil pun tak makan junk food & soft drinks campur air. Sekarang ja langgar pantang lepastu stress kenapa badan gemuk berabis. Anyway, bagus cara kak pip didik anak2 :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. kak pip try hard nak anak anak makan makanan sihat.
      nowadays, byk sgt makanan yang instant ...

      Delete
  2. tu lah sama macam baby below 2 yrs, mama bukan main jg makanan diorang tapi bila balek kg ada yang suapkan huuhuu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. aku kan Lu, memang awal2 aku bgtau family, anak anak ndak makan junk food, so jgn bagi suap walaupun dorg merengek minta junk food ... so mmg semua la famili aku tau perangai aku ni yg ndak bagi anak makan sembarangan ... buat2 muka tebal jak kalau ada yg sindir2 aku :))

      Delete
  3. You're doing the right thing - walaupun not popular & mencabar. Anak sulung akak dulu hyper & adorably obese, lama jg baru akak tau yg junk food made things worse. Cucu sulung, so ramai yg suka bagi mkn mcm2 - coklat, susu berperisa, keropok. etc. Ambik masa jg utk convince family members utk stop bg mkn junk food. Mula2 akak restrict to weekends ja (x nak kecikkan hati parents), then slowly ke once a month. Skrg dorang dah besar, pandai beli sendiri. Tapi dlm rmh mmg jarang ada junk food - limit to special occasions only. But I always caution them tentang diabetes, dll.

    ReplyDelete
    Replies
    1. That is what I tried to convince yang junk food ni akan buat anak2 hyper and obese ... tapi ada suara2 cakap "alaaa, makan sikit ja pun, bukan boleh gemuk", tp dorang ndak faham yg junk food ni very addicted kpd anak2 kecil ... dalam rumah buat masa sekarang, mmg tak bagi ada junk food ... :))

      Delete

Terima kasih melawat blog Mrs Pip, dan sila komen dengan berhemah. Live link tidak dibenarkan di ruang komen.