Kelebihan Doa Makan Dalam Rumahtangga

hi there , Kelebihan Doa Makan Dalam Rumahtangga Yang Suami Isteri Perlu Tahu. mrs pip dapat perkongsian ni dari whatsapp, rasa terpanggil nak share info ni dengan semua , bukan sahaja untuk pasangan suami isteri semata - mata, tetapi juga untuk semua.

Dan mrs pip berharap, perkongsian ni ada manfaatnya. 

Biasa dengan doa makan? Doa makan bukan semata-mata dibaca ketika makan sahaja, tapi doa ini boleh dibaca untuk menjaga kerukunan rumahtangga yang dibina (wallahualam).

Jadi jom baca sampai habis rahsia doa makan yang suami isteri perlu tahu.

Kelebihan Doa Makan Dalam Rumahtangga

Rahsia doa makan yang suami isteri perlu tahu dalam mencipta hubungan mawaddah di dalam rumah tangga ... Ramai yang tidak tahu, terutamanya pasangan suami dan isteri.

Macamana nak buatkan suami mendengar nasihat dan pendapat isteri? 

Sebab macam yang kita tahu, ramai suami diluar sana yang meletakkan ego di depan sekali bila buat apa apa keputusan di dalam rumah tangga.

Ustaz Sadini jawab,

"Sebelum tu saya nak tanya, pernah tak kamu mendoakan angota badan suami kamu?"

Ustaz Sadini pandang semua yang hadir, dan tanya lagi pada yang lain,

"Ada doakan anggota badan suami?Suami pulak,ada doakan untuk anggota badan isteri?"

Ustaz Sadini pandang menunggu jawapan. Apa nak jawab?

Kemudian saya menjawab:-

"Saya biasa doakan suami saya dalam setiap sujud terakhir ketika solat,minta supaya ALLAH permudahkan setiap usaha suami mencari rezeki,menjadi suami dan ayah yang penyayang dan bertanggungjawab"

  
Ustaz Sadini :

"Baik. Saya tak cakap benda tu salah ya. Cuma kurang betul. Kurang betul sebab pasangan suami isteri harus mendoakan anggota badan antara satu sama lain. Tapi tak ramai pasangan buat perkara ni. 

Sebab tu kurangnya hubungan yang MAWADDAH di dalam rumah tangga"

Persoalannya, bagaimana nak mendoakan anggota tubuh badan pasangan secara spesifik?

Pegang tangan suami/isteri kita, usap tangan nya sambil baca Allahumma barik lanaa fima rozaktana wakina a'zabannar,

Habis baca sambung,

YA ALLAH, BERKATI TANGAN SUAMI/ISTERIKU AGAR DIGUNAKAN KE JALAN YANG BAIK, DI HARAMKAN DARI API NERAKA

Pelik? Baca Doa makan? 

Itu yang Ustaz Sadini bagitau, ramai ingat doa makan di baca ketika makan sahaja, sedangkan banyak fungsi doa makan tu, untuk minta apa saja yang kita ada diberkati ALLAH.

  • Ulang perkara yang sama di setiap anggota badan pasangan kita
  • Ketika isteri hamil,baca kan juga doa tersebut,sambil lekapkan tapak tangan di perut isteri
  • Ketika sedang bersama,lekap kan tapak tangan di dada suami/isteri,dan bacakan doa tersebut,minta hatinya di berkati ALLAH dan tidak terpikir langsung untuk berbuat perkara yang tidak di sukai.Minta diharamkan hati nya dari api neraka

Mungkin ramai yang tak tahu perkara ni kan?

Dan yang terakhir Ustaz Sadini kongsikan, ketika suami bawa balik sekampit beras, sewaktu di tuang ke dalam tong beras, pegang butiran beras tu sambil bacakan juga ,

Allahumma barik lanaa fima rozaktana wakina a'zabannar

Doa agar setiap butiran beras tu diberkati oleh ALLAH SWT.

Perkogsian tersebut dibuat oleh seseorang yang menghadiri kuliah/ceramah ustaz bernama Ustaz Sadini.

Mengikut perkongsiannya Ustaz Sadini merupakan seorang bekas doktor, dan berkahwin dengan anak dari Mufti Brunei.

Perkongsian ini telah diolah sedikit susunannya oleh mrs pip, dan semoga bermanfaat untuk semua.

Salam Jumaat.

cheers.

Post a Comment

5 Comments

  1. Replies
    1. kak pip pun baru tau juga, semoga perkongsian ni bermanfaat ...

      Delete
  2. Tq for sharing mrs pip.. Boleh diamalkan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. senang ja nak amalkan ... hope membantu kita suami siteri kukuhkan hubungan rumahtangga.

      Delete

Terima kasih melawat blog Mrs Pip, dan sila komen dengan berhemah. Live link tidak dibenarkan di ruang komen.