Istimewa raya tahun ni dapat sister in-law

hi there, hari tu raya adik bongsu datang rumah ... dalam banyak2 family datang raya di rumah, hanya gambar beraya dengan adik bongsu saja yang ada ... dengan family member yang lain time tu mcm tak sempat nak bergambar sakan ... kah kah kah, nampak sangat aku dan adik bongu rapat! 

adik aku sorang ni, kalau dia request nak something dekat aku, mesti aku try my best untuk tunaikan ... dia ni budak manja kitorang adik beradik, mmg dari kecil sampailah dah berkahwin mcm ni, still aku rasa dia ni "my small brother" .... ni la geng aku minum coke waktu sarapan, geng aku shopping, geng aku makan fast food, budak yg rajin cilok coins aku semata mata nak beli keropok, rajin cilok Tshirt / sweater aku coz kami berdua dulu mmg pakai saiz sama  >>> XS ok! kami kurus bersama, gemuk pun bersama  <<< 

Istimewa raya tahun ni dapat sister in-law
Istimewa raya tahun ni dapat sister in-law
budak yang 11 tahun lebih muda dari aku, awal tahun ni dia kahwin ... jodohnya nun orang Tawau ... aku tak attend kahwin dia, tak larat nak drive jauh jauh , my all time sickness time tu mmg menghalang aktiviti road trip aku ... so, dari kejauhan, aku wish jak la dia all the best and congrats! ...

dan tada! this time raya, aku extra happy coz dapat lovely sister-in-law ... dan siapa sangka, kecilnya dunia ni tau ... sister-in-law aku ni, abang dia rupa-rupanya my ex-colleague time kerja dekat SIHAT ... memang selalu la dengar nama sister-in-law ni adik aku sebut2 , tapi aku tak ambil port sangat ... yang penting, asal adik aku happy dengan pilihan hati dia kan ... bila nampak kad kahwin hari tu, nama abang sister-in-law aku ni sebiji dengan nama ex-colleague aku, dari situlah aku tau nampaknya aku berbiras la dengan ex-colleague aku tu  ...

eh eh, kepala kita senget bersama,
siap buat peace pula tu bersama
kita ada telepati eh?

dan satu lagi, sister-in-law aku ni pun orang QAQC juga ... terus aku rindu nak kerja QAQC, padahal mmg tak mampu pun kerja coz keadaan tak mengizinkan, dan aku ni lepas jadi mommy, dah terus tersuka duduk kat rumah layan karenah anak anak ... dan awal April hari tu aku dapat kerja QAQC, dah siap dapat offer letter, tapi akhirnya aku tolak pasal keadaan pregnancy aku time tu makin teruk ... tak pa lah, kalau Allah dah tentukan rezeki aku jadi mommy sahaja, aku syukur sangat... nak balik semula jadi 'enjin air' tu maybe bukan untuk aku la kot ... 

Istimewa raya tahun ni dapat sister in-law
Istimewa raya tahun ni dapat sister in-law

anak anak pun happy bila tau Uncle Daus dorang mau datang rumah ... lil' Iman lagilah, asyik nak berkepit dengan uncle dia ni, langsung tak bagi uncle dia gerak pi mana mana .... risau betul lil' Iman akalu uncle dia pulang ... hiks! ... 

time uncle dia mau balik, terus keluar drama air mata bah ... isk dramatik lebih lebih la pula... lil' Amin siap berdiri depan pintu jadi pak guard ndak mau uncle dia balik rumah ... sister-in-law aku ni, nama dia Siti Maryam ... sedap ja nama dia, selembut dan sebaik orangnya ... hope korang berdua bahagia dan selalu bertoleransi ... adatlah kahwin kan, banyak ujian ... so kenalah selalu bersabar dan berfikiran matang ...

Istimewa raya tahun ni dapat sister in-law
Istimewa raya tahun ni dapat sister in-law

adik aku ni la, few days sebelum nak datang rumah tu , request minta cheese cake ... adoi la adik! kau tau tak kakak kau tahun ni tak mem-baking cake ... tapi pasal dia request juga beria-ia nak cheese cake, last2 aku buat chilled cheesecake saja ... 

tapi bab mencari unsalted butter satu Membakut tu, memang mencabar coz semua kedai yang aku pergi bgtau butter habis stok! last2 dapat juga butter, cuma bukan unsalted butter la, tu pun ihsan kakak ipar aku ...

waktu dorang datang ni, siap bawa my fav pepperoni pizza lagi... ya lah, exchange dengan chilled cheesecake la tu, padahal aku dah buat mi kari untuk dorang ... saja ja nak bagi aku gemuk bersama dorang ni ... time dorang dtg ni, mr.Husband busy kerja la pulak ...

p/s: nextime kalau request nak makan apa, sila lah bagitau sebulan awal ok T_T

thanks for reading ...

cheers.

Post a Comment

7 Comments

  1. Semoga ikatan persaudaraan sentiasa erat

    ReplyDelete
  2. awww sweetnya kak pip cari butter satu membakut demi adik tersayang :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. susah nak tolak request adik bongsu ni ...
      nak tak nak, mmg try juga nak buatkan kek utk dia ...

      Delete
  3. Alhamdulillah, tahun ini dapat berjumpa tu. Semoga ikatan persaudaraan ini terus terjalin erat

    ReplyDelete
  4. seronok dapat adik bradik yang rapat macam ni =)

    ReplyDelete
  5. Alhamdulillah.. Bertambah lagi ahli keluarga ye.. Tahniah mrs pip..

    ReplyDelete

Terima kasih melawat blog Mrs Pip, dan sila komen dengan berhemah. Live link tidak dibenarkan di ruang komen.