Snorkeling di Pantai Kiaru, Kuala Penyu - Cerita Cinta Surirumah

Monday, 28 May 2018

Snorkeling di Pantai Kiaru, Kuala Penyu

hi there, antara tempat lepak kegemaran mrs pip dan famili memang tak lain tak bukan, mestilah melepak di tepi pantai ... we are beach lovers gitu ... jadi, setiap kali ada kelapangan, mesti bawa lil' armies bermain di tepi pantai, lagi lagi tempat tinggal mrs pip ni, bukannya jauh dari laut pun ... cumanya, janganlah expect dapat pantai cantik molek yang sudah dibangunkan , di sini memang a BIG NO ... tapi, walau sekadar cuma ada pantai dan laut, tanpa infrastruktur awam yang wajib seperti tandas awam , still rasa syukur coz masih boleh mandi manda di tepian laut :)) ...

Snorkeling di Pantai Kiaru, Kuala Penyu
kebetulan pula Mothers' Day hari tu 12/5/18

ceritanya hari tu ialah Mother's Day, so mr.Husband ajak mrs pip jalan jalan kluar ambil angin bawa anak anak ... takkan mommy preggy asyik nak lepak di rumah tak kluar ambil angin segar ... hiks, ingatkan nak kluar makan makan sambut Mother's Day, rupa2nya mr.Husband mau pigi snorkeling di laut ... memandangkan lil' armies ni pantang kau ajak pigi pantai, laju betul response dorang bila bab main dan mandi laut ...

Snorkeling di Pantai Kiaru, Kuala Penyu
Daddy siap snorkeling lepas tinggalkan kitorang selama 2 jam!

ni pertama kali mrs pip pergi pantai kiaru ... di kuala penyu ni ada beberapa pantai, tapi tu lah sayangnya pantai2 di sini tidak dibangunkan untuk dijadikan tarikan pelancong tempatan apatah lagi pelancong luar padahal pantai2 di sini memang ada potensi yang baik untuk menarik pelancong datang ke sini, hurmmmm .... tak tau la silap kat mana kenapa tak nak majukan tempat ni...

dan tak jauh dari pantai ni, ada private cabin resthouse, kalau nak menyewa, satu malam harga satu cabin kalau tak silap dalam RM168.00 ... may be next time kalau ada rezeki, nak juga menyewa dan merasai tinggal kat cabin tu  ...

Snorkeling di Pantai Kiaru, Kuala Penyu
mula mula acah acah takut nak mandi laut

mrs pip tak snorkeling, cuma mr.Husband ja yang snorkeling ... kalau kitorang berdua snorkeling, siapa nak jaga lil' armies pula? ... tell you what, 2 jam mr.Husband snorkeling berpoya poya tengok corals dan ikan yang cantik cantik kat dasar laut! huh, jeles I ... mrs pip pun nak snorkeling juga!!!!

time mr.Husband snorkeling, lil' armies cuma main pasir saja lah, budak2 ni tak berani nak mandi laut kalau tiada daddy ... mrs pip temankan mandi setakat kat gigi air tu pun dorang reject mrs pip ... nampak sangat bab mandi laut, they only trust their daddy ... haha, dorang siap cakap "mommy kan tidak pandai swimming macam daddy" ... eh eleh, ya lah korang tak tau lagi mommy pun kaki snorkeling juga tau ... tunggu korang besar sikit, nanti jangan jeles mommy pigi diving sorang sorang, biar daddy jaga korang pula! ...

Snorkeling di Pantai Kiaru, Kuala Penyu
apalah yang dua beranak ni buat siap angkat2 tong?

hari tu cuaca agak mendung, memang tak panas sangat .. lepas tu laut pun tenang, tak berombak mana pun ... nak mandi laut tak berombak ni memang best ... kebetulan air nak surut , so mmg sesuai lah untuk anak2 mandi, kalau air pasang memang risau juga nak bagi anak mandi air laut ...

ekceli, boleh ja mrs pip dan mr.Husband ganti2 snorkeling take turn jaga lil' armies, tapi mr.Husband mmg tak bagi mrs pip snorkeling coz risau nanti kena sengat dengan jellyfish ... time kitorang pergi tu mmg musim jellyfish , so mmg kena hati hati la kan ..sengatan jellyfish ni sakit dan bisa juga tau ...

kalau nak kurangkan bisa kena jellyfish tu, cepat cepat perah air limau kat tempat yang kena sengat ... ada juga yg bgtau, better letak cuka tempat yg kena sengat ni ... korang pernah kena sengat jellyfish tak? 

balik petang tu, mr.Husband belanja kitorang makan aiskrim ... kata mr.Husband, aiskrim tu sempena Mother's Day untuk mrs pip ... alaaa, tak celebrate pun tak pa la, mrs pip bukan jenis nak celebrate semua 'Day' pun ... tapi bila mr.Husband dah belanja aiskrim container besar tu, takkan nak tolak pula kan ... so kita empat beranak makan habiskan aiskrim secontainer tu ... 

insya allah kitorang datang lepak lagi kat Pantai Kiaru ni, tapi nextime nak bawa extra clothes untuk mrs pip , kot2 erjebak nak mandi laut juga kan ... 

cheers.

11 comments:

  1. Seronok nya main di pantai, syok bawa anak-anak kan. Raya ni insyaa Allah jalan ke sana jugak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. anak2 lah yg selalu terlebih suka mandi laut :))

      Delete
  2. Replies
    1. sesekali mandi pantai ... mrs pip pun dah lama x mandi pantai, just jd pemerhati bebas , hehe...

      Delete
  3. seronok nya mandi pantai. tpi yg tak tahan nya sun burn lepas tu nauzubillah

    ReplyDelete
    Replies
    1. biasanya lepas mandi laut, tak nak sunburn teruk, mrs pip lulur putih telur seluruh muka ... buat untuk beberapa hari pagi dan petang ...

      Delete
  4. preggy mummy kena sabar tunggu lepas bersalin baru boleh snorkelling..hehe..ambik kesempatan sgt daddy 2 jam snorkelling..haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. jeles sangat bila org lain dpt snorkelin, kita duduk tepi pantai ja jd pemerhati ...

      Delete
  5. Bagis juga tak dibangunkan, pantai mesti masih cantik dan terjagakan.. Cuma payah sikitlah nak tukar baju dan yang sewaktu dengannya..

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu la masalahnya, nak mandi nak tukar baju nak buang air semua susah pasal tandas tiada.

      Delete