Review Novel: Yang Indah Hanya Sementara (by Annur Puteri) - Cerita Cinta Surirumah

Saturday, 5 May 2018

Review Novel: Yang Indah Hanya Sementara (by Annur Puteri)

hi there, so hari ni mood nak review novel ... novel Yang Indah Hanya Sementara ni mrs pip dari blogger Sha, dia jual murah murah novel ni, beli last year sekitar nak raya kalau tak silap ... dah lama la juga dalam simpanan, baca pun dah lama khatam, tp baru hari ni ada kerajinan mau menulis review novel ni ... best ke novel Yang Indah Hanya Sementara ni? meh baca sampai habis review Yang Indah Hanya Sementara ni ... best tak best, ikut selera memasing :))

Review Novel: Yang Indah Hanya Sementara (by Annur Puteri)
Review Novel: Yang Indah Hanya Sementara (by Annur Puteri)

Syufiqa dan Samwil berkahwin atas dasar pilihan keluarga, dan perkahwinan mereka bahagia, cumanya belum dikurniakan anak selepas beberapa tahun berkahwin. Syufiqa suka baca novel, dan sangat obses dengan penulis novel Mia Batrisia. Satu hari tu, kawan baik Syufiqa yang bekerja sebagai wartawan (kalau tak silap, mrs pip lupa lupa ingat, muehehe) , berjaya temukan Syufiqa dengan penulis novel kesayangan dia di sebuah pesta buku ... dan sejak dari itu, Syufiqa menjadi akrab dan berteman baik dengan Mia Batrisia.

Mia Batrisia ni sudah pernah berkahwin, tetapi kerana satu insiden yang menyebabkan kematian anak mereka, Mia diceraikan talak tiga oleh suaminya, tapi sebenarnya mereka saling mencintai ... alamak! mcm mana mau bersatu kalau sudah bercerai talak tiga kan ... dan si Syufiqa yang obses dgn Mia ni suruh suami dia si Samwil tu kawin dengan Mia, dgn harapan suami dia ada zuriat ... adoi! kalau korang lah kan, korang sanggup tak korbankan perasaan korang demi suami tercinta? tapi Samwil ni menentang keras permintaan Syufiqa ... 

dan sebenarnya, Mia Batrisia tu ialah bekas kekasih Samwil, dan Syufiqa tidak tahu mengenai hal ini, dan Mia Batrisia hanyalah nama pena, bila Samwil nampak Mia Batrisia dia sendiri terkejut tak sangka Mia tu ialah Mia Sara, kekasih lama dia yang terputus hubungan tanpa sebarang berita ...

Samwil akhirnya berkahwin dengan Mia setelah didesak oleh Syufiqa, tp Mia ni dia kawin dgn Samwil kerana semata mata berharap selepas mereka ada anak nanti, dia nak Samwil ceraikan dia supaya dia boleh kembali kepada suami lama dia ... hurm, kahwin paksa rela sungguh la dorang ni! 

bila Samwil dapat tahu niat sebenar Mia tu kan, mengamuk la si Samwil tu ... dia ingat si Mia kahwin dgn dia penuh ikhlas ... lepas tu boleh pula dia gantung tak bertali si Mia ni , sampai si Mia ni selamat bersalin, anak tu Samwil ambil dan dijaga oleh Syufiqa, dan Mia dia biarkan terkontang kanting ... Mia ni pula mmg tak nak tagih kasih sayang dengan Samwil, bagi dia suami lama dia adalah cinta sebenar, cuma dia nak Samwil ceraikan dia saja ... tak suka betul mrs pip dgn watak si Samwil ni ... orangnya berpengetahuan agama yang baik, tapi sikap tak serupa bikin!

Tiga tahun Mia kena gantung tak bertali! dan Mikail , suami terdahulu Mia telah berkorban menyelamatkan Mia dalam satu insiden kemalangan sehingga menyebabkan Mikail meninggal dunia ... sob sob sob ... tapi semuanya sudah terlambat untuk Samwil .. kalaulah tiga tahun dulu dia ceraikan Mia,, dan Mia kawin semula dengan Mikail,, sekurang kurangnya Mia dan Mikail dapat bersatu walaupun tempoh singkat, dan tak patut Samwil pisahkan anak dia dengan Mia, padahal anak itu ialah anak yang Mia kandungkan ... dan akhirnya, Syufiqa mengandung juga ...

mrs pip geram dengan Syufiqa yang paksa2 suami dia kawin dgn Mia, dan bila dia tahu Mia tu ex-GF Samwil, mulalah nak buat perangai ... lepas tu Samwil pula, cakap cinta penuh ikhlas dekat Mia, tapi bila tahu Mia masih cintakan Mikail, boleh pula dia mengamuk gantung Mia tak bertali ... Mia tu tersepit antara cintakan Mikail dan nak memenuhi permintaan Syufiqa yang dah jadi mcm BFF dia ... 

bagi Mia, apa yang berlaku dalam hidupnya adalah seperti "Yang Indah Hanya Sementara" ...

thanks for reading.

cheers.

8 comments:

  1. walaupun baca review Mr Pip je tapi dah geram sangat dgn Syufika dan Samwil.

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang geram pun dgn dua watak ni ...

      Delete
  2. Wah.. Bedt jalan cite ni. Boleh masuk slot akasia. Hero shafiq kyle, heroin ayda jebat 😚😚

    ReplyDelete
    Replies
    1. cikLa dah siap pilih hero n heroinnya sekali ...
      saya suka jg dgn shafiq kyle dan ayda jebat tu ...

      Delete
  3. agak complicated. jalan cerita yang so-so la.
    Janji Kita

    ReplyDelete
    Replies
    1. jalan cerita boleh lah , biasa biasa saja,
      cuma karakter dlm watak tu yg buat geram sgt ...

      Delete
  4. Adoi.. complicated nie.. kikiki..

    ReplyDelete
  5. Kakak pun sdh lama x baca novel...padahal dulu2 kaki novel betul! Tapi crita begini mmg kakak x sanggup baca, buat gerigitan. Kalau terbaca, mesti menyesal sbb susah mau lupa.

    ReplyDelete