Pregnancy: Ambil Tahu Kesan Kencing Manis (GDM) Ketika Hamil

hi there, lama tak update kehamilan mrs pip ... nampaknya, kandungan sudahpun masuk minggu ke 27 minggu ini , dan setakat ni, mrs pip masih lagi mengalami 'all round sickness' iaitu muntah, loya dan pening tak kira masa ...

mengandung kali ni memang agak mencabar kerana sehingga kini bab bab muntah loya dan pening tu masih belum menunjukkan tanda tanda untuk hilang ... 

dan semakin besar kandungan mrs pip ni, paras bacaan HB juga semakin menurun nampak gayanya ... tapi, bacaan HB rendah ni memang berlaku sejak kehamilan pertama, kedua dan terkini ... 

mrs pip harap bacaan HB mrs pip ni tak menjunam dengan teruk sehingga perlu ditahan di wad ...

minggu lepas, pada usia kandungan 26 minggu, mrs pip sekali lagi terpaksa melalui ujian toleransi gula atau lebih dikenali sebagai MOGTT , dan ini ialah ujian ke-dua yang mrs pip ambil sepanjang tempoh kandungan ... 

Ambil Tahu Kesan Kencing Manis (GDM) Ketika Hamil 

memandangkan mrs pip ni memang berisiko untuk mengalami GDM (gestational diabetes mellitus) atas faktor keturunan, berat badan, umur, BMI dan rekod GDM pada kandungan pertama, jadi doktor memang nak mrs pip buat MOGTT ni sekali lagi ...

dan tada! keputusan ujian MOGTT ke-dua menunjukkan mrs pip sah GDM dengan bacaan 8.97! *crying eyes* ...

Pregnancy Update : 27 Minggu +  Kencing Manis (GDM) ketika hamil
Pregnancy Update : 27 Minggu +  Kencing Manis (GDM) ketika hamil 

dulu sewaktu mengandungkan lil' Iman pun , mrs pip dah kena GDM , jadinya bila dah ada GDM ni, kenalah kawal makan ... DIET DIET DIET .... 

penat nak diet ni coz ragam mommy pregnant asyik selalu lapar kan ... tapi nak buat macam mana, demi kesihatan kandungan dan diri sendiri, kenalah ada inisiatif untuk diet ... 

APA ITU diabetes ketika hamil atau GDM ?


mungkin ada yang tak tahu lagi mengenai diabetes ketika hamil ni, so mrs pip suka nak kongsi sedikit maklumat mengenainya... 

so diabetes ketika hamil juga dikenali sebagai GDM atau gestasi diabetes atau gestational diabetes mellitus. Ianya diabetes yang hanya berlaku ketika hamil, dan ianya berbeza dengan diabetes yang dihidapi oleh pesakit diabetes ketika tidak hamil ... 

biasanya GDM ni akan hilang selepas bersalin ... 

macam kes mrs pip, sebelum ni ketika mengandungkan lil' Iman kena GDM juga, kandungan kali ni pun kena GDM juga, so ini GDM yang kedua mrs pip hadapi selama mrs pip pernah mengandung ...

 Kesan GDM ke atas kehamilan ?


bila dah kena GDM ni kan, memang doktor suruh kawal menu makanan kerana GDM ni mampu memberi kesan ke atas kehamilan ... 

ada yang tertanya - tanya, kenapa kena kawal makanan ? apa kesan GDM ni terhadap kehamilan ?

tapi sebelum tu nak bagitau, kenapa seseorang tu boleh dapat GDM ... diabetes berlaku bila badan tidak boleh menghasilkan hormon insulin secukupnya ... 

insulin bertugas untuk mengawal jumlah gula dalam darah yang digunakan untuk tenaga, dan membolehkan gula yang tidak perlu boleh disimpan ...

sewaktu kita hamil ni, badan akan menghasilkan insulin tambahan untuk memenuhi keperluan bayi dan biasanya insulin tambahan ni terhasil di pertengahan tempoh kehamilan, dan kalau insulin tambahan tidak mampu dihasilkan badan, maka badan akan mempunyai banyak lebihan gula dalam darah yang akan menyebabkan GDM ...

jadi, kalau badan mempunyai lebihan gula yang banyak, maka gula ni akan merentasi plasenta dan menjadi bahan makanan kepada bayi dan boleh menyebabkan pertumbuhan bayi lebih besar daripada kadar sepatutnya , dan ini mungkin boleh menyebabkan proses kelahiran kelak akan mengalami sedikit kesukaran kerana saiz badan bayi yang besar, dan ada yang terpaksa melalui proses pembedahan caesarean ....

Cara merawat GDM ke atas kehamilan ?


dah ada GDM, haruslah kena rawat, jangan pula buat buat tidak tahu dengan GDM ni , melainkan korang memang tak kisah risiko kesihatan pada diri atau pada bayi yang korang kandungkan tu ...

antara langkah mengatasi atau merawat atau mungkin lebih tepat langkah berjaga-jaga yang perlu diambil apabila disahkan GDM ialah

  • menjaga makan dan minum sebaiknya, pastikan diet yang diambil merupakan diet kurang gula
  • memakan lebih banyak sayur-sayuran dan buah-buahan dan mengurangkan pengambilan karbohidrat ringkas
  • bersenam juga digalakkan, pilihlah senaman yang sesuai untuk ibu hamil
  • berehatlah secukupnya, jangan terlalu stress berfikir mengenai masalah GDM yang dihidapi
  • pendek kata, amalkan gaya kehidupan yang lebih sihat

menurut sumber yang mrs pip baca, ibu yang pernah mengalami GDM ketika mengandung kemungkinan dikemudian hari boleh berisiko menghidapi penyakint diabetes / kencing manis, maka dengan itu ibu ibu dinasihati agar terus menjaga dan memantau pemakanan dan menjalani gaya hidup sihat walaupun selepas habis bersalin ...


itu saja mrs pip nak kongsi cerita pregnancy mrs pip, doakan mrs pip diberikan kesihatan yang baik ... 

dan mrs pip sekarang ni dah start DIET dengan mengurangkan makan nasi dan lebihkan makan sayur-sayuran, makanan berprotein seperti ayam, ikan dan telur dan sekarang ni mrs pip SAY NO TO SUGARY DRINKS .... 

terpaksalah menahan godaan nafsu makan ni ...

cheers.

Post a Comment

6 Comments

  1. Oo.. Good info mrs pip.. Baru tahu kenapa bahaya kencing manis ni pd baby & ibu. Sblm ni ada dgr jgk tapi tak faham sbb x ada experince lagi, kan..dah baca ni baru la faham..

    ReplyDelete
    Replies
    1. hope ibu2 mengandung yg ada GDM akna lebih prihatin dgn makanan dan minuman yang diambil ...dan kenalah jaga kesihatan...

      Delete
  2. Dulu kakak pun slalu HB cukup2 mkn ja, so bila time pregnant slain makan pil supplement, kakak mkn paru & hati. Kakak suka beli yg msk sambal dr restoran yg dkt dgn ofis. Bagus jg Mrs Pip dpt tau ttg GDM ni awal2, so blh buat persediaan. Yg penting, mesti kawal diet (especially time Raya nanti!) & cukup2 rest. Biar hubby buat grocery shopping - kalau time 'berdiet' pi supermarket, terbeli mcm2 pula nanti.

    ReplyDelete
    Replies
    1. sekarang ni mmg start diet, mcm2 tak boleh nak makan... adoi, mengalahkan org yang berpuasa la pula...hehe.

      Delete
  3. Alahai dugaan mengandung ye Mrs Pip. Semoga kuat semangat dan tabah melaluinya.. Sha baru tahu pasal GDM ini.. Good sharing Mrs Pip..

    ReplyDelete
    Replies
    1. hope entry ni membantu tambah info bg mereka yg x tahu pasal GDM.

      Delete

Terima kasih melawat blog Mrs Pip, dan sila komen dengan berhemah. Live link tidak dibenarkan di ruang komen.