Hadiah hari guru untuk cikgu lil' Iman dan lil' Amin

hi there, ni entry lewat published ... tadika tempat lil' armies bersekolah ni kan, memang tak celebrate sambutan tau, tak macam Permata playschool tempat lil' Iman bersekolah tahun lepas ... tapi walaupun tiada sebarang sambutan , sama ada hari sukan , hari ibu, hari guru, or whatever sambutan you name it, tapi mrs pip still nak celebrate juga hari guru hari tu! ceh, tak nak juga ketinggalan tau ... well, setahun sekali apa salahnya belanja cikgu cikgu ni kan ... 

hari tu mmg mrs pip rancang nak buat homemade cheesekut untuk cikgu cikgu lil' armies ni ... alah, cikgu dorang bukan ramai pun, tiga orang saja pun... guru kelas sorang satu dan ustazah yang ajar budak2 ni kelas agama ... tapi sehari sebelum hari guru tu, mrs pip pening teruk, badan pun tak larat nak bawa berjalan, hiks! penangan mommy pregnant yang still muntah loya dan pening walaupun dah nak masuk trimester ketiga! ... 

Hadiah hari guru untuk cikgu lil' Iman dan lil' Amin
Hadiah hari guru untuk cikgu lil' Iman dan lil' Amin

pasal tak larat nak buat seperti apa yang dirancang, so mrs pip tukar plan lain ... pagi 16/5 tu lepas hantar lil' armied pergi sekolah, mrs pip pergi klinik ada temujanji dengan doktor ... habis ja dari klinik tu (nasib baiklah tak tunggu giliran lama kat klinik), terus mrs pip pergi minimarket untuk belikan coklat untuk cikgu2 lil' armies ... tak tahu nak beli coklat apa, selalu suka makan Tobleron, tapi hari tu Tobleron kegemaran habis la pula, so pilih Cadbury sajalah ...

dah siap beli, balik rumah terus bungkus elok elok coklat ni ... nak bagi kat cikgu cikgu tu time ambil lil' armies habis waktu sekolah tengahari ... nak buat kad hari guru pun tak sempat ... haha, baru ingat, printer kat rumah habis ink! so, kita main tulis tangan sajalah ... walaupun handwriting tak cantik mana, tapi yang penting tu niat nak belanja cikgu cikgu ni makan coklat :)) ...

Hadiah hari guru untuk cikgu lil' Iman dan lil' Amin
Hadiah hari guru untuk cikgu lil' Iman dan lil' Amin

bila mrs pip ambil lil' armies tengahari tu, mrs pip suruhlah lil' Iman bagi kat cikgu kelas dia, manakala untuk cikgu lil' Amin, mrs pip bagi sendiri coz lil' Amin ni malu malu pula nak bagi ... dah siap bagi tu, kita pun baliklah ... naik saja kereta, terus lil' Iman tanya 

"mommy bagi hadiah untuk cikgu, hadiah Iman mana?" ....

laaaaaa, lil' Iman pun nak juga seketul hadiah mcm cikgu dia dapat ....

tapi bila mrs pip explain tu hadiah hanya untuk cikgu sahaja, nasib baik lil' Iman tak buat drama ... risau juga dalam kereta kalau lil' Iman throw tantrums kan, tak pasal2 kena pusing pergi minimarket pula cari coklat untuk dia ... 

korang hari guru tahun ni bagi apa kat guru anak anak korang? ... ada celebration kat sekolah tak? ...

cheers.

Post a Comment

4 Comments

  1. Uinaa...ada tadika permata pula di sana ya? Tahun ni sklh anak2 kakak buat Hari Guru mengejut ja, besok buat, hari ni baru dpt surat. Mgkn kesan pilihanraya pd mggu sblm tu. Then mggu dpn, exam pula. So, budak2 tu ja beli hadiah di sklh utk cikgu fevret masing2.

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe, Permata di sini pun baru juga, dengar2 baru beroperasi dua tahun lepas kalau ndak silap ...

      Delete
  2. Kat sekolah amani ngn imani memang ada sambutan hari guru.. Meriah..

    ReplyDelete

Terima kasih melawat blog Mrs Pip, dan sila komen dengan berhemah. Live link tidak dibenarkan di ruang komen.