Review Movie : Renegades (2017) - Cerita Cinta Surirumah

Thursday, 26 April 2018

Review Movie : Renegades (2017)

hi there, review movie RENEGADES (2017) ... movie ni ialah action thriller. Ia bermula dengan menceritakan sekumpulan askar Jerman memindahkan lukisan lukisan berharga dan sejumlah 25 tan emas dari Paris ke sebuah perkampungan di Bosnia bernama Grahovo pada Ogos 1944. Askar Jerman menahan semua penduduk desa dan membunuh mereka secara beramai ramai, namun seorang budak lelaki berjaya melepaskan diri.

Budak lelaki tersebut telah berjaya diselamatkan oleh askar partisan dan tanpa pengetahuan askar Jerman, askar pasrtisan telah merancang untuk meletupkan empangan air di perkampungan tersebut dan meneggelamkan seluruh perkampungan.

Review Movie : Renegades (2017)
Review Movie : Renegades (2017)

pada tahn 1995, sekumpulan NAVY Seals datang ke Sarajevo menyamar sebagai wartawan dengan tujuan untuk menculik Jeneral Serbia yang bernama Milic yang bertanggungjawab melakukan banyak kekejaman terhadap penduduk di Sarajevo ... ketika misi menculik Milic dijalankan, kumpulan Navy Seals hampir hampir menemui kegagalan namun berjaya melepasi halangan pihak musuh, dan akibat itu, mereka digantung kerja selama 3 hari.

salah seorang ahli NAVY SEALS ni iaitu Stanton Baker mempunyai hubungan dengan salah seorang pekerja bar bernama Lara, di Sarajevo tempat mereka bertugas, dan ketika Stanton bermalam di rumah Lara, kumpulan samseng yang diketuai oleh Milenko juga mempunyai hubungan dgn Lara meminta sesuatu dari Lara, dan kebetulan ketua kumpulan NAVY SEALS iaitu Matt Barnes berada di kawasan tempat tinggal Lara dan Matt berjaya melawan samseng samseng berkenaan.

Lara memberitahu hal sebenar bahawa samseng samseng itu mahukan jongkong emas miliknya yang bernilai $150,000 ... Lara menyatakan bahawa suatu ketika dulu, datuknya berjaya melepaskan diri dari askar Jerman dan diselamatkan oleh askar partisan sebelum sebuah perkampungan ditenggelamkan berhampiran tasik Bosnia. datuknya sempat mencuri satu jongkong emas milik askar Jerman tersebut ... mengikut cerita datuknya, dipercayai ada 2,000 jongkong emas tenggelam bersama dikawasan tersebut yang bernilai sekitar $3M dan ianya boleh memberi manfaat kepada penduduk setempat yang sedang mengalami peperangan sekiranya jongkong tersebut ditemui.

Review Movie : Renegades (2017)
Review Movie : Renegades (2017)

Lara lakonan Sylvia Hoeks
Matt Barnes (kanan) lakonan Sullivan Stapleton
Stanton Baker (kiri) lakonan Charlie Bewlie

kumpulan NAVY SEALS yang digantung kerja selama 3 hari itu, memulakan siri merancang untuk membantu Lara mencari jongkong emas yang telah tenggelam di dasar tasik tersebut. dengan menggunakan 'link' di dalam pangkalan mereka, kumpulan NAVY SEALS berjaya mendapatkan peralatan menyelam dan kelengkapan lain untuk membantu menjayakan rancangan mereka.

manakala kumpulan samseng tersebut berjaya mencuri jongkong emas milik Lara dan menunjukkan jongkon tersebut kepada ketua askar Serbia menyebabkan askar Serbia juga memulakan siri untuk menjejaki jongkong emas ...

memang thrill juga tengok movie ni, berdebar debar risau rancangan NAVY SEALS tu tidak berjaya dalam usaha membantu Lara, dan dalam masa yang sama, ada pihak lain cuba untuk menjejaki jongkong emas tu kan ...

pengakhiran yang berjaya. jongkong emas ditemua akhirnya oleh kumpulan NAVY SEALS tu dan cubaan askar Serbia untuk membunuh NAVY SEALS di dasar tasik tu tidak berjaya .... so, korang rasa apa yang terjadi kat jongkong emas tu pula? Lara bolot semua ke atau bahagi sama rata dengan kumpulan NAVY SEALS yang berjaya tolong Lara tu?

nak tahu, kenalah tengok filem Renegades ni tau ... jom sambung pula tengok 12 Strong lakonan Chris Hemsworth .... siapa yang dah tengok movie 12 Strong ni? 

happy watching.

cheers.

1 comment: