Review KBS Drama Special : Bride in Sneakers (2014) - Cerita Cinta Surirumah

Monday, 9 April 2018

Review KBS Drama Special : Bride in Sneakers (2014)

hi there, so bila blogger Tiara Sapphire bagitau Kdrama Special ni menarik, so terus check youtube tengok Kdrama ni ... drama ni dibintangi oleh Kim Jin Woo sebagai Jang Hee Soon seorang webtoon cartoonist dan Lee Chung-Ah sebagai Park Bo Kyung, wanita yang berbaju pengantin dan memakai sneakers ...

Review KBS Drama Special : Bride in Sneakers (2014)
Review KBS Drama Special : Bride in Sneakers (2014)

si Hee Soon ni ternampak la wanita berbaju pengantin ni dalam subway train, so bila train berhenti, dia pun ikut wanita ni untuk tau apa yang berlaku dgn wanita ni, kenapa dia pakai baju pengantin tu? dia melarikan diri dari majlis perkahwinan ataupun apa kan ... dia ni bukan apapun, dia ni just nak tau cerita wanita tu untuk dia jadikan bahan cerita webtoon dia tu la ... 

wanita ni nama dia Park Bo Kyung, mengikut cerita dia, time dia nak kahwin dgn tunang dia, tetiba saja tunang dia melarikan diri, so dia ni dalam misi mencari di mana tunang dia pergi ... so si Hee Soon ni just follow saja si Bo Kyung ni coz nak tahu cerita kenapa tunang si Bo Kyung ni boleh pula lari tinggalkan majlis perkahwinan dia tu kan ...

Review KBS Drama Special : Bride in Sneakers (2014)
Review KBS Drama Special : Bride in Sneakers (2014)

yang menarik pasal cerita ni selain si Bo Kyung nak cari tunang dia tu kan dah lari pigi mana, si Hee Soon pergi singgah rumah teman wanita dia konon nak pinjam baju teman wanita dia untuk Bo Kyung coz dia rasa semacam la pula ke sana sini pakai baju pengantin, tapi bila sampai rumah teman wanita dia, tup tup teman wanita Hee Soon curang depan mata  ... oh tidak! frust la si Hee Soon ...

ada satu lagi scene menarik tu bila si Bo Kyung selamatkan si Hee Soon ni daripada menjadi tahanan polis gara gara salah faham dengan seorang remaja perempuan ... nasib baik si Bo Kyung tu dapat bukti yang si Hee Soon ni tak bersalah ...

dan of course la kan, si Bo Kyung akhirnya berjaya cari tunang dia tu dengan bantuan si Hee Soon hanya menggunakan sketching dan socmed dia ... dia sketch gambar tunang si Bo Kyung ni, lepas tu dia post kat socmed ni tanya followers dia kalau2 dorg ada terlihat gambar lelaki yg dia sketch tu ... haha, tak tunggu lama, terus tau tunang Bo Kyung tu ada di mana  .... 

dan Bo Kyung berjaya bersemuka dengan tunang dia dan percubaan tunang dia melarikan diri tu gagal ... nak tau sebab kenapa tunang dia melarikan diri ? dasar lelaki yang pentingkan diri tau .. ishhh, macam nak cekik cekik la tunang si Bo Kyung ni ... nak tau, korang kena layan drama ni ... endingnya, si Bo Kyung lepaskan tunang dia pergi begitu saja coz Bo Kyung tu ckp dia puas hati dah dapat tahu kenapa tunang dia nak larikan diri ...

apa yang jadi dgn Hee Soon tu pula? cia cia cia, dalam hati ada taman dgn si Bo Kyung tu ... happy watching everyone ...

cheers.

6 comments:

  1. Replies
    1. simple ja , tp mmg tak sabar nak tau kenapa tunang dia melarikan diri sewaktu perkahwinan tu ... haha, once dapat tahu, rasa nak hempuk2 saja tunang dia tu...

      Delete
  2. hehehe baru abis layan black ^^ nak sambung cita ni pulak la ek :P

    ReplyDelete