Resipi ringkas homemade Coleslaw KFC

hi there, siapa yang suka makan sayur fresh, tak perlu masak, just hiris halus halus letak perisa tambahan, disejukkan seketika dan yes, dah siap untuk dimakan? tak tahulah kalau Coleslaw ni boleh dikategori sebagai salad ke tak, tapi yang pasti ianya fresh, nak buat coleslaw ni sangatlah senang ... siapa yang gemar makan KFC tu pasti kenal sangat dengan coleslaw, kerana setiap hidangan lengkap KFC, wajib ada coleslaw kan ....

Resipi ringkas homemade Coleslaw KFC
Resipi ringkas homemade Coleslaw KFC

lepas ni, dah tak perlu berlari lari nak ke KFC kalau mengidam coleslaw ... korang buat saja sendiri, jimat lagi jimat ... ingatkan dulu nak buat coleslaw ni banyak punya sukar, haha I mengaku I is dasar malas bab masak masak ... tp since jadi isteri ni, haruslah merajinkan diri mencuba banyak resepi so that tak la bosan asyik makan menu yg sama ... tapi tu lah, mrs pip mmg tak talented bab masak2, so kalau mencuba resepi tu, hanya cuba resepi yang simple simple sajalah ... nak buat rendang pun tak reti, apatah lagi rendang crispy tu kan #masterchefuk #crispyrendang , cia cia cia ....

nak buat coleslaw ni , bahan bahan sangat mudah ... korang boleh beli di supermarket terdekat atau kedai runcit berhampiran korang ... korang cuma perlukan 
  • kubis yang bulat tu, 
  • lobak merah, 
  • mayonese, 
  • garam, 
  • gula, 
  • susu segar,
  • sedikit black pepper,
  • perahan lemon ...  

see, senangkan nak dapatkan bahan bahan nak buat coleslaw ni ... cara nak buat pun sangat senang , iaitu :-
  • potong kecil kecil halus halus tu kubis >>> kalau nak banyak, korang potonglah sebulat kubis tu, mrs pip cuma potong separuh kubis tu , dan cuci kubis ni bersih bersih 
  • setengah batang lobak merah saiz sederhana di potong kecil kecil halus halus >>> tp mrs pip sejenis yang malas, so mrs pip grated halus halus lobak merah ni, senang kerja 
  • gaul rata kubis dan lobak merah ni di dalam bekas / container
  • tuangkan susu segar sehingga campuran kubis+lobak ni hampir terendam sepenuhnya di dalam bekas
  • masukkan beberapa sudu mayones 
  • masukkan garam , gula dan sedikit black pepper
  • masukkan satu dua sudu perahan lemon
  • gaul semua rata dan sebati >>> sila rasa ... kalau tak cukup rasa, bolehlah adjust rasa tu mengikut rasa masing masing ... macam mrs pip suka extra mayonese, so mmg letak mayonese tu extra sikit ... dan perahan lemon tu akan buat rasa coleslaw lebih sedap ...
  • dah siap, sila sejukkan di dalam peti sejuk sebelum dihidang >>> mrs pip sejukkan semalaman di dalam peti sejuk, dan esoknya, sedap dimakan bersama bread dan ayam goreng yang dihiris / diracik halus ...

Resipi ringkas homemade Coleslaw KFC
Resipi ringkas homemade Coleslaw KFC

macam mana? senangkan nak buat coleslaw sendiri... buat sendiri saja, buat stok banyak banyak, sedap di makan sejuk sejuk tau ... dan resepi coleslaw ringkas ni, mrs pip dapat dari blog cik fieza sani .. thanks fieza sani share resepi simple ni, I like ...


selamat mencuba ....

cheers.

Dapatkan ilmu-ilmu bermanfaat dengan mudah di telegram:


Info Ibu Hamil 

Info Resepi 

Info Motivasi 

Jom Join Juga Tukar Komen Blog Untuk Bloggers

Post a Comment

5 Comments

  1. Sedapnya awak.. Tapi sekarang nie saya kena banyak berpantang daripada segi makanan untuk preggy.. =)

    ReplyDelete
    Replies
    1. All thr best ya Shikin... Mrs pip doakan shikin dpt rezeki anak ...

      Delete
  2. Nak lagi senang, beli sos coleslaw yang dah siap, adjust mana patut. Hehe... Tapi buat sendiri pun lagi best. Favourite auni, suka makan sejuk2..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kak Pip ni tinggal di daerah kecil, so susah sikit nak cari sos2 modern ni, hehe...

      Delete
  3. Pernah buat sekali tapi macam ada yang kurang. Nak try lah sekali lagi ikut resipi ni mana tau menjadi kan.

    ReplyDelete

Terima kasih melawat blog Mrs Pip, dan sila komen dengan berhemah. Live link tidak dibenarkan di ruang komen.