Movie Review : Shanghai Calling (2012)

hi there, hari tu layan youtube ternampak Shanghai Calling movie ni .. eh eh, macam kenal pula pelakon utama tu, Daniel Henney ... Daniel Henney ni mrs pip first time tengok dia dalam Seducing Mr.Perfect (KMovie) ... lepas tu dalam KDrama bersama Rain , dalam The Fugitive: Plan B dan kemudian KDrama Spring Waltz bersama Han Hye Joo kalau tak silap ... kalau ada sesiapa layan X-Men Origins : Wolverine, yang jadi Agent Zero tu lah si Daniel Henney ...


antara yang membintangi Shanghai Calling ni ialah Daniel Henney sebagai Sam Chao, Eliza Coupe sebagai Amanda Wilson, Zhu Zhu sebagai Fang Fang, Bill Paxton sebagai Donald, Alan Ruck sebagai Marcus, dan Geng Le sebagai Awesome Wang ...

cerita Shanghai Calling ni ialah Sam Chao ni seorang peguam handal, dihantar oleh syarikatnya ke Shanghai untuk menguruskan satu kes yang melibatkan sejumlah bayaran yang besar ... so mahu tak mahu, demi kerjayanya, Sam Chao pun pergi ke Shanghai ... since dia ni American, dihantar pula ke Shanghai, so mestilah ada masalah nak memahami budaya dan kehidupan masyarakat Shanghai .. tapi si Sam Chao ni kan, bab kes tu dia urus sebaiknya, tapi dia kurang arif budaya masyarakat Shanghai ... 


di Shanghai ni, Sam Chao dibantu oleh Amanda , seorang relocation specialist ... kau cakap saja kau nak tinggal kat mana, si Amanda ni boleh tolong dapatkan rumah yang kau nak .. kau cakap saja kau nak tau bangunan itu ini, si Amanda sedia membantu ... dan Amanda ni boleh berbahasa Cina dengan fasih, tak macam si Sam Chao tu, nama cina tapi tak boleh cakap cina ... 

bila Sam Chao berjaya settle kes yang diminta oleh syarikat dia, last last baru dia tahu yang client tu menipu mengenai hal sebenar ... ekceli kes tu ialah berkenaan dengan hak cipta telefon bimbit ... client tu cakap dia ialah pemilik hak cipta sebenar, bukan pihak lawan padahal pihak lawan dah produce pun telefon tu di pasaran ... bila tahu client tu tipu dia, dia rasa sangat frustrated ... 

dari bekerja di firma guaman yang terkenal, akhirnya Sam Chao mengambil keputusan berhenti dari firma tu, dan buka ofis dia sendiri dan fight back client yang tipu dia tu dan berikan hak cipta sebenar kepada pihak lawan tu semula. Fang Fang si pembantu Sam Chao tu pun join Sam Chao pigi ofis baru :)) ....


beberapa insiden menarik berlaku sewaktu Sam Chao berusaha mendapatkan bukti yang konon client dia tu mmg pemilik hak cipta telefon bimbit tu ... seperti terpaksa meminta bantuan journalist pintar si Awesome Wang , merayu dengan Amanda untuk mendapatkan lokasi kilang pembuatan telefon tu dihasilkan, memujuk Fang Fang untuk kembali bekerja dengannya , dan dikejar oleh pekerja kilang ...

cerita ni bergenre american romantic-comedy ... cerita agak ringan dan senang nak faham ... selain Daniel Henney tu, cuma Fang Fang tu saja yg mrs pip familiar tengok, yang lain mmg tak perasan pernah berlakon dalam movie / drama apa eh ... dalam Pacific Rim : Uprising 2018 , Fang Fang tu berlakon pegang watak Juen ...

happy watching everyone, and thanks for reading.

cheers.

Post a Comment

15 Comments

  1. uh... bestnya... bila tgk citer luar ni rasa puas, sbb jalan cerita mereka buat tu senang tu k kita adapt dan tak byk menipu... keke

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu SI, dan yang menipu tu akan terima padahnya ...

      Delete
  2. Kenal Daniel Henney je sbb handsome, hehe. Tapi mcm menarik :)

    ReplyDelete
  3. Replies
    1. nnt ada peluang, bolehlah tengok ... kat youtube saja...

      Delete
  4. Replies
    1. bg mrs pip, movie ni not bad ...
      learn few lessons here...

      Delete
  5. Macam boleh tengok ni.. hehe

    ReplyDelete
  6. Suka gak dengan Daniel Henney ini.. boleh usha nanti nie..

    ReplyDelete
  7. wahhh tgk review kak buat sy nak tengok jugak heheheh

    ReplyDelete
  8. tak familiar pelakonnya..tapi nak cari la citer ni..macam best je baca sinopsis mrs pip...

    ReplyDelete

Terima kasih melawat blog Mrs Pip, dan sila komen dengan berhemah. Live link tidak dibenarkan di ruang komen.