Borong novel sempena jualan murah online di Karangkraf Mall

hi there, ntahlah, sejak sejak mengandung ni, mood nak menghadap novel novel kembali bersarang di hati ... dah lama sangaaaaattttt mrs pip ndak layan any novels ... tapi sejak dua menjak ni, rasa gatal hati sangat nak baca novel novel romantik .... 

Borong novel sempena jualan murah online di Karangkraf Mall

hari tu mrs pip berkesempatan memborong novel novel harga durian runtuh, murah sangat sangat secara online di karangkraf mall ... yes, serius murah ... bayangkan novel novel first hand ni, bukan preloved ya, di jual pada harga RM50.00 untuk 8 novel ... dan ada pilihan novel yang lagi affordable, RM20.00 untuk 5 buah buku ... gila tak nak borong!

Borong novel sempena jualan murah online di Karangkraf Mall

rezeki mrs pip bila my girlfriend BFF mrs pip tanya "birthday tahun ni nak apa?" ... tak fikir panjang, terus bagitau "Nak novel!" ... GF cakap, pi beli sendiri, nanti I bank in kan duit ... hah! ambik kau ... dengan duit yang my girlfriend bagi tu, mrs pip guna untuk beli novel novel kat atas tu (plus 2 novel terhangat karya Suri Ryana) ... ada 8 buah semuanya ... 

  • Setelah Ammar Tinggalkan Kita
  • Street Vendetta
  • Kopi Ladyku
  • Cinta di Blue Mountains
  • Bulan Madu di Venice
  • Venom Suria
  • Jatuh Hati di Paris
  • Cinta Untuk di Sewa


Borong novel sempena jualan murah online di Karangkraf Mall

selain tu, mrs pip beli sendiri beberapa buah novel yang berharga RM20 untuk 5 novel, cumanya satu novel tu habis stok, so Karangkraf Mall return duit mrs pip dalam bentuk voucher, so voucher tu kena guna sebelum expiry date untuk beli buku lain ... dah guna pun voucher tu, tengah tunggu buku yang dibeli sampai ... maybe lagi one week, insya allah sampailah buku mrs pip tu ... untuk novel harga sangat affordable ni, mrs pip cekup 


  • Bukan Dia Tapi Aku
  • The Promise
  • Cinta Jangan Tipu
  • Sayonara Cinta


semua novel ni sampai dalam keadaan yang sangat elok, tiada remuk kemek segala .... bungkusan di bungkus dengan sangat cermat menggunakan bubble plastic ... nampaknya bertambah lagi koleksi novel novel mrs pip di atas rak ... so, mommy pregnant dah boleh start baca novel novel ni, cuma tak tahu mana satu nak mula ... tapi ada kenalan blogger tu bgtau, Cinta Untuk Di Sewa tu sangat menarik jalan ceritanya, so maybe nak mula dengan yang itu kot ...

happy reading everyone.

cheers.

Post a Comment

15 Comments

  1. Suria venom dan sayonara cinta tu pun best juga.. Memang berbaloi beli time sale..

    ReplyDelete
    Replies
    1. pernah baca review suria venom, mcm ok jg ... so ni yg try rembat sebiji ...

      Delete
  2. Novel mazni aznita mmg highly recommend.. best sgt

    ReplyDelete
    Replies
    1. mrs pip main beli saja, tak kenal lagi penulis2 ni ... asal tajuk best, cover buku best, review ok, cepatlah mrs pip tergoda ... anyway, akan ingat nama penulis mazni anita ,nnt boleh tambah koleksi karya dia... :))

      Delete
  3. Woww banyaknya.. tapi best la. Murah-murah tu

    ReplyDelete
  4. beli time sales memang best kan, rasa nk borong semua novel..haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan, mmg mcm nak borong semua .. harga jimat sgt.

      Delete
  5. waduh waduhhh bestnyaaa T-T masih on lagi ke harga diskaun ni kak pip? kat mana nak beli online? boleh bagi link? rasa macam nak ushar juga je hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. KC boleh check laman web https://mall.karangkraf.com/ dan sucbsribe dorg punya newsletter, so any update pasal diskaun mmg dorg akan info bagi email ...

      Delete
  6. wahh bestnyaaa. Murah-murah pulak tu

    ReplyDelete
  7. Murahnya..nasib dah terjebak dengan novel, kalau tak mau terjah jugak ni..

    ReplyDelete
  8. kak saya beli kt jemari seni..rm25 untuk 30 buku!

    https://nasuha-itsmyessay.blogspot.com/2018/11/beli-buku-rm25-untuk-30-novel.html

    ReplyDelete

Terima kasih melawat blog Mrs Pip, dan sila komen dengan berhemah. Live link tidak dibenarkan di ruang komen.