April 2018 - Cerita Cinta Surirumah

Monday, 30 April 2018

Program Rumah Transit Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

April 30, 2018 64
Program Rumah Transit Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
Program Rumah Transit Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur khusus untuk golongan belia dan pasangan muda. Memiliki rumah sendiri adalah impian bagi setiap belia yang telah bekerja, begitu juga dengan pasangan yang telah berkahwin, apatah lagi buat pasangan muda.

Teringat ketika mrs pip menghadiri expo perumahan dan hartanah di Kota Kinabalu satu ketika dulu, sangat sukar untuk memiliki rumah idaman kerana kos harga rumah yang agak mahal dan bayaran deposit rumah yang tinggi.

Apabila Mrs Pip terbaca mengenai  Program Rumah Transit Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur khusus untuk golongan belia dan pasangan muda, berasa tertarik untuk berkongsi maklumat mengenai program tersebut.

Program Rumah Transit Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur 

Sumber Gambar : Google

Buat warga kota Kuala Lumpur, sememangnya agak bertuah kerana Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) sangat prihatin dalam usaha memberikan kemudahan mendapatkan rumah impian melalui Program Rumah Transit Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

Apa itu Rumah Transit Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur?

Program Rumah Transit Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur 
 Sumber Gambar : Google

Rumah Transit merupakan kemudahan yang disediakan oleh pihak DBKL kepada golongan belia dan pasangan muda yang baru berkahwin, tetapi tidak mempunyai kemampuan untuk memiliki rumah sendiri. Dan dalam usaha golongan belia dan pasangan baru berkahwin ini menanam impian untuk memiliki rumah sendiri, DBKL menyediakan rumah sementara yang disewakan kepada golongan belia dan pasangan baru berkahwin pada kadar berpatutan, dan dalam hal ini sebanyak RM800 sebulan dan perlu didiami selama 5 tahun. Namun, RM300 sebulan daripada bayaran sewa tersebut akan dikembalikan kelak kepada penyewa selepas tamat tempoh sewa iaitu selama 5 tahun.

Dan duit terkumpul ini (forced savings) akan digunakan sebagai duit deposit dalam membantu mereka untuk membeli dan memiliki rumah idaman sendiri.

Dalam konteks yang lain, sambil menyewa rumah, sambil menabung / menyimpan duit deposit. Dan bagi pendapat peribadi Mrs Pip, ianya program yang menarik kerana biasanya, kita membayar sewa rumah secara bulanan dan selepas tamat sewa rumah, tiada sebarang wang akan dikembalikan kepada penyewa, dan sangat berbeza dengan inisiatif DBKL yang ingin membantu penyewa 'menyediakan duit deposit' melalui sewaan Rumah Transit dan selepas tamat sewa rumah 5 tahun, sejumlah wang akan dikembalikan sebagai deposit untuk membeli rumah idaman kelak.

Projek Pangsapuri Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) di Kampung Sungai Udang, Segambut bakal menjadi rumah transit pasangan muda pertama di ibu negara apabila pembinaannya siap pada tahun hadapan iaitu tahun 2019.

Program Rumah Transit Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur 
Sumber Gambar: Google

Mengikut Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor, pangsapuri dengan 1,200 unit dibina khusus bagi golongan belia dan pasangan muda yang baru berkahwin dan belum memiliki kediaman sendiri

Rumah transit dengan kos pembinaan sebanyak RM300 juta melibatkan kawasan seluas 5.51 ekar kini 30 peratus dalam proses pembinaan dan dilengkapi dengan pelbagai kemudahan asas seperti dewan, surau, parkir dan gelanggang futsal.

Di bawah Program Rumah Transit Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, penyewa perlu membayar kadar sewa RM800 sebulan selama lima tahun kepada DBKL yang mana RM300 daripada jumlah itu akan disimpan untuk penyewa dan akan dipulangkan semula sebagai deposit apabila penyewa sudah mampu membeli kediaman sendiri melalui Rumah Wilayah Persekutuan (RUMAWIP) nanti. 

Selain itu, menurut Menteri Wilayah Persekutuan lagi, konsep rumah transit ini bersifat penyelesaian jangka pendek, namun diharapkan dapat meringankan beban golongan belia untuk membina kehidupan secara berperingkat hasil pengurangan kos sara hidup mereka. Dan proses pemilihan akan dibuat melalui pendaftaran yang bakal dibuka dalam masa terdekat dan proses saringan akan dilaksanakan bagi memastikan hanya yang benar-benar layak dan memerlukan sahaja yang diberikan keutamaan.

Syarat Kelayakan Bagi Memohon Rumah Transit:-

Kepada yang ingin memohon Program Rumah Transit ni, perlulah memenuhi kriteria kriteria yang telah ditetapkan iaitu,
  • Pemohon dan pasangan adalah warganegara Malaysia;
  • Pemohon berumur 18 hingga 30 tahun;
  • Pemohon tidak mempunyai rumah sendiri di kawasan / negeri rumah yang dipohon;
  • Pemohon bekerja di kawasan / negeri rumah transit yang dipohon;
  • Pendapatan isi rumah RM5,000 dan ke bawah; dan
  • Tiada rekod jenayah.
dan yang berminat untuk memohon, bolehlah mendapatkan borang permohonan seperti alamat yang tertera di bawah :-

Bahagian Perancangan dan Pembangunan Projek PPR
Jabatan Perumahan Negara
Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan,
Aras 33, No. 51, Persiaran Perdana, Presint 4,
62100 Putrajaya

Telefon        : 
03-8891 4052 / 4061

Faksimili    : 
03-8891 4045


Alangkah bagusnya kalau Program Rumah Transit yang dijayakan oleh DBKL ini dapat dikembangkan ke setiap negeri di Malaysia, termasuklah Sabah dan Sarawak. Bagi mereka yang duduk di Sabah, lagi lagi di kawasan bandar, dan golongan berpendapatan rendah, pasti tahu betapa mahalnya harga sewa sebuah rumah di Sabah, apatah lagi untuk memiliki rumah sendiri. Usaha murni DBKL dengan menyediakan Rumah Transit boleh dijadikan contoh yang baik dalam usaha memberikan kemudahan perumahan kepada rakyat.

Sumber:
1. https://www.mediaadil.com/malaysia/rumah-transit-pasangan-muda-pertama-di-kl-siap-tahun-hadapan/
2. https://www.mynewshub.cc/terkini/rumah-transit-pertama-di-ibu-negara-siap-2019/
3. http://www.utusan.com.my/berita/wilayah/kl-putrajaya/rumah-transit-belia-pertama-siap-tahun-hadapan-1.617024

Semoga info yang dikongsi ini bermanfaat untuk anda.

cheers.

Saturday, 28 April 2018

Semak Grade SEO blog anda dengan Website Grader

April 28, 2018 8
Semak Grade SEO blog anda dengan Website Grader
hi there, bila kawan kawan blogger share mengenai WEBSITE GRADER untuk melihat sejauh mana kehebatan grade SEO sesuatu blog itu, mrs pip pun tergerak hati juga nak semak grade SEO blog mrs pip sendiri ... nak semak kekuatan grade SEO blog korang menggunakan WEBSITE GRADER? boleh klik link >>> DI SINI <<< ...

Semak Grade SEO blog anda dengan Website Grader
Semak Grade SEO blog anda dengan Website Grader

tak tipu, ini result yang mrs pip dapat untuk blog www.mrspip.com ... grade cuma 39% ... nampaknya banyak benda yang mrs pip kena baiki untuk blog mrs pip ni ...

Semak Grade SEO blog anda dengan Website Grader
Semak Grade SEO blog anda dengan Website Grader

Website Grader mendedahkan performance untuk blog www.mrspip.com teruk, hanya 9/30 , dengan page size yang berat, banyak pula page requests dan page speed yang lembap ... Oh tidak! ... nampaknya banyak benda yg harus diperbaiki di sini ... 

Semak Grade SEO blog anda dengan Website Grader
Semak Grade SEO blog anda dengan Website Grader

satu lagi masalah blog mrs pip bila mana ianya bukan mobile friendly ... alamak! habislah kalau mcm ni, dah lah sekarang ni lebih ramai pengguna mem-browsing menggunakan smartphone ... kalau tak mobile friendly tak mesra alam gitu ... 

nak buat responsive / viewport ni, terpaksalah hadam info >>> DI SINI <<< dan >>> DI SINI <<< ok nanti kena cari masa untuk hadam link yang Website Grader tu bagi ... 

Semak Grade SEO blog anda dengan Website Grader
Semak Grade SEO blog anda dengan Website Grader


walaupun banyak benda yang kena mrs pip betulkan , tapi mrs pip boleh senyum sedikit bila mana SEO blog memenuhi semua kriteria ... ok, serius bab ni kita senyum sikit ... 

Semak Grade SEO blog anda dengan Website Grader
Semak Grade SEO blog anda dengan Website Grader

secara keseluruhan, blog mrs pip mmg banyakkkkkk perkara yang harus dibaiki ... korang bolehlah layan Website Grader untuk melihat sejauh mana kehebatan grade SEO blog korang di website.grader.com ....

cheers.

Thursday, 26 April 2018

Review Movie : Renegades (2017)

April 26, 2018 1
Review Movie : Renegades (2017)
hi there, review movie RENEGADES (2017) ... movie ni ialah action thriller. Ia bermula dengan menceritakan sekumpulan askar Jerman memindahkan lukisan lukisan berharga dan sejumlah 25 tan emas dari Paris ke sebuah perkampungan di Bosnia bernama Grahovo pada Ogos 1944. Askar Jerman menahan semua penduduk desa dan membunuh mereka secara beramai ramai, namun seorang budak lelaki berjaya melepaskan diri.

Budak lelaki tersebut telah berjaya diselamatkan oleh askar partisan dan tanpa pengetahuan askar Jerman, askar pasrtisan telah merancang untuk meletupkan empangan air di perkampungan tersebut dan meneggelamkan seluruh perkampungan.

Review Movie : Renegades (2017)
Review Movie : Renegades (2017)

pada tahn 1995, sekumpulan NAVY Seals datang ke Sarajevo menyamar sebagai wartawan dengan tujuan untuk menculik Jeneral Serbia yang bernama Milic yang bertanggungjawab melakukan banyak kekejaman terhadap penduduk di Sarajevo ... ketika misi menculik Milic dijalankan, kumpulan Navy Seals hampir hampir menemui kegagalan namun berjaya melepasi halangan pihak musuh, dan akibat itu, mereka digantung kerja selama 3 hari.

salah seorang ahli NAVY SEALS ni iaitu Stanton Baker mempunyai hubungan dengan salah seorang pekerja bar bernama Lara, di Sarajevo tempat mereka bertugas, dan ketika Stanton bermalam di rumah Lara, kumpulan samseng yang diketuai oleh Milenko juga mempunyai hubungan dgn Lara meminta sesuatu dari Lara, dan kebetulan ketua kumpulan NAVY SEALS iaitu Matt Barnes berada di kawasan tempat tinggal Lara dan Matt berjaya melawan samseng samseng berkenaan.

Lara memberitahu hal sebenar bahawa samseng samseng itu mahukan jongkong emas miliknya yang bernilai $150,000 ... Lara menyatakan bahawa suatu ketika dulu, datuknya berjaya melepaskan diri dari askar Jerman dan diselamatkan oleh askar partisan sebelum sebuah perkampungan ditenggelamkan berhampiran tasik Bosnia. datuknya sempat mencuri satu jongkong emas milik askar Jerman tersebut ... mengikut cerita datuknya, dipercayai ada 2,000 jongkong emas tenggelam bersama dikawasan tersebut yang bernilai sekitar $3M dan ianya boleh memberi manfaat kepada penduduk setempat yang sedang mengalami peperangan sekiranya jongkong tersebut ditemui.

Review Movie : Renegades (2017)
Review Movie : Renegades (2017)

Lara lakonan Sylvia Hoeks
Matt Barnes (kanan) lakonan Sullivan Stapleton
Stanton Baker (kiri) lakonan Charlie Bewlie

kumpulan NAVY SEALS yang digantung kerja selama 3 hari itu, memulakan siri merancang untuk membantu Lara mencari jongkong emas yang telah tenggelam di dasar tasik tersebut. dengan menggunakan 'link' di dalam pangkalan mereka, kumpulan NAVY SEALS berjaya mendapatkan peralatan menyelam dan kelengkapan lain untuk membantu menjayakan rancangan mereka.

manakala kumpulan samseng tersebut berjaya mencuri jongkong emas milik Lara dan menunjukkan jongkon tersebut kepada ketua askar Serbia menyebabkan askar Serbia juga memulakan siri untuk menjejaki jongkong emas ...

memang thrill juga tengok movie ni, berdebar debar risau rancangan NAVY SEALS tu tidak berjaya dalam usaha membantu Lara, dan dalam masa yang sama, ada pihak lain cuba untuk menjejaki jongkong emas tu kan ...

pengakhiran yang berjaya. jongkong emas ditemua akhirnya oleh kumpulan NAVY SEALS tu dan cubaan askar Serbia untuk membunuh NAVY SEALS di dasar tasik tu tidak berjaya .... so, korang rasa apa yang terjadi kat jongkong emas tu pula? Lara bolot semua ke atau bahagi sama rata dengan kumpulan NAVY SEALS yang berjaya tolong Lara tu?

nak tahu, kenalah tengok filem Renegades ni tau ... jom sambung pula tengok 12 Strong lakonan Chris Hemsworth .... siapa yang dah tengok movie 12 Strong ni? 

happy watching.

cheers.

Tuesday, 24 April 2018

Lazada 6th Birthday Festival !

April 24, 2018 4
Lazada 6th Birthday Festival !
hi there, yeah ... LAZADA turns 6 now! siapa suka shopping dekat LAZADA, angkat tangan ... ok, YES kita geng ... mrs pip pun mmg suka shopping dekat LAZADA ... lagi best bila shopping time SALE, memang heaven lah harga barang barang yang ditawarkan, sampai rambang mata nak pilih mana satu ... dan yang lagi awesome, so far perkhidmatan LAZADA sama ada penghantaran barang mahupun refund barang, tidak pernah mengecewakan ... so of course, mrs pip akan terus jadi pembeli setia di LAZADA :))

Lazada 6th Birthday Festival !
Lazada 6th Birthday Festival !

untuk pengetahuan semua, LAZADA akan menyambut ulangtahun ke-6 dan akan mengadakan BIRTHDAY FESTIVAL SALE (https://www.lazada.com.my/birthday-sale/) bermula pada 25hb sehingga 27hb April 2018 ni ... 

dan sempena itu, maka LAZADA sedang menjalankan blogger contest bermula dari 10hb sehingga 27hb April 2018, jadi apakata kita pakat ramai ramai join blogger contest ni ... the more the merrier gitu.

dan untuk kali ini, LAZADA BLOGGER CONTEST agak berbeza sedikit kerana LAZADA nak kita menjadi PARTY PLANNER dan menjayakannya bersama tiga rakan yang lain ... kalau menang, bukan kita saja yg akan dapat hadiah daripada LAZADA tetapi termasuk tiga kawan yang kita tag bersama juga akan dapat hadiah istimewa dari LAZADA ... yeah!

untuk menjayakan LAZADA 6th BIRTHDAY PARTY ni, mrs pip pilih lokasi parti di PULAU MANUKAN yang terletak di Tunku Abdul Rahman Park,, Kota Kinabalu... yeah, jom LAZADA, sesekali buat birthday party kat KOTA KINABALU pula ...

mrs pip memilih tema SPLASH and SPLOOSH, sesuai dengan lokasi birthday party di sebuah pulau ... mesti seronok menyambut birthday party bermain bersama air kan ... boleh swimming, snorkeling, diving, bermain pasir membuat istana pasir, bermain bola pantai dan sebagainya ...

dah namanya tema SPLASH and SPLOOSH, dekorasi haruslah menepati tema tersebut ... kat LAZADA, banyak pilihan dekorasi yang sesuai ... 




setiap kali birthday, takkan sah kalau tiada kek kan ... sekarang ni, banyak pilihan kek boleh dibuat, cakap jer nak kek apa, ramai baker yang mampu buat ... dan korang jangan tak tahu, kat LAZADA, pelbagai peralatan kek dijual untuk membantu baker membuat kek yang cantik ...

mrs pip nak birthday kek bertemakan laut dan pantai ... so tada! here is the cake ... nak cari semua aksesori kek tu, just klik di LAZADA ...


dan of course, selain kek, nak juga ada cupcake yang comel untuk birthday ke-6 LAZADA ...




ok, tema dan kek dah selesai .... sekarang time to shine! nak pilih pakaian yang sesuai pula untuk ke birthday LAZADA yang bertemakan SPLASH and SPLOOSH ni .... ada banyak pilihan beach dress yang korang boleh pilih, dan memandangkan mrs pip berhijab, jadi pilihan haruslah sesuai untuk wanita berhijab, mrs pip pilih  floral print beach dress long sleeve ni ... cantik tak?


dan tak lupa juga pilihan shawl yang sepadan dgn dress yang dipilih .... nak pakai something glitter gitew agar nampak menarik ...


so, kalau koran pula, apa tema, kek dan pilihan pakaian korang kalau dipilih jadi party planner ni untuk LAZADA 6th BIRTHDAY PARTY?

hope LAZADA enjoy my picks for the birthday party!

cheers.

Monday, 23 April 2018

Mudahnya rutin penjagaan kulit wajah dengan BARE ESSENTIALS

April 23, 2018 4
Mudahnya rutin penjagaan kulit wajah dengan BARE ESSENTIALS
hi there, gossip gossip Althea bertebaran luas di media sosial ... hiks, mrs pip pun nak juga bergossip kalau begitu ... siapa yang suka Althea, angkat tangan? kita geng! .... sejak dikenalkan dengan Althea, mrs pip no turning back kalau nak cari skincare product, mesti melekat kat Althea T_T dan buat peminat tegar skincare / make up product dari Korea mesti sudah tahu mengenai rangkaian terbaru penjagaan kulit Althea, iaitu BARE ESSENTIALS "your skin completes make-up" yang didatangkan dalam satu set lengkap mengandungi contour cleanser, primer water dan juga fixer cream ...

BARE ESSENTIALS from Althea
Mudahnya rutin penjagaan kulit wajah dengan BARE ESSENTIALS

mrs pip terjebak sama menggunakan Bare Essentials ni tau ... ni dah masuk lebih dua minggu guna produk Bare Essentials dari Althea ... memang puashati sangat dengan produk Bare Essentials ni tau ... hanya dengan tiga langkah penting penjagaan muka iaitu mencuci, menyegarkan dan melembabkan wajah, sebelum disusuli dengan kaedah penjagaan muka tambahan lain, Bare Essentials membantu menjaga kulit wajah agar sentiasa sihat dan hebat dan membantu meminimalistkan makeup  ... dengan Bare Essentials, kulit wajah mampu kelihatan bersinar dan cantik  ...

BARE ESSENTIALS from Althea
Mudahnya rutin penjagaan kulit wajah dengan BARE ESSENTIALS

kulit wajah mrs pip pun terasa glowing gitu selepas guna secara teratur setiap hari dan bagi mrs pip la kan, mrs pip dapat rasa kesan kulit wajah tak kusam dan bersinar selepas guna Bare Essentials ni selepas dua minggu ... rasa happy dan lebih berkeyakinan gitu bila kulit wajah terasa lebih sihat berbanding sebelumnya ...

Bare Essentials Contour Cleanser
Bare Essentials Contour Cleanser

Bare Essentials Contour Cleanser 150gm RM23.00 dengan bahan utama Ice Plant, Lemon, Verbena Leaf ... yang mrs pip suka mengenai pencuci muka ni, kita boleh rasa ada mikro mikro halus pada pencuci wajah ni apabila dicampur dengan air untuk mencuci muka ... ianya berkesan mengeluarkan kotoran dari kulit secara lembut, membantu mendetoksifikasikan kulit wajah dan menjadikan kulit wajah terasa bersih dan terasa segar dengan bau-bauan mint yang terdapat dalam pencuci muka ni ...

Bare Essentials Primer Water 200ml
Bare Essentials Primer Water 200ml

Bare Essentials Primer Water 200ml RM43.00 dengan bahan utama Snow Lotus, Petented dewdrop technology ... primer water ni yang paling mrs pip suka ... primer water ni ialah penyegar 2-dalam-1 iaitu penyegar dan primer , membantu meminimumkan penggunaan extra skincare ... dibuat dengan teknologi mandat yang dipatenkan, ia mampu melancarkan dan menghilangkan kulit kusam, mempersiapkannya untuk langkah seterusnya dan menjadikan kulit kelihatan muda bersinar ... 

apa yang mrs pip suka mengenai primer water ni kan, ianya tidak seperti kebanyakkan toner yang teksturnya cair dan lambat menyerap masuk ke dalam kulit wajah ... untuk primer water ni, teksturnya agak 'melekit' di jari tapi serius sangat cepat menyerap masuk ke dalam kulit wajah dan terasa kulit wajah glowing gitu :))

Bare Essentials Fixer Cream
Bare Essentials Fixer Cream

Bare Essentials Fixer Cream 50gm RM50.00 dengan bahan utama Trehalose, Green Tea, Baobab Tree ... fixer cream ni ialah krim pelembab yang mampu menembusi kulit dan melembapkan sehingga 24 jam, memberikan kulit penghidratan yang benar-benar diperlukan. Ianya memastikan kulit berasa segar dan kelihatan sihat sepanjang hari ...

ini ialah krim pelembap yang terbaik yang mrs pip pernah guna mana mana krim pelembap sebelum ni... fixer krim ni terasa 'ringan' di kulit mrs pip, tidak berminyak, cepat menyerap, dan suka dengan wanginya, mungkin kerana kehadiran green tea dan baobab tree yang terkandung di dalamnya ...

BARE ESSENTIALS tester / kit
BARE ESSENTIALS tester / kit

selain itu , Bare Essentials Althea Box ini juga didatangkan dengan 4 pek tester, lengkap setiap satunya mengandungi contour cleanser, primer water dan fixer cream. Althea juga memberikan hand mirror yang sangat mudah dibawa ke mana juga terutamanya ketika travel dan brochure yang memberikan maklumat lengkap mengenai produk Bare Essentials, dan sekeping Althea marble tile yang boleh diletakkan sebagai hiasan di meja solek ...

ketiga-tiga produk Bare Essentials ini iaitu contour cleanser, primer water dan fixer cream hanya berharga RM116.00 , dan sekiranya korang membeli produk ini sehingga promosi masih ada, korang akan mendapat diskaun sebanyak RM10% berserta hand mirror secara percuma. 

mahu tahu lebih lanjut menegenai produk Bare Essentials ini,  korang boleh

layari laman web Althea untuk pembelian di >>> www.althea.kr 

atau korang juga boleh follow instagram Althea di >>> https://www.instagram.com/altheakorea

dan boleh baca info produk dan skincare di blog Althea >>> http://blog.althea.kr/

"BARE ESSENTIALS, experience the simplicity of beauty; your skin completes makeup" 

dan meh layan video yang mrs pip share kat IG hari tu ... nak juga membawang pasal Bare Essentials ni tau ... kalau suka, jgn lupa like #pipvideo ni ok T_T

cheers.

Sunday, 22 April 2018

Menang giveaway starter kit COCO2U Nature's Miracle

April 22, 2018 14
Menang giveaway starter kit COCO2U Nature's Miracle
hi there, ramai yang buat giveaway starter kit COCO2U Nature's Miracle hari tu ... di facebook ada, di IG pun ada ... mrs pip terjebak mau join giveaway tersebut di facebook, manatau ada rezeki kan, boleh lah merasa satu set COCO2U ni ... 

Menang giveaway starter kit COCO2U Nature's Miracle
Menang giveaway starter kit COCO2U Nature's Miracle 

syarat syarat yang dikenakan pun sangatlah mudah, share post , tag dan done comment ... eh, tak ingat kena tag kawan atau tak, muehehe ... tp simple giveaway mcm ni tak banyak syarat, mmg suka mrs pip join ...

Menang giveaway starter kit COCO2U Nature's Miracle
Menang giveaway starter kit COCO2U Nature's Miracle 

mrs pip join giveaway di facebook blogger cantik manis melly crayola ni ... ndak lama lepas tu, nama mrs pip kena tag .. so bila check, yeah! mrs pip terpilih salah sorang pemenang giveaway tu ... happy sangat ... nak tebus hadiah pun senang, ikut saja step yang mellya bagi ... since melly dah maklumkan lebih awal dlm giveaway tu, kalau menang, postage kena bayar sendiri, so it is ok bagi mrs pip ... nilai starter kit COCO2U ni harganya RM90.00 , tapi mrs pip dapat tebus FREE since dah menang giveaway tu kan, dan postage pun tak mahal mana ... alhamdulillah, rezeki ni :))

Menang giveaway starter kit COCO2U Nature's Miracle
Menang giveaway starter kit COCO2U Nature's Miracle 

datang dalam kotak hitam yang cantik Vita Bella, dan dibungkus menggunakan bubble wrap, memang pacakaging terbaik ... kalau nak cuba product COCO2U tapi risau tak sesuai, bolehlah try starter kit ni , yang mempunyai Hydrating Cleanser 30ml, Pore Refining Tonique 30ml, Bioactive Day & Night Moisturzer, 10ml each ... 

nak guna pun senang, ikut langkah langkah di bawah ni (copy paste dari website COCO2U :-

Step 1 - Hydrating Cleanser 30ml
Directions: Pump onto wet hands and massage onto damp face skin with circular motion. Rinse off with warm water.

Step 2 - Pore Refining Tonique 30ml
Directions: Pat directly onto cleansed skin. Use after hydrating cleanser.

Step 3 (Day) - Bioactive Day Moisturiser (SPF20) 10ml
Directions: Apply to face and neck after pore refining tonique.

OR

Step 3 (Night) - Bioactive Night Moisturiser 10ml
Directions: Apply to face and neck after pore refining tonique.

nak godek godek website COCO2U? layari 


cheers.

Saturday, 21 April 2018

SHAPEE pakaian dalam selesa untuk wanita mengandung

April 21, 2018 6
SHAPEE pakaian dalam selesa untuk wanita mengandung
hi there, #mommypregnant ni dah masuk 5 bulan ... perut pun semakin memboyot, berat badan pun semakin mencanak canak naik ... well, mmg sinonim la kan, bila mengandung saja, mesti ada penambahan berat badan.. bila berat badan bertambah tu, maka saiz pakaian pun akan sedikit sebanyak berubah ... tak cukup dengan saiz pakaian yang naik one extra size, terpaksa pula berdepan dengan masalah mencari pakaian dalam yang sesuai dan selesa untuk pergerakan #mommypregnant .... cari punya cari, mrs pip terjumpa dengan SHAPEE , pakaian dalam yang selesa untuk wanita mengandung ... jom layan review mrs pip mengenai SHAPEE , pakaian dalam yang selesa untuk wanita mengandung ni ....

SHAPEE pakaian dalam selesa untuk wanita mengandung
SHAPEE pakaian dalam selesa untuk wanita mengandung

untuk setiap wanita yang hamil, penting untuk memakai pakaian yang selesa ... bukan sahaja pakaian luaran, tetapi termasuklah pakaian dalaman ... hah! macamlah korang tak faham kan, bila dah mengandung ni, berat badan pun bertambah ... bila dah bertambah tu,, ada pakaian yang tak muat kan, termasuklah pakaian dalam ... mcm mrs pip ni, memang terasa rimas kalau pakaian dalam tu sempit, tak rasa bebas bergerak ... lagi teruk, kalau pakaian dalam (underwear) dah sempit, alamatnya boleh menimbulkan rasa pedih di celah paha akibat geseran antara pakaian dalam dan celah paha ... 

SHAPEE pakaian dalam selesa untuk wanita mengandung
SHAPEE pakaian dalam selesa untuk wanita mengandung

mrs pip happy sangat bila dapat kenal produk SHAPEE yang mengeluarkan pakaian dalam selesa untuk wanita hamil ... produk SHAPEE yang mrs pip miliki ni ialah High Waist Seamless Maternity Briefs, di datangkan dalam 2 pcs per box dengan harga mampu milik bagi pendapat mrs pip iaitu RM36.00 per box dan ada tiga warna pilihan pink, beige dan black ...

SHAPEE pakaian dalam selesa untuk wanita mengandung
SHAPEE pakaian dalam selesa untuk wanita mengandung

Shapee maternity briefs have been designed generously sit over your bump. Made by high quality material, it offered great comfort and enhanced fit, providing a fresh feel throughout the day.

SHAPEE pakaian dalam selesa untuk wanita mengandung
SHAPEE pakaian dalam selesa untuk wanita mengandung

saiz untuk Shapee seamless maternity briefs ni ialah FREE SIZE, dah nama pun seamless kan, memang senang melentur ikut saiz badan ... untuk mrs pip, memang tak rasa risau kot kot FREE SIZE tu tak fit kat badan coz it fits nicely dan since maternity briefs ni jenis high waist cutting, so it supports big belly mrs pip ni , hehe ... 

selain Shapee ni menyediakan pakaian dalam (underwear) khusus untuk wanita mengandung, Shapee juga mengeluarkan produk lain iaitu Compression Wrap, Nursing Bra dan Shapewear ... bila dah hampir nak bersalin nnt, mrs pip nak beli pula Shapee nursing bra untuk penyediaan nak menyusukan baby dengan lebih selesa  ... dan lepas tu nak grab juga Shapee shapewear (waist shaper) tu untuk penjagaan bentuk badan selepas bersalin ...

nak tahu lebih lanjut mengenai SHAPEE, sila layari laman web SHAPEE di


stay fabulous mommies!

cheers.

Friday, 20 April 2018

"Bekerjalah dengan JUJUR walaupun HAKMU dinafikan"

April 20, 2018 2
"Bekerjalah dengan JUJUR walaupun HAKMU dinafikan"
hi there, hari Jumaat, penghulu segala hari ... how's your day? mrs pip sehari dua ni tidak begitu sihat, ragam mak preggy la katakan ... ada waktu, terasa sangat lemah letih dan kurang enak badan ... terpanggil untuk menulis entry "bekerjalah dengan jujur walaupun hakmu dinafikan" ... eh, tetiba pulak dah entry cenggini ... 

seseorang yang aku kenal, dia seorang yang jujur dan cermat dalam pekerjaannya ... dia berusaha menyiapkan kerjanya dan mengelak untuk mencari jalan pintas dalam menyiapkan kerjanya ... bagi dia, kerja adalah satu amanah yang perlu dibuat dengan ikhlas ... kalau tak ikhlas, baik berhenti saja dari kerja tersebut ... baginya, setiap hasil kerjanya yang dibayar, maka duit itulah yang digunakan untuk membelanjakan keluarganya, jadi harus halal dalam segala segi ...

akhirnya, dia merasakan sudah sampai masanya dia berhenti kerja ... bukan kerana tidak diperlukan, tapi kerana sikap berat sebelah orang atasannya ... malah, gajinya juga tertunggak berbulan bulan tidak dibayar, begitu juga dengan 'claim' bulanannya ... 

kredit: pexels.com

sudah lebih setahun dia berhenti kerja, dan sehingga hari ini, masih lagi ada gaji yang tertunggak yang belum dijelaskan oleh syarikat tersebut, malah 'claim' dia juga begitu, langsung tidak diendahkan ... dia tidak merungut, katanya "tidak apa, sabar lebih baik" ... hurm, kalau aku di tempat dia, boleh naik angin satu badan diperlakukan begitu, bila mana hakmu dinafikan ...

dia titipkan sedikit nasihat buat aku:-

berusaha bekerja dengan jujur, gaji yang tidak dibayar itu, mungkin bukan hak aku, Tuhan lebih tahu di mana rezeki buat aku. mungkin juga, Tuhan lebih tahu, bila masa yang sesuai untuk hak aku diberikan. mungkin juga, bukan hak aku dinafikan, tetapi mungkin cara ini sedikit sebanyak Tuhan ingin menghapus dosa dosa aku dengan cara aku bersabar. dan Tuhan masih memberikan aku rezeki lain, banyak atau sikit, itu semua urusan Tuhan. 

kalau tidak suka dengan kerja tersebut, berhenti dan cari kerja yang kita suka.

dia bertanya kepada aku :-

kamu percaya Tuhan itu wujud? kamu yakin Tuhan itu adil? berdoalah yang baik baik kepada yang Maha Kuasa ...

semoga sentiasa ada rezeki yang baik untuk kamu, hari ini, esok dan hari hari yang mendatang.

salam jumaat semua.

cheers.

Thursday, 19 April 2018

Pemenang Birthday Giveaway By Mrs Pip

April 19, 2018 16
Pemenang Birthday Giveaway By Mrs Pip
hi there, hari ni mrs pip nak announce pemenang bagi BIRTHDAY GIVEAWAY BY MRS PIP ... giveaway telahpun tamat pada 9 April 2018, dan sebanyak 58 penyertaan yang mengambil bahagian ... thank you semua yang sudi memeriahkan giveaway mrs pip dan bagi support kat mrs pip ... tanpa you ols semua, tak happening la blog mrs pip ni ... 

Pemenang Birthday Giveaway By Mrs Pip
Pemenang Birthday Giveaway By Mrs Pip

kalau ikut rasa, nak saja bagi setiap satu hadiah dr mrs pip, tp I is tak mampu you ols, so dari ramai ramai penyertaan tu,mrs pip mulanya nak bagi hadiah kepada seorang pemenang bertuah, tapi memandangkan giveaway ni mendapat sambutan hangat, so mrs pip tambah sorang lagi pemenang ... so ada dua pemenang ...

dan jeng jeng jeng, siapakah yang menang UTAMA yang sangat bertuah tu? dan siapakah pemenang pilihan kedua mrs pip? keputusan adalah muktamat, dan mrs pip menggunakan bantuan random.org untuk mencabut nombor pemenang yer ...

boleh check no. penyertaan DI SINI

nombor yang bertuah menjadi pemenang UTAMA ialah penyertaan >>>> #43

Pemenang Birthday Giveaway By Mrs Pip
Pemenang Birthday Giveaway By Mrs Pip

dan penyertaan bertuah yang menang tempat KE-DUA ialah >>> #21

Pemenang Birthday Giveaway By Mrs Pip
Pemenang Birthday Giveaway By Mrs Pip


PERHATIAN:

kepada Pemenang Utama dan Pemenang Ke-Dua, sila bagi details korang kat email mrs pip:-
sukasukasurirumah@gmail.com

Nama Penuh :
Alamat Pos :
No. Handphone :

sila email details korang dalam minggu ni ya, 
pengeposan hadiah insya allah akan dibuat minggu depan

dan mrs pip pilih secara rawak 10 penyertaan yang akan dimasukkan ke dalam bloglist mrs pip .... yang masuk bloglist ni akan duduk buat satu masa yang lama sehingga mrs pip rasa ada keperluan untuk buat bloglist baru ... 

Pemenang Birthday Giveaway By Mrs Pip
Pemenang Birthday Giveaway By Mrs Pip

you are bloglisted!


thanks semua yang join giveaway mrs pip ... dan stay tune untuk giveaway yang akan datang ...

cheers ....

Wednesday, 18 April 2018

Resepi ringkas Coleslaw ala KFC

April 18, 2018 5
Resepi ringkas Coleslaw ala KFC
hi there, siapa yang suka makan sayur fresh, tak perlu masak, just hiris halus halus letak perisa tambahan, disejukkan seketika dan yes, dah siap untuk dimakan? tak tahulah kalau Coleslaw ni boleh dikategori sebagai salad ke tak, tapi yang pasti ianya fresh, nak buat coleslaw ni sangatlah senang ... siapa yang gemar makan KFC tu pasti kenal sangat dengan coleslaw, kerana setiap hidangan lengkap KFC, wajib ada coleslaw kan ....


lepas ni, dah tak perlu berlari lari nak ke KFC kalau mengidam coleslaw ... korang buat saja sendiri, jimat lagi jimat ... ingatkan dulu nak buat coleslaw ni banyak punya sukar, haha I mengaku I is dasar malas bab masak masak ... tp since jadi isteri ni, haruslah merajinkan diri mencuba banyak resepi so that tak la bosan asyik makan menu yg sama ... tapi tu lah, mrs pip mmg tak talented bab masak2, so kalau mencuba resepi tu, hanya cuba resepi yang simple simple sajalah ... nak buat rendang pun tak reti, apatah lagi rendang crispy tu kan #masterchefuk #crispyrendang , cia cia cia ....

nak buat coleslaw ni , bahan bahan sangat mudah ... korang boleh beli di supermarket terdekat atau kedai runcit berhampiran korang ... korang cuma perlukan 
  • kubis yang bulat tu, 
  • lobak merah, 
  • mayonese, 
  • garam, 
  • gula, 
  • susu segar,
  • sedikit black pepper,
  • perahan lemon ...  

see, senangkan nak dapatkan bahan bahan nak buat coleslaw ni ... cara nak buat pun sangat senang , iaitu :-
  • potong kecil kecil halus halus tu kubis >>> kalau nak banyak, korang potonglah sebulat kubis tu, mrs pip cuma potong separuh kubis tu , dan cuci kubis ni bersih bersih 
  • setengah batang lobak merah saiz sederhana di potong kecil kecil halus halus >>> tp mrs pip sejenis yang malas, so mrs pip grated halus halus lobak merah ni, senang kerja 
  • gaul rata kubis dan lobak merah ni di dalam bekas / container
  • tuangkan susu segar sehingga campuran kubis+lobak ni hampir terendam sepenuhnya di dalam bekas
  • masukkan beberapa sudu mayones 
  • masukkan garam , gula dan sedikit black pepper
  • masukkan satu dua sudu perahan lemon
  • gaul semua rata dan sebati >>> sila rasa ... kalau tak cukup rasa, bolehlah adjust rasa tu mengikut rasa masing masing ... macam mrs pip suka extra mayonese, so mmg letak mayonese tu extra sikit ... dan perahan lemon tu akan buat rasa coleslaw lebih sedap ...
  • dah siap, sila sejukkan di dalam peti sejuk sebelum dihidang >>> mrs pip sejukkan semalaman di dalam peti sejuk, dan esoknya, sedap dimakan bersama bread dan ayam goreng yang dihiris / diracik halus ...


macam mana? senangkan nak buat coleslaw sendiri... buat sendiri saja, buat stok banyak banyak, sedap di makan sejuk sejuk tau ... dan resepi coleslaw ringkas ni, mrs pip dapat dari blog cik fieza sani .. kalau nak tengok cara fieza tu sediakan coleslaw ni, boleh terjah blog dia >>> klik sini <<< fieza rajin nak tunjuk step by step bergambar , thanks fieza sani share resepi simple ni, I like ...

selamat mencuba ....

cheers.

Monday, 16 April 2018

Review Novel : The Bicycle

April 16, 2018 4
Review Novel : The Bicycle
hi there, review novel lagi, kali ni novel yang bertajuk THE BICYCLE hasil karya Maclean Patrick, novel pendek berbahasa Inggeris setebal 267 muka surat .... ini novel Inggeris pertama yang mrs pip beli dengan harga sangat affordable RM5.00 sahaja di laman web Karangkraf Mall tahun lepas ketika jualan gudang ...

The Bicycle by Maclean Patrick
The Bicycle by Maclean Patrick

novel ni menceritakan dua zaman , iaitu zaman sebelum perang di Malaya (Malaya pre-war 1942) dan zaman millenium 2010 ... ceritanya sangat senang untuk difahami kerana penulis menggunakan simple english menulis novel ni, membuatkan sesiapa yang mahu berjinak jinak memulakan untuk membaca novel Inggeris, bolehlah mencuba membaca novel The Bicycle ni ...

The Bicycle menceritakan tentang Sam, yang jatuh cinta dengan sahabat baiknya Elizabeth, namun tidak pernah menyuarakan perasaannya kepada Elizabeth. Sam dan Elizabeth berkawan baik sejak sekolah menengah sehinggalah masuk ke universiti, namun berbeza pengajian ... 

Sam mempunyai seorang nenek bernama Mabel yang tinggal bersama, dan memiliki sebuah basikal yang Sam tidak pernah nampak neneknya menggunakan basikal tersebut, dan basikal tersebut hanya duduk diam di dalam stor, lalu Sam mengambil keputusan untuk membuat kerja kerja baik pulih dan ingin memberikan kejutan kepada neneknya ...

Basikal tersebut adalah basikal lama milik neneknya yang dihadiahkan oleh kekasih neneknya ketika neneknya berusia 17 tahun, dan basikal tersebut masih utuh dalam simpanan neneknya walaupun sudah berusia lebih 50 tahun ... yang peliknya, bagaimana basikal yang berasal dari Amerika (Columbia Bicycle) boleh berada di Malaya, sedangkan Malaya pada waktu itu adalah sebahagian dalam Empayar British? seronok bila dapat tahu cerita perjalanan mengenai basikal ni ...

7th August 1941
....
I hope I do no irritate him with my questions. I do wonder
a lot about what he does and where he comes from. He does not
seem to mind, maybe I do irritate him and he just keeps it to himself.
That would make him the most patient man I know.
Even father is not patient with me.

Samuel, I can spend my whole life with you.

Mabel

sepanjang tempoh membaik pulih basikal milik neneknya, Elizabeth mendesak Sam untuk bertanya kepada nenek Sam cerita disebalik basikal ni, mesti ada kisah menarik mengenai basikal ni sehingga membuatkan nenek Sam tidak mahu membuang basikal ni ...

dan satu demi satu cerita zaman lalu neneknya tersingkap ... basikal tersebut adalah hadiah daripada kekasih Mabel, ketika dia berumur 17 tahun. Mabel datang dari keluarga kaya, manakala kekasihnya  yang juga bernama Sam datang dari keluarga buruh. pertemuan mereka di tasik ketika Sam cuba menolong Mabel daripada lemas di tasik merupakan titik tolak perkenalan mereka ... 

cinta mereka tidak direstui bapa kepada Mabel, tapi itu bukan penghalang untuk Mabel dan Sam bertemu ... mereka berpisah bukan kerana disebabkan halangan keluarga, namun peranglah yang memisahkan mereka sebenarnya ... Mabel dan keluarganya sempat melarikan diri kembali ke Britain ketika penaklukan Jepun, manakala Sam pula berjaya lari ke Indonesia ... dan kerana itu, mereka terputus hubungan dan tidak pernah lagi bertemu ...

orang dulu dulu bercinta, semuanya main jumpa senyap senyap ... mencabar la juga kan ... lepas tu risau kalau tertangkap kerana cinta dihalang oleh sebelah pihak ... lepas tu pula, perang datang so lagi lah haru biru rasanya bila terputus hubungan tanpa sebarang khabar ...

dan Mabel memberikan nama Sam kepada cucunya untuk mengenang cinta lamanya , cinta yang tidak pernah luntur dan sentiasa terpahat di hati ...

selepas Sam berjaya membaik pulih basikal milik neneknya, dan kebetulan Elizabeth pula sedang menjayakan sebuah teater, maka basikal tersebut digunakan sebagai salah satu props di dalam teater tersebut .... dan teater itu telah menemukan Mabel kembali kepada kekasih lamanya Sam ... memang surprised sangat , ingatkan Mabel takkan pernah bertemu lagi dengan cinta hatinya Sam tu .. 

dan Sam (cucu si Mabel ni) , kerana teater tu juga, dia berjaya meluahkan isi hati dia kepada Elizabeth, sahabat baik yang dicintainya dalam diam sejak bertahun tahun ... kalau korang baca novel ni penuh perasaan, sila sediakan tisu ok ... muehehehe ....

dan nak tahu macam mana Mabel boleh bertemu kembali dengan Sam cinta lama dia tu, dan nak tahu kalau Mabel tu akan kembali kepada Sam cinta lama dia tu, dan adakah Elizabeth juga mencintai Sam (cucu Mabel tu) , kena baca tau novel ni ... ending yang happy.

happy reading everyone.

cheers.

Sunday, 15 April 2018

Beli preloved novel murah "Awak Suka Saya Tak" dan "The Unsung Hero" karya Melur Jelita

April 15, 2018 9
Beli preloved novel murah "Awak Suka Saya Tak" dan "The Unsung Hero" karya Melur Jelita
hi there, terjebak lagi beli novel, kali ni mrs pip terjatuh cinta dgn hasil karya melur jelita, AWAK SUKA SAYA TAK dan THE UNSUNG HERO ... well, karya melur jelita ni banyak boleh tahan harga novel dia, tak daya nak beli novel first hand ... 

Beli preloved novel murah "Awak Suka Saya Tak" dan "The Unsung Hero" karya Melur Jelita

jadi, mrs pip pun carilah preloved novel ... kalau korang yg suka baca novel, tp tak mampu nak beli novel baru, apa kata korang try beli preloved novel ... di facebook, ada group preloved novel, rambang mata nak pilih novel, tp korang kenalah rajin browse seller mana yg boleh bagi harga terbaik buat korang ...

mrs pip beli dekat dua seller berlainan... mrs pip beli AWAK SUKA SAYA TAK, pada harga rm25.00 + postage rm5.00 , manakala THE UNSUNG HERO mrs pip beli pada harga rm25.00 + postage rm7.00 ... dua dua seller fast response dan sebaik shj mrs pip bayar, seller2 terus pos novel yg mrs pip beli dan bg tracking number ... total dua novel ni ialah rm62.00 termasuk postage ...

dua dua novel dah selamat diterima, keadaan novel berada dlm keadaan yg boleh diterima pakai, dan paling penting tiada mukasurat yg hilang 😊 ... insya allah nak start baca awal mei nanti coz sekarang ni mrs pip tengah layan novel karya Mazni Aznita ...

have a nice weekend semua.

cheers.

Saturday, 14 April 2018

Carrie Junior funtime wipes - rasa segar dan bersih sepanjang waktu

April 14, 2018 6
Carrie Junior funtime wipes - rasa segar dan bersih sepanjang waktu
hi there, permulaan yang baik ke arah kehidupan yang sihat dan bersih bermula dengan memupuk amalan kebersihan sejak kecil. Amalan yang baik adalah dengan memastikan tangan sentiasa bersih sepanjang masa namun akan ada keadaan dimana air dan sabun tangan sukar diperolehi. Apakah yang akan anda lakukan bila berhadapan situasi seperti ini? Pada saat ini, tisu basah amat berguna untuk ibu bapa dan kanak-kanak. 

Carrie Junior funtime wipes - rasa segar dan bersih sepanjang waktu
Carrie Junior funtime wipes - rasa segar dan bersih sepanjang waktu

so, siapa kat sini yang suka bawa wet tissue dalam handbag? atau pendek kata, wet tissue ni dah jadi item penting yang harus dibawa ke mana jua? kalau korang jawab 'YA', so kita geng! ... muehehe, mrs pip ni, sejak lahirkan lil' Iman , then lil' Amin sehinggalah dua budak ni dah besar masuk tadika, wet tissue dah jadi macam item penting dalam handbag mrs pip ... make up boleh tinggal, tapi wet tissue, memang 'NO' tinggal tinggal , wajib dibawa bersama ...

wajib ada carrie junior wet tissue dalam handbag
wajib ada carrie junior wet tissue dalam handbag

kalau korang nak cari wet tissue, mrs pip syorkan korang guna wet tissue Carrie Junior keluaran terkini coz Carrie Junior dah keluarkan wet tissue dengan dua jenis haruman buah buahan ... serius best! 

yang mommies ni, mesti familiar dgn jenama Carrie Junior kan ... Carrie Junior, sebuah rangkaian kelengkapan diri kanak-kanak yang telah berada di pasaran selama 19 tahun dan menjadi jenama utama penjagaan diri kanak-kanak di Malaysia memperkenalkan Carrie Junior Funtime Wipes. Sesuai untuk keluarga dan kanak-kanak, Carrie Junior Funtime Wipes sangat memudahkan urusan ibu bapa dan kanak-kanak dengan pek mudah bawa yang mengandungi 30 helai tisu dan pek keluarga dengan kandungan 80 helai sesuai diletakkan di kediaman atau di dalam kereta. 

Carrie Junior funtime wipes - rasa segar dan bersih sepanjang waktu
Carrie Junior funtime wipes - rasa segar dan bersih sepanjang waktu

Pek ini amat bersesuaian untuk diletakkan di dalam bag sekolah untuk dibawa bersama ke sekolah. Carrie Junior Funtime Wipes sangat berguna untuk mereka kerana kanak-kanak sentiasa terdedah kepada bakteria dan virus yang berbahaya apabila melakukan rutin harian di sekolah mahupun aktiviti kokurikulum. Amalan-amalan seperti mengelap tangan dengan Carrie Junior Funtime Wipes sebelum dan selepas makan, bermain di kawasan kediaman, dan selepas keluar dari bilik mandi akan memastikan tangan mereka bersih dan bebas kuman. 

Carrie Junior funtime wipes - cheeky cherry
Carrie Junior funtime wipes - cheeky cherry

Hadir dalam dua variasi buah-buahan yang menarik iaitu Cheeky Cherry dan Smoothie Berries, Carrie Junior Funtime Wipes dirumus khas dengan Fruito-E, gabungan ekstrak buah-buahan semulajadi yang kaya dengan vitamin dan nutrien membantu menyuburkan dan melembapkan kulit. Carrie Junior Funtime Wipes ini bebas alcohol, bebas paraben, bebas formaldehida dan hipoallergenik. Telah diuji secara dermatologi dan disahkan halal; produk ini turut mengandungi kelembapan yang tinggi. Ia juga sangat lembut pada kulit bayi yang halus dan sensitif. Carrie Junior Funtime Wipes merupakan penyelesaian terbaik untuk kanak-kanak yang sentiasa keluar, mengembara, dan juga untuk kegunaan sebelum dan selepas makan. Yang paling penting, ia memberikan anda rasa selesa dengan aroma buah yang manis tanpa rasa melekit pada kulit

Carrie Junior funtime wipes - smoothie berries
Carrie Junior funtime wipes - smoothie berries

Kedua-dua variasi Carrie Junior Funtime Wipes boleh didapati dalam pek mudah bawa dan digunakan yang mengandungi 30 helai dan dijual pada harga RM7.30 (Semenanjung) / RM7.70 (Sabah & Sarawak) atau pek keluarga yang mengandungi 80 helaian dan dijual pada harga RM9.00 (Semenanjung) / RM9.50 (Sabah & Sarawak). 

*Harga termasuk GST.

korang suka yang mana satu? cheeky cherry atau smoothie berries? dua dua pun bau best ... mrs pip suka smoothie berries, tapi lil' Iman dan lil' Amin pula lebih suka dengan cheecky cherry ...