Cetaphil Moisturizing Cream Review Malaysia

Cetaphil Moisturizing Cream Review Malaysia|| hi there, hari ni mrs pip nak review CETAPHIL Moisturizing Cream ... ramai la kot yang kenal sangat dengan jenama CETAPHIL ni kan ... mrs pip pun tak terkecuali la nak try guna since ramai yang loyal sangat guna produk ni, siap bagi review best best lagi ... 

tak tahu la, sejak akhir akhir ni kulit muka mrs pip mengalami kulit kering. memang nampak la sangat kering. maybe perubahan hormon ke apa, or usia semakin meningkat kot sebab tu kulit terasa kering sangat. or maybe juga dehidrasi kerana cuaca panas ... best ke CETAPHIL Moisturizing Cream ni? ...

Cetaphil Moisturizing Cream Review Malaysia


hari tu mrs pip mencari krim pelembap, tapi kebiasaan krim pelembab ni,, kena beli dua kan, day cream dan night cream, so I is malas nak beli duo krim sebegini. malas nak angkut pi mana mana kalau pi road trip. 

mrs pip lagi suka beli satu krim, boleh guna siang malam. mrs pip baca review jenama CETAPHIL di beberapa blog blogger. rasa mcm menarik dorang punya review, so why not try. lagipun cream pelembab mrs pip yang sebelum ni rasa mcm dah tak serasi dgn kulit muka mrs pip, kena juga cari krim pelembab yang lain ni ...

Cetaphil Moisturizing Cream Review Malaysia


Kebetulan singgah di Watsons hari tu, so terus pergi kaunter yang jual jenama Cetaphil ni. mrs pip tak nampak kalau CETAPHIL Moisturising Cream ni ada tube yang lagi besar, cuma nampak yang ni saja, 50gm. 

Lagi best CETAPHIL Moisturising Cream boleh digunakan di muka dan di badan. kebetulan kulit tangan mrs pip pun terasa sedikit kering, so eloklah boleh guna seluruh badan krim ni. satu tube 50gm, harga dalam RM30++ tak ingat berapa actual price ... 

Cetaphil Moisturizing Cream Review Malaysia


Dah masuk dua minggu la mrs pip guna krim ni, so far tidak memberikan sebarang kerengsaan pada kulit. 

Nak guna pun senang. krim pun mudah meresap. nak cakap masalah kulit kering tu selesai ke tak, tak juga, tapi boleh rasa kulit ada improvement berbanding sebelumnya, lagipun baru 2 minggu guna kan, tak logik juga kalau terus boleh settle masalah kulit kering ni .. 

As long as no allergy, nampak improvement, mrs pip dah happy ... mrs pip apply dua hingga 3 kali sehari ... 

Kalau yang ada masalah kulit kering mcm mrs pip ni, bolehlah cuba  CETAPHIL Moisturizing Cream .... thanks for reading. till then,

cheers.

Post a Comment

13 Comments

  1. teringin jgk nak try ni..kulit berminyak tp part tepi hidung n tepi bibir selalu mengelupas & kering.. hhehehe

    ReplyDelete
  2. masa nak merawat skin dulu (lama juga lah pakai) cream nie selalu guna , sesuai utk kulit sensitif jugak..

    ReplyDelete
  3. suka pakai cetaphil cream ni jugak, sebab sesuai dengan anak. heee

    ReplyDelete
  4. Fira guna cetaphil juga tapi.. cleanser la. Oily skin cleanser.

    ReplyDelete
  5. saya ada masalah kulit kering..kena beli cetaphil ni untuk mengatasi masalah kulit kering saya

    ReplyDelete
  6. Umur nak masuk 4 series macam tu lah, kulit muka cerewet mak ai cerewet yg bukan2, itu tak kena ini tak kena haissssh macam muka padang pasir kalo salah guna produk..masa muda mudi dulu pakai apa pon tetap muka nampak plowless bak bunga sakura

    ReplyDelete
  7. Jenama yg boleh dipercayai ni

    ReplyDelete
  8. Sy baru-baru ni guna, Cetaphil Moisturizing Lotion, memng byk membantu melembapkan kulit kering.

    ReplyDelete
  9. saya baru beli Cetaphil ni tapi x guna lagi sebab ada produk lain utk try test..tapi kata anak mmg best

    ReplyDelete
  10. Adik Sha suka pakai produk ni untuk kulit

    ReplyDelete
  11. Liez nak try jugak sbb duk mencari moituriser yg best.. baru 1st time nak cuba sbb byk review kata best

    ReplyDelete

Terima kasih melawat blog Mrs Pip, dan sila komen dengan berhemah. Live link tidak dibenarkan di ruang komen.