hi there, kalau dulu, tiap kali mrs pip suruh lil' Iman dan lil' Amin pergi mandi, kena panggil berulang kali nak suruh buka baju dan masuk tandas. liat sangat nak mandi. penat momy tau tunggu depan pintu tandas lama lama ... tu dulu lah, sekarang ni tak lagi ... sekarang ni, kalau suruh dorang mandi, laju saja budak berdua tu buka baju dan masuk tandas. kalau boleh asyik asyik tanya bila nak mandi .... asyik nak berperap kat tandas .... korang jangan tak tahu, ni semua gara gara Carrie Junior yang harum semerbak lagi berbuih buih tu la. suka dorang mandi dengan Carrie Junior Baby Bath beserta haruman cheeky cherry, serius harum, kalau boleh mrs pip pun nak guna sama, teehee T_T.
Carrie Junior Cheeky Cherry Baby Bath |
bukan sekadar seketul botol 700ml Carrie Junior bersama mainan tersembunyi disebalik botol,
tapi mrs pip siap dapat board games, sesuai dimainkan bersama anak anak di waktu lapang.
lama dah tak main board games tau. terima kasih Carrie Junior, sediakan board games ni utk mrs pip.
Kita telah mencapai zaman di mana teknologi mula mengambil alih interaksi ibubapa dengan anak-anak secara perlahan-lahan. Kanak-kanak yang terdedah kepada teknologi akan lebih cenderung ke arah menjalani gaya hidup tidak aktif kerana leka dengan alatan gajet. Kanak-kanak secara semulajadi gemar bermain dan mereka seharusnya digalakkan untuk menjadi aktif. Latihan sukan dan permainan memberikan peluang untuk anak-anak bersenam bagi memastikan mereka kekal sihat dan membantu perkembangan fizikal mereka.
Carrie Junior Cheeky Cherry Baby Bath |
Bermain dengan air merupakan aktiviti yang paling dinantikan kanak-kanak, dan waktu mandi sememangnya merupakan masa yang paling sesuai untuk bermain bersama permainan mereka. Walaupun mainan sering kali dilihat sekadar permainan dan sesuatu yang menyeronokkan, namun ia sebenarnya lebih dari itu. Mainan sekurang-kurangnya dapat menyediakan peluang untuk simanja belajar dalam pelbagai aspek pembangunan diri. Ia menyediakan ruang untuk kanak-kanak mengukuhkan kemahiran fizikal mereka, menggilap kemahiran social dan emosi, serta meningkatkan perkembangan bahasa dan pertuturan.
Carrie Junior Cheeky Cherry Baby Bath |
lil' Iman dan lil' Amin yang seronok nak cari mainan tersembunyi. mommy sengaja tak bagi tau mainan tu kat mana, kena cari sendiri .... both boys tak jumpa pun mana mainan tersembunyi tu, tapi mereka still happy dapat mandi dengan Carrie Junior ni ....
Sebanyak 6 figura mainan comel yang terdiri daripada:-
- CARRIE JUNIOR - si gajah yang gemar bermain bola sepak,
- SPEEDY TOMMY- si kura-kura yang terpantas di atas trek larian,
- TUFFY TEDDY- si beruang yang paling kuat,
- DRIBBLY MINKY- si racoon yang mahir dalam sukan hoki,
- SMASHY MACKY- si monyet yang tangkas bermain ping pong,
- dan juga trofi kejohanan sukan yang akan di bungkus setiap satu di dalam setiap produk CARRIE JUNIOR bersaiz 700ml.
Carrie Junior Cheeky Cherry Baby Bath |
yeah, ni mainan yang tersembunyi tu. korang dapat apa? mrs pip dapat Dribbly Minky ...
Koleksi figura CARRIE JUNIOR & Buddies boleh didapati bersama mana-mana variasi CARRIE JUNIOR Baby Bath, CARRIE JUNIOR Baby Shampoo, CARRIE JUNIOR Baby Hair & Body Wash serta CARRIE JUNIOR Kids Shampoo bersaiz 700ml
Tentang CARRIE JUNIOR
CARRIE JUNIOR merupakan rangkaian premium penjagaan diri simanja yang membantu merapatkan hubungan ibubapa dengan simanja melalui waktu mandian yang menyeronokkan. Rekaan pembungkusan yang menarik dan berwarna warni membantu kanak-kanak mencetus imaginasi di dalam bilik mandi.
Carrie Junior Cheeky Cherry Baby Bath |
tengok aksi lil' Iman dan lil' Amin ni. mereka dah siap mandi tau, tapi lagi nak main dengan Carrie Junior. siap nak mandikan botol tu ... sebenarnya, mereka nak buat buih buih sabun, part ni yang paling budak berdua ni suka.
Rangkaian CARRIE JUNIOR diformulasikan dengan Fruito–E, kombinasi ekstrak buahsemulajadi yang di perkaya dengan nutrient dan vitamin bagi membantu menyubur, melembap dan melindungi rambut serta kulit lembut simanja. Rangkaian CARRIE JUNIOR memberikan anda pelbagai pilihan wangian buah-buahan bagi memastikan simanja sentiasa berasa segar dan bersih sepanjang hari. Carrie Junior yang bertindak membersih dengan lembut dan efektif ini sangat sesuai untuk kegunaan harian.
Carrie Junior Cheeky Cherry Baby Bath |
mrs pip biarkan saja budak berdua mandi penuh keriangan, tapi kenalah ada had limit masa.
kalau dibiarkan, berjam jam budak ni boleh mandi tanpa rasa bosan. lepas dah buat buih sabun,
gelak sakan dorang berdua kat dalam tandas, seronok main kata lil' Iman.
anak suka, mommy pun gembira
Korang mommies yang nak try Carrie Junior ni, tak perlu risau dengan bahan kandungan Carrie Junior ni ... Diiktiraf Halal, rangkaian Carrie Junior termasuklah Baby Bath, Baby Shampoo, Hair & Body Wash, Baby Powder, Baby Lotion and Baby Oil. Ia juga mempunyai bau buah-buahan yang digemari kanak-kanak.
Riakan waktu mandi anak anda dengan Carrie Junior Baby Bath! yeah.
thanks for reading.
cheers.
4 Comments
Suka produk dia sebab wangi giler..
ReplyDeleteanak-anak cikla since diaorg dr baby lg mmg cikla pakai carry junior ni. sedap bau dia. bau buah...
ReplyDeleteSyafi dapat TROFI hari tu. Bukan main suka dia. Asal mandi je nk CR je.
ReplyDeleteray suke bau dye. wangi
ReplyDeleteTerima kasih melawat blog Mrs Pip, dan sila komen dengan berhemah. Live link tidak dibenarkan di ruang komen.