Giveaway Azam Baru 2018 By Elihjapahar.com - Cerita Cinta Surirumah

Tuesday, 6 February 2018

Giveaway Azam Baru 2018 By Elihjapahar.com

hi there, blogger Elih Japahar sedang menganjurkan giveaway ... hadiah wang tunai disediakan. so kalau sesiapa nak mencuba nasib, meh la join beramai ramai. kot kot korang bertuah, dapatlah merasa cash money dari elih kan ... nak join pun senang, cuma perlu ceritakan apa azam baru korang sempena tahun 2018 ni ... setiap orang mesti ada azam tahun baru kan, tak kira lah azam baru ka, azam yang bring forward dari tahun sebelumnya ka, kongsi lah bersama elih dalam giveaway azam baru 2018 by elihjapahar ... jom jom join. nak join klik banner kat bawah tu.


so, apa azam baru mrs pip untuk tahun 2018?

AZAM #1

kita hanya merancang, namun Allah lah yang menentukan. cewah! begitulah permulaan ayat mrs pip. tahun ni, mrs pip bertekad nak turunkan berat badan sebanyak 10KG. serius tu memang tekad dan azam untuk tahun ni. so, sekitar bulan November lepas, mrs pip dah start rutin detox dengan green tea. hasilnya, mrs pip turun berat badan 1KG selepas 3 minggu minum green tea dan kurangkan makanan berkarbohidrat. lepas tu, awal tahun ni mrs pip rancang akan berjogging 3 kali seminggu selepas hantar anak anak pergi sekolah. jogging depan kawasan rumah saja ... TAPI .... jeng jeng jeng ..... I AM PREGNANT! dua hari sebelum new year, mrs pip dapat tahu mrs pip sah mengandung. hew hew hew, azam nak turunkan berat badan tu terpaksalah ditanggukan ...

AZAM #2

tahun ni mrs pip juga simpan niat nak habiskan bacaan Al-Quran ... ni ekceli kesinambungan tahun lepas punya azam ... tahun lepas tak habis baca, banyak sangat gangguan. so hope tahun ni boleh habiskan bacaan Al-Quran tu, ada lagi 10 juzuk nak habiskan ... lagi kau berusaha nak habiskan, lagi kau rasa sukar coz gangguan banyak sangat ... rasanya, setiap kita yang Muslim ni memang ada keinginan nak habiskan bacaan 30 juzuk tu setiap tahun, sempat tak sempat je la nak baca konon. jadi nak habiskan juga bacaan ni, mrs pip tak bergantung dengan hard copy semata mata, ada masa boleh baca kat mana mana melalui quran.com .... doakan impian mrs pip terlaksana. hope habis baca sebelum raya nanti :))

AZAM #3

tahun ni mrs pip cabar diri buat 52 weeks savings challenge. nak menabung la katanya ... aiseh! ... jadi mrs pip dah siap buat jadual, setiap minggu berapa kena menyimpan. bukan setakat tu saja, setiap kali mrs pip dapat paid job, 20% dari bayaran paid job tu, mrs pip akan put aside untuk ditabung. 

52 weeks money savings challenge
52 weeks money savings challenge

52 weeks money savings challenge
52 weeks money savings challenge

kalau korang malas nak buat jadual sendiri mcm mrs pip, rasa tak lawa, sila sila google bab 52 weeks money savings challenge ni ... ramai yang upload table cantik cantik kat google, mrs pip malas nak print, so sendiri la tulis dalam planner. tulisan tak cantik, tapi yang penting boleh baca dan faham sendiri ...

ada yang tanya, setiap minggu nak isi brapa? well, bg mrs pip la kan, ikut suka korang ikut kemampuan memasing la. tapi mcm mrs pip ni, nak bagi senang, dan ramai yg buat pon, setiap minggu mrs pip isi ikut nilai minggu tu ... kalau minggu ni minggu ke-lima tahun 2018, so mrs pip akan isi RM5.00, setiap minggu nilai akan meningkat ... 

nak buat dengan duit ni nnt kalau dah sampai hujung tahun? hehe, mrs pip ekceli berhajat nak beli kamera baru. tu jer ... so doakan tabungan kali ni berjaya ...

so, tu saja 3 azam utama mrs pip. well, ada la juga azam sampingan, tapi tu tak la penting sangat. nak capai 3 azam ni dulu. hope AZAM #1 tu akan mampu dilaksanakan selepas bersalin kelak ... lama lagi nak bersalin , tapi simpan azam penuh tekad, hope no more hangat hangat tahi ayam mcm tahun sebelumnya, hehe ....

azam korang apa pula? jangan lupa join tau giveaway ni. GA tamat pada 14/2/2018 nnt. wish me luck.

cheers.

3 comments:

  1. Tahniah ya! azam no 1 tu tangguh dulu lah ya..hehe..apa yg paling penting dlm laksanakan keazaman ni adalah disiplin..btw, semoga berjaya beli kamera baru hehe..

    Thanks Mrs Pip sebab sudi join GA saya yang tak seberapa ni..:)

    ReplyDelete