Selesai pendaftaran pre-school lil' Iman dan lil' Amin || 2.1.2018 - Cerita Cinta Surirumah

Tuesday, 9 January 2018

Selesai pendaftaran pre-school lil' Iman dan lil' Amin || 2.1.2018

hi there, ramai yang kongsi kisah hal anak masuk sekolah, sama ada masuk playschool, pre-school, primary school mahupun secondary school. bagus juga bila ramai yang berkongsi, kita yang mak mak baru nak hantar anak ke pre-school terus rasa teruja, selain dapat info berguna apa yang perlu disiapkan dan disediakan bila anak anak nak masuk sekolah ni. mrs pip dan mr.Husband sepakat untuk daftarkan our lil' armies ke sekolah tadika cina yang terletak di kawasan pekan lama Membakut, jaraknya kurang dari 10 minit dari rumah kitorang menaiki kereta.

tahun lepas, mrs pip hantar lil' Iman masuk playschool di Pusat Anak Permata Negara, Membakut (PAPN Membakut), so kalau ikut tahun ni, lil' Amin pula yang masuk ke PAPN  ni, tapi selepas dikira-kira semula, mrs pip dan mr.Husband akhirnya sepakat untuk masukkan lil' Amin sekali ke pre-school bersama lil' Iman, sedangkan lil' Amin bagi mrs pip la kan, still our baby, alolo. dia masuk pre-school nanti, rasanya dia antara pelajar 'bongsu' la kot untuk umur 4 tahun dalam kelas dia coz lil' Amin ni lahir akhir tahun (November baby). 

kenapa tak hantar lil' Amin ke PAPN? tak best kat PAPN? .... well, PAPN ni utk pengetahuan parents semua, memang playschool yang baik untuk siapkan anak anak korang berdikari bila nak masuk pre-school. kat PAPN ni memang cikgu cikgu dia sangat mendidik anak anak kita menjadi lebih berdikari dan sangat membentuk sahsiah diri kanak kanak. cumanya, bila difikir semula, PAPN ni menuntut setiap parents untuk menglibatkan diri SETIAP BULAN sebanyak 4 jam kredit, jadi parents WAJIB aktif untuk menghadirkan diri pada setiap aktiviti bulanan. 

Hari pendaftaran || 2.1.2018
dulu time lil' Iman baru sorang pergi sekolah, it is ok utk mrs pip attend almost all the school activities, tapi bila dua dua dah sekolah, agak sukar nak attend aktiviti kat PAPN tu kan. mana nak attend aktiviti kat pre-school lil' Iman, mana nak attend aktiviti kat playschool lil' Amin, lepas tu waktu balik sekolah pun berbeza, so end up nak jimat masa dan nak mudahkan jadual harian mrs pip, kita daftar lil' Amin sekali dengan lil' Iman masuk pre-school. 

alhamdulillah, mrs pip tak risau sangat kalau bab nak pergi tandas dan makan sendiri, coz baik lil' Iman mahupun lil' Amin dah boleh guna tandas orang dewasa dengan baik, cumanya mereka biasa guna bidet di rumah, so tengoklah di sekolah macam mana mereka nak sesuaikan diri pula guna tandas sekolah .... bab makan, pre-school sediakan makanan Isnin- Khamis sahaja, so Jumaat, parents kena siapkan bekalan anak masing masing ....

mrs pip daftarkan lil' armies ni seawal bulan april tahun lepas, cuma tak bayar apapun coz bayaran kemasukan akan dibuat pada waktu buka sekolah nanti. so time buka sekolah hari tu 2.1.2018 baru tau mak oiiiii boleh tahan juga bayar yuran pendaftaran budak berdua ni ... bertabahlah wahai parents golongan marhaen macam kitorang. nak buat macam mana, mmg ni pre-school pilihan kitorang buat anak anak, so kenalah berkorban bab belanja pendidian anak anak ni. selagi mampu, mmg nak bagi yang terbaik buat mereka.

kelengkapan sekolah
kelengkapan sekolah lil' Iman

untuk yuran lil' Iman, kena bayar RM314.00. dah masuk yuran bulan Januari + makan waktu rehat, sepasang baju sekolah, sepasang baju sukan, dan 13 buah buku.  

baik lil' Iman mahupun lil' Amin, masing masing mrs pip belikan beg sekolah baru, botol air, container makanan, sedikit alat tulis, beberapa helai stokin dan sepasang kasut. kasut tu kalau nak tambah nanti baru mrs pip beli extra, tengok keadaan juga. nak beli lebih lebih, anak anak pun baru tadika kan ....

kelengkapan sekolah
kelengkapan sekolah lil' Amin

untuk yuran lil' Amin pula, kena bayar RM300.00 dah masuk yuran bulan Januari + makan waktu rehat, sepasang baju sekolah, sepasang baju sukan, dan 11 buah buku.

bab buku ni kan, sesi membungkus buku guna plastik tu mmg aduhai, rasa malas sangat, tapi nak tak nak buatlah juga... tak nak buku buku anak ni kotor .... buku2 ni lepas dah balut dan letak nama, semua akan dikembalikan ke sekolah. cikgu yang akan simpan buku2 ni sekolah, so kiranya anak anak tak perlu nak angkut buku2 ni tiap hari kat sekolah. selamat sikit buku ni dari menjadi mangsa contengan anak anak .... hehe.

buku tu kena tukar setiap 6 bulan sekali, so tunggu lagi 6 bulan kita bayar untuk buku baru. dan untuk yuran bulanan, kena bayar RM100.00 seorang. yuran ni cover sekali makan waktu rehat (Isnin hingga Khamis sahaja sepanjang bulan, Jumaat kena buat bekal anak sendiri) ....

pakaian seragam penuh lil' armies.
semangat lil' armies nak pergi sekolah esoknya,
tapi banjir melanda membakut pada 3.1.2018.

memandangkan pakaian sekolah tu belum ada, so mrs pip belikan lil' armies seorang sepasang baju di Kedai Jahit Fikni , Membakut. kedai ni merupakan kedai yang menjual segala jenis pakaian seragam untuk semua sekolah di sekitar Membakut, so memang senang nak beli kat sini. harga sepasang baju utk lil' armies ni ialah RM30.00.

dan untuk belanja keseluruhan lil' armies masuk pre-school ni ialah sebanyak RM809.00, termasuk semua bayaran daftar masuk, dan kelengkapan sekolah yang lain.

buat lil' Iman dan lil' Amin, semoga menjadi anak yang baik dan rajin pergi sekolah. mommy dan daddy berusaha berikan pendidikan terbaik buat korang berdua, dan berharap ilmu yang dicurahkan cikgu akan berguna untuk masa depan. jangan stress belajar kat sekolah cina (walaupun ramai yang bgtau chinese school ni agak stress coz byk latihan kerja rumah), tapi pendapat mrs pip, belajar kat mana pun, stress tu tetap apa, terpulang cara kita nak atasi stress tu. hope both my boys will enjoy their Chinese education. 

lepas ni kena fikir bila nak start kelas kafa pula utk budak berdua ni .... teehee! see, mommy lagi nak tambah anak anak punya aktiviti. bukan setakat kafa, nak masukkan mereka kelas pertahanan diri dan kelas seni, cuma belum jumpa kelas yang sesuai. habislah budak berdua ni mommy paksa rela utk belajar ....  xoxo XD.

p/s: kalau korang ada pendapat keibubapaan nak bagi nasihat atau pendapat, sila sila letak kat ruang komen kat bawah.... kita share sama sama bab bab pendidikan anak anak .... mrs pip ni mak baru belajar nak hantar anak masuk sekolah, so banyak lagi yang kena tahu ....

thanks for reading.

cheers.

7 comments:

  1. Ala comelnya dua2 little boys ni :)

    ReplyDelete
  2. belajar elok2 yer lil iman dan lil amin.

    ReplyDelete
  3. iman dan amin...belajar betul2 eh...banggakan kedua dua orang tua mu..

    ReplyDelete
  4. comelnya iman & amin...penuh xtiviti budak2 skrg..haha

    ReplyDelete
  5. Good luck anak2 bersekolah, terima kasih share pasal PAPN. Baru tahu

    ReplyDelete
  6. hola 2 little boys! belajar rajin2 ya... jgn nakal2 n dgr ckp cikgu selalu ;-)

    ReplyDelete
  7. Alhamdulillah selesai dah urusan anak anak

    ReplyDelete