Family Day MIL || 1.12. 2017 - Cerita Cinta Surirumah

Thursday, 11 January 2018

Family Day MIL || 1.12. 2017

hi there, ni entry just to keep some those good memories in here. kang nanti lupa , so bolehlah check kat blog ... teehee. sejak bila jadi pelupa ni mrs pip? .... bila umur makin lanjut, mcm ni lah jadinya, boleh lupa banyak benda ... yang ni cerita hari keluarga sebelah mak mertua yang dibuat pada 1.12.2017 dulu ... see, punyalah lapuk entry ni, baru sekarang nak update ... 

hari keluarga mak mertua ni dibuat dari pagi hingga ke lewat petang, cumanya kitorang tak datang sebelah pagi tu, well almaklumlah it was on Friday kan, so kita datang lewat sekitar jam 2pm, semasa sesi photoshoot dijalankan ... amboi! time photoshoot baru gatal nak datang, nampak sangat nak bergambar saja ... muehehe .... 

p/s: gambar photoshoot tu diambil oleh jurugambar, so kena tunggu mak mertua dapat salinan baru mrs pip dpt share kat sini.

hari keluarga mak mertua ni kira meriahlah juga. mak mertua ni, seibu sebapa cuma tiga beradik. mak mertua paling tua, kemudian inai rinah dan amai reynard. lepas tu, bila bapa kepada mak mertua meninggal, mak kepada mak mertua kawin lagi, dan hasil perkahwinan kedua tu ada 7 orang anak. so, kiranya mak mertua ada half-siblings seramai 7 orang. total semua dorang dah 10 orang adik beradik. dan, bapa tiri mak mertua ni pula, sebelum tu dah pernah kahwin dan ada beberapa orang anak (serius lupa berapa orang aaarrr), jaid mak mertua bukan sahaja ada half-siblings, tapi juga ada step-siblings ...

Family Day MIL || 1.12. 2017
Family Day MIL || 1.12. 2017

so, hari keluarga mak mertua ni dihadiri oleh semua siblings, half-siblings dan step-siblings serta anak pinak cucu cicit mereka , termasuklah kitorang! .... dan kagumnya, mereka adik beradik tiri ni mmg mcm adik beradik betul, saling hormat menghormati dan penuh kasih sayang ... ramai la juga muka muka yang mrs pip tak familiar, ada juga yg kita familiar tapi tak kenal nama, dan ada juga yang familiar dan biasa dgn mereka ....

acara hari tu banyak juga, cuma kita tak join sangat coz dtg lewat kan ... cuma join tiket cabutan bertuah ... bertuah ke? mrs pip tak belilah tiket tu, mmg bab bab cabutan bertuah ni kalau mrs pip selalu kurenglah tuahnya, tapi mr.Husband beli. siang tu cuaca baik saja, sekali petang tu, mak oiiiii hujan turun sangat lebat. lepas makan dan sembang sembang, mrs pip ajak mr.Husband balik coz dah sampai masa utk anak anak mandi dan rehat, moreover lil' Iman asyik nak main hujan. hish, anak sorang ni, pantang sangat nampak air, asyik nak main air.

apapun, happy sangat dapat attend family  day mak mertua ni, dan tema baju keluarga kitorang hari tu ialah merah. lain family lain tema warna, masing masing cetak baju sendiri ikut suka ... muehehe.

dah balik petang tu, mr.Husband la sorang sorang pergi semula ke family day tu. mak bapa mertua still kat situ tak balik lagi. mereka tunggu sampai semua acara tamat. lagipun kena tolong mengemas. rumah yang jadi host untuk event family day ni ialah keluarga Marina & Christ. so many thanks to them pinjamkan kawasan rumah mereka. 

ahli keluarga ramai yang cadang nak buat family day ni sebagai acara tahunan keluarga mak mertua, so we will see macam mana untuk tahun ni pula.

Family Day MIL || 1.12. 2017
Family Day MIL || 1.12. 2017 - menang cabutan bertuah
malam tu mr.Husband balik bawa hamper ... dia menang cabutan bertuah , rezeki kitorang sekeluarga. dapatlah 2 hamper container yang awesome, satu hamper makanan, baldi dan beras 5kg .... 

thanks for reading.

cheers.

9 comments:

  1. seronoknya family day.. cikyan baru skali merasa buat family day.. hmmm..

    ReplyDelete
  2. kalau ada ramai ahli keluarga mmg seronok buat family day... meriah dia kalah time raya kan? ;-)

    ReplyDelete
  3. perghh..ramai ahli keluarganya. meriah!

    ReplyDelete
  4. seronok kalau buat family day sesekali macam ni..part cabutan bertuah tu betul, mrs pip..me too kalau ada cabutan bertuah, kurang sikit nak bertuahnya..tpi tetap excited bila mc announce no atau nama yg naik..walaupun tahu possibility nak terpilih tu mmg rendah..haha

    ReplyDelete
  5. Ramainya family! Kitorang family kecik je, lagi sedih sepupu pun semua kecik2, hahaha.

    ReplyDelete
  6. Wah, ramainya ahli keluarga Mrs Pip dan rasa seronok kan bila kumpul ramai-ramai nie.. Seronoklah anak-anak sebab dapat hamper dan cabutan bertuah..

    ReplyDelete
  7. Salam owner blog Mrs Pip. Mohon update Blog List. Saya dah masukkan blog Mrs Pip kat blog list Rahsia Melancong.

    ReplyDelete
  8. Wah untung menang cabutan bertuah. Best Ada family day mcm ni. Boleh mengeratkan lagi silaturrahim

    ReplyDelete