Birthday lunch untuk mr.Husband - Cerita Cinta Surirumah

Monday, 15 January 2018

Birthday lunch untuk mr.Husband

hi there, hari tu janji dgn mr.Husband birthday dia mrs pip nak belanja makan. kita plan nak makan kat Upperstar, tapi it seems like lama lagi nak turun ke KK ni ... kita selalu lepak kat Upperstar coz restoran tu tempat duduk luas dan selesa. pilihan makanan pun tak mengecewakan, portion besar harga pula berpatutan. selalu makan kat Upperstar, tapi mrs pip ni sejenis yang bab bab makan malas nak ambil gambar. bila nampak makanan kat depan, mmg handphone , kamera, tablet semua kita tak nampak, cuma nampak makanan sedap saja kat depan mata! hehe. so memang selalu lupa utk ambil gambar Upperstar. nextime la kot kita share gambar Upperstar kalau mrs pip pergi tempat tu lagi.


lepas habis daftar lil' Iman dan lil' Amin kat pre-school dorang, so kita off ke Beaufort utk belikan budak budak ni kasut dan beg sekolah .... sebelum nak pergi beli beg budak budak ni, mrs pip ajak mr.Husband ke satu tempat di Beaufort ni, tapi end up mr.Husband bawa kitorang pergi tasik la pula. it is ok, ni 1st time datang sini. tasik ni pun bersih, tapi sunyi sikit. kalau tau nak pergi tasik, better tapau makanan dan makan kat sini. udara pun nyaman. I is suka tempat tempat menghijau dan bersih mcm ni. kita tawaf la satu pusingan. tapi yang tak best, ada nyamuk la pula. nasib nyamuk seketul dua , kalau banyak confirm tak habis tawaf, mrs pip akan ajak mr.Husband balik. 

lepas jalan jalan buang lemak di tasik tu, kita cari beg dan kasut sekolah. beli dekat kedai yang jual barangan sekolah belakang pasar besar tu, alamak tak ingat la nama kedai tu. tapi ok lah kedai ni, luas dan banyak pilihan. siap taukeh bagi diskaun lagi ... dah alang alang lunch time, mrs pip ajak mr.Husband pigi makan, mrs pip nak blanja sempena birthday mr.Husband. so suruh mr.Husband pilih tempat. kalau nak tunggu Upperstar tu, ntah bila nak jejak kaki kat sana ... di Beaufort ni, selain KFC, ada MarryBrown dan Pizza Hut, tapi dua dua tempat ni mr.Husband tak prefer, so end up kita makan KFC. dah lama tak makan KFC, almost 5 years la juga! 

KFC ni satu masa dulu kegilaan mr.Husband, time pregnant lil' Iman, mmg selalu layan KFC. muka pun rasa nampak mcm KFC time tu, hehe.  masuk saja KFC ni, mrs pip nampak chizza, mula mula nak try chizza ni, tapi lapar punya pasal, betterlah makan full meal (snack plate with rice). order tiga snack plate with rice ni, plus cheezy wedges. drinks tukar non-carbonated, mrs pip pilih orange juice. kalau lapar lagi, nnt boleh order chizza kemudian. 


lil' Iman dan lil' Amin share pinggan, tapi budak berdua ni makan, ayam dan nasi tak habis pun. mrs pip dan mr.Husband licin habiskan makanan di atas pinggan, tapi mmg kenyang sangat, even drinks tu pun kita cuma kongsi secawan, yang lagi dua cawan tu tapau bawa balik. dan budak berdua ni pun tak habis makan, end up tapau makanan mereka. mmg sikit saja budak ni bukan, maybe dorang ni not a fast food eater la kot. dulu kat mcD pun mcm ni juga, tak layan sangat ....

so chizza tu terpaksalah dilupakan, walaupun baca review chizza ni best, tapi apakan daya, perut dah kenyang, so jangan tamak nak makan semua .... nextime boleh datang makan lagi kan ....

birthday mr.Husband krismas lepas tu, tapi tak celebrate la time tu coz family MIL tengah berkabung, dan kebetulan mr.Husband pun busy kerja. dah berumur mcm ni, mr.Husband cakap, kita celebrate biasa biasa ja, yang penting diberi kesihatan, rezeki dan kebahagiaan, itu sudah cukup untuk disyukuri. 

mrs pip doakan mr.Husband sentiasa dalam rahmat Allah dan diberi kesihatan yang baik, rezeki yang murah, umur yang panjang dan selalu bahagia ... 

habis makan tu, kita pun balik rumah. anak anak tidur kekenyangan dalam kereta .... 

p/s: hope ada rezeki untuk makan kat Upperstar nnt

thanks for reading.

cheers.

7 comments:

  1. Semoga Mrs Pip sekeluarga bahagia dan sentiasa dilindungiNya selalu..
    Mrs Pip 5 tahun tak makan KFC? Kalau LZ dah mengelupur sebab lately suka sangat KFC, hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tq LZ... mmg lama kita tak mkn KFC ... puasa sampai 5 tahun... nak try juga chizza tu nnt...

      Delete
  2. semoga Allah SWT merahmati mrs pip sekeluarga, happy belated birthday utk husband mrs pip

    ReplyDelete
  3. sdpnya kfc tu kak pip haha...happy blated bday tuk husband kak pip smoga sntiasa bhgiaaa d smping kluarga tsyg

    ReplyDelete
  4. Semoga akak sekeluarga sntiasa dalam LindunganNYA. amin <3

    ReplyDelete
  5. Happy birthday buat husband Mrs Pip.. Semoga keluarga Mrs Pip bahagia hingga ke Jannah..

    ReplyDelete