Berhujung minggu di Pantai Kenangan Bongawan

hi there, *entry super lewat* sempat luangkan masa sekejap di pantai kenangan bongawan hari tu. lil' armies pun sudah berkali-kali minta mrs pip bawa dorang pigi pantai. aiseh, anak anak mrs pip ni memang 'kaki pantai', kalau tanya "mau pigi mana?", selalu dorang akan jawab "mommy, kita pigi pantai tinguk laut" ... mana tumpahnya kuah, kalau tak ke nasi katanya ...

Berhujung minggu di Pantai Kenangan Bongawan
Berhujung minggu di Pantai Kenangan Bongawan

jadi, bila mr.Husband balik hari tu, mrs pip ajak pigi tamu bongawan dulu sekejap mencari shawl untuk dipadankan dengan pakaian yang mrs pip pakai malam farewell party di playschool lil' Iman. hurm, tak ramai orang berniaga hari tu, tidak seperti selalu. pantai kenangan bongawan ni tidak jauh dari pekan bongawan, ni kali kedua kitorang datang ke pantai kenangan. pertama kali dulu sewaktu mengandungkan lil' Iman, it was like 5 years ago! hehe.

nak tengok tamu pekan bongawan? boleh klik entry mrs pip yang terdahulu 

niat ke pantai kenangan bongawan ni cuma nak layan permintaan lil' armies, kesian anak anak nak sangat tengok pantai. kitorang pun tak lepak lama, adalah dalam setengah jam. bawa minuman dan sedikit juadah yang dibeli di tamu. mrs pip selalunya akan siapkan bento kalau nak berjalan-jalan, tapi hari tu memang tak sempat nak buat bento, so beli sajalah juadah di tamu. cuma, pilihan makanan sangat terhad, memang tidak ramai peniaga hari tu. ke manakah semua peniaga menghilang, mrs pip pun tak pasti.

Berhujung minggu di Pantai Kenangan Bongawan
anak anak main pasir sambil mommy layan makan n minum atas trak :))

sampai saja di pantai, lil' Iman tak tunggu lama terus main pasir. seronok dia berlari ke sana sini sorang sorang. lil' Amin biasalah, mula mula tak nak join si abang. lil' Amin just duduk di belakang truck sambil layan minum air bandung. tapi bila tengok lil' Iman seronok sangat bermain, dan maybe lil' Amin rasa jemu pula duduk lama lama di belakang truck, lil' Amin pun join sekaki bermain dengan lil' Iman. 

mrs pip perhatikan saja budak budak berdua ni bermain. cuma risau kalau dorang ni main pasir, nanti ada yang gatal hati main baling baling pasir kang masuk mata pula .... dah budak berdua bermain, mrs pip dan mr.Husband pula duduk belakang truck sambil layan minum air bandung dan makan juadah *fefeling dating you ols!* ... sempatlah juga kitorang berswafoto sekeping dua. I is rindu pula mood mcm ni, quite sometimes tidak dating berdua. 

Berhujung minggu di Pantai Kenangan Bongawan
dating time.

ekceli, kalau nak dating berdua boleh jer pun, anak anak boleh tinggal kat mak mertua atau sister in law, tapi mrs pip ni jenis tak boleh nak tinggal tinggalkan anak anak melainkan terdesak. I is more than happy kalau pergi mana mana, anak anak ikut bersama. tak pa la, nak dating berdua, maybe bila anak anak dah besar sikit la kot, dah boleh faham mommy daddy perlukan 'dating time' kot. buat masa sekarang, kita dating party of four sajalah .. tak pun, kalau nak dating berdua, tunggu anak masuk tidur, dating depan TV layan movie kegemaran sambil makan pasta atau pizza ...

selesai luangkan masa di pantai kenangan bongawan tu, kitorang pun balik rumah. petang tu mr.Husband kena siapkan potluck untuk dibawa ke farewell party playcshool lil' Iman ... sampai rumah, bersihkan lil' armies, tukar pakaian mereka dan semua tidur dengan aman sepanjang petang tu. letih sangatlah tu berlari lari di pantai tadi. 

biasanya, hujung minggu kitorang memang macam ni, tak ke mana-mana pun melainkan layan anak anak tengok pantai sambil berbento box sambil feeling ber-picnic gitew .... 

cheers.

Post a Comment

8 Comments

  1. Kenapa tak mandi laut jer terus... :-) Mrs. A pun lebih suka angkut kids sekali barulah senang hatikan. Tapi sekali sekala oklah dating hehehe

    ReplyDelete
  2. dulu-dulu suka jugak pergi pantai..kononnya nak release tension lah...tapi sekarang dah lama tek pergi..tak ingat dah tahun bila last pergi pantai

    ReplyDelete
  3. bestnya.. mrspip sama macam mama.. bila dah ada anak ni tak sampai hati nak tinggal-tinggalkan

    ReplyDelete
  4. Bestnya dekat dengan laut! Dah ada anak2 ni dating pun susah sikit kan? :P

    ReplyDelete
  5. Seronok dapat outing dekat tepi pantai. Tenang je rasa kan tgk pemandangan pantai. Mak anak semua suka.

    ReplyDelete
  6. berpiknik dengan anak2 lagi best, mrs pip..kadang kalau berdua je, boring gak..haha..ada anak2, sambil dating sambil tengok anak2 main..

    ReplyDelete
  7. anak-anak memang suka kalau ke pantai. tapi musim-musim tak menentu macam ni takut juga kan nak bg main disisir air tu

    ReplyDelete
  8. So sweet Mrs Pip..
    LZ suka tengok pantai di Sabah, tenang dan cuaca pun nampak redup.
    Best lepak tepi pantai, makan-makan dan rasa angin laut.

    ReplyDelete

Terima kasih melawat blog Mrs Pip, dan sila komen dengan berhemah. Live link tidak dibenarkan di ruang komen.