Iman || Kronologi Gusi & Lelangit (palate) Bengkak

hi there, nak update sedikit mengenai masalah gigi lil' Iman. tahun ni saja, berapa kali lil' Iman jumpa dentist ... masalah karies gigi teruk yang tak berkesudahan. dan yang paling teruk ialah pada 8/12/2017, sehari sebelum lil' Iman nak konvo, sakit gigi datang menyerang. dan keesokannya pada hari konvo berlangsung, gusi lil' Iman bengkak!!! kesian lil' Iman terpaksa menahan sakit gigi semasa hari konvokesyen. huh! nasib baik anak mommy ni jiwa kuat, nak konvo punya pasal, dia lupa pasal sakit gigi dia tu. 


lil' Iman dan rakan sekelas pada hari konvo
kiri ke kanan: denzel, muhrizah, lil' Iman, alfie, haziq dan safreena

lil' Iman pada hari konvokasyen , walaupun gigi bengkak, but still happy buat persembahan

pada 11/12/2017, lelangit lil' Iman bengkak teruk. lil' Iman mengalami sukar untuk makan dan minum air. memang kesian lah tengok lil' Iman menangis. bengkak gusi, bengkak lelangit dan demam panas. memang kombo sangat lah penyakit ni menyerang lil' Iman. pagi tu juga mrs pip bawa lil' Iman ke klinik kesihatan awam. kebetulan ada doktor pakar kat klinik kesihatan awam, so the best choice untuk bawa lil' Iman ke sini, walaupun korang kena faham klinik kesihatan awam ni, giliran dipanggil mungkin agak lama berbanding klinik swasta. tapi, mrs pip perlukan the best advice from the specialist  ... aish, risau tengok lelangit lil' Iman tu hampir 2/3 bengkak besar.

ni ubat yang diberikan utk lil' Iman
ubat demam Uphamol 120 dan
antibitiok Co-Amoxiclav

bila da jumpa doktor, memang terkejut arrr doktor tengok lelangit lil' Iman tu. lepas tu doktor cakap tonsil lil' Iman pun bengkak teruk, dan nampak white spots. demam pun boleh tahan panas juga. mrs pip explain semua masalah lil' Iman ni, dan bila doktor nak prescribe ubat, mrs pip refused antibiotik amox tu, coz lil' Iman tak nak ubat tu, so sangat membazir. then doktor refer ke doktor pakar. bila jumpa doktor pakar, dia pun bagi nasihat dan bagi petua mcm mana nak buat lil' Iman senang nak makan. petua ni 1st time dengar.

yes, doktor bgtau utk suapkan lil' Iman aiskrim! mcm salah dengar saja, tapi betul, bagi lil' Iman makan aiskrim utk kurangkan keradangan tekak so senang sikit dia nak makan nanti. dan doktor pakar setuju bagi antibiotik lain .... siap bgtau lil' Iman "doktor bagi ubat yang sedap, tapi adik kena makan tau ubat ni supaya adik cepat sembuh. ubat mahal ni, tak boleh nak buang buang".... wah doktor, siap highlight ubat tu mahal .... tapi betullah, ubat co-amox ni memang lebih sedap berbanding amox yang biasa tu .... thanks doktor, prihatin dengan keluhan mrs pip yang amox biasa tu lil' Iman tak nak makan. dan bengkak gusi lil' Iman pun cepat jer surut makan co-Amox ni.

seminggu kemudian,  19/12/2017, mrs pip bawa lil' Iman ke klinik kesihatan lagi. doktor tak minta pun follow up check up, tapi mrs pip still nak bawa lil' Iman ke klinik coz lelangit still bengkak. bengkak tu dah surut tapi tak sepenuhnya, dan co-amox tu dah habis consume seminggu.

lepas check, doktor call klinik pergigian awam di Beaufort untuk minta pendapat. end up, dapat surat temujanji untuk ke klinik pergigian awam esoknya pula ... doktor kesihatan minta mrs pip jangan cabut gigi lil' Iman tanpa merujuk klinik pergigian awam coz doktor nak tahu punca sebenar kenapa lelangit lil' Iman ni bengkak.


20/12/2017, hari yang mrs pip dapat temujanji jumpa doktor gigi untuk lil' Iman di klinik pergigian awam Beaufort. kita yang pertama sampai, teruk ke kaunter pendaftaran dan tak lama kemudian doktor panggil kitorang masuk (no photos allowed). dua doktor gigi yang check gigi lil' Iman. dari perbualan antara dua doktor gigi ni, mrs pip boleh tahu mereka mengklasifikasikan masalah gigi lil' Iman ialah karies  tahap paling teruk. selesai mereka periksa gigi lil' Iman, lead doctor berbincang dgn mrs pip pula. dia bagitau dari pemerhatian dan pemeriksaan mereka, gigi lil' Iman reput sepenuhnya dan perlu dicabut semua.

fuh! dah agak dah. lepas tu doktor request utk X-Ray gigi lil' Iman utk pemeriksaan lebih teliti sebelum buat sebarang keputusan nak cabut di klinik ni atau ke klinik pakar. lepas X-Ray gigi lil' Iman, lead doctor tu berbincang dgn dua doktor lain utk buat keputusan terbaik. selepas habis berbincang, mrs pip dipanggil masuk ke bilik pemeriksaan, dan lead doktor tu bagitau, confirm semua gigi perlu cabut, dan melalui X-Ray, mereka perhatikan benih2 gigi kekal kelihatan, so mereka tak nak cabut di klinik ni, dan lil' Iman perlu dirujuk ke Klinik Pakar Pegigian di Hospital Likas, iaitu hospital pakar wanita dan kanak kanak.

doktor tu juga bagitau mrs pip sebab mereka tak nak cabut di klinik ni kerana mereka tak mau sebarang risiko buruk berlaku ke atas lil' Iman. gigi susu ni bukan boleh main sebarang cabut dlm kes lil' Iman kerana gigi susu yang perlu dicabut banyak sekaligus boleh :-

1/ membantutkan pertumbuhan gigi kekal
2/ gigi kekal tumbuh kekuningan
3/gigi kekal tumbuh tidak rata
4/gigi kekal langsung tidak akan tumbuh

so, mereka serahkan kes ni kepada klinik pakar kerana klinik pakar mempunyai fasiliti peralatan dan kepakaran yang lebih berbanding di klinik pergigian awam. mrs pip faham dgn concern para doktor ni, dan sangat berterima kasih kerana doktor yang merawat lil' Iman sangat prihatin dan menjelaskan sedalamnya tentang masalah gigi lil' Iman ni. most probably lil' Iman akan menjalani pembedahan mulut untuk membuang semua gigi susunya, tapi apapun keputusan terserah pada doktor pakar nanti.

lepas tu, mrs pip diminta tunggu dulu sementara doktor buat temujanji dengan klinik pakar dan siapkan surat temujanji.


doktor set 9/1/2018 untuk temujanji bertemu doktor pakar di Hospital Likas, dan berikan surat temujanji yg perlu dibawa, dan siapkan sekali surat cuti utk diberikan ke pre-school lil' Iman nanti. dan doktor juga berikan lil' Iman lagi ubat antibiotik. tujuan ubat ni ialah untuk mengurangkan bengkak di lelangit lil' Iman, dan kali ni metronidazole syrup yang perlu diambil sebanyak 12.7ml 3 kali sehari. dan sesiapa yang dapat syrup ni, serius syrup ni pahit, dan sukar utk diminum oleh lil' Iman.

lil' Iman ni bukan jenis budak yang cerewet minum ubat. dia boleh jer hadam ubat walaupun kelat or pahit sedikit. tapi ubat ni memang pahit sangat (utk level budak budak aaar, mrs pip yang minum sikit pun rasa mcm eeeiiiiii, tak sukanya) .... so nak bagi lil' Iman minum ubat ni, mrs pip letakkan sedikit gula kaster kat lidah lil' Iman, then baru suntik ubat ni masuk mulut lil' Iman.... memang bertabahlah nak bagi lil' Iman makan ubat ni, nasib baik lil' Iman ni senang nak bagi kerjasama. lepas habis makan ubat, sekali lagi kena bagi sedikit gula kaster kat lidah lil' Iman nak bagi rasa pahit tu hilang ... 

selain kena jumpa doktor pakar pada 9/1/2018 nanti, doktor di klinik pergigian awam ni request mrs pip utk bawa lil' Iman pada 27/12/2017 untuk pemeriksaan susulan selepas lil' Iman completed his antibiotic course ni ....

Part II akan diambung selepas lil' Iman bertemu doktor pakar kelak. dan yang baca entry ni, doakan yang baik baik untuk lil' Iman. memang risau juga bila fikir masalah gigi lil' Iman ni.

thanks for reading

cheers.

Post a Comment

3 Comments

  1. Bengkak gusi mesti sakit sangat.. Husniey pun pernah mengalami.. bad mood je rasa 😥


    Moga cepat sembuh lil' iman..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mmg bad mood ja lil iman ni.... kesian tengok dia nangis tahan sakit.

      Delete
  2. hope getting much better lil iman..huhu..teruknya kes gigi lil iman ni...

    ReplyDelete

Terima kasih melawat blog Mrs Pip, dan sila komen dengan berhemah. Live link tidak dibenarkan di ruang komen.