Keluarga mak mertua berkabung Krismas tahun ini - Cerita Cinta Surirumah

Monday, 25 December 2017

Keluarga mak mertua berkabung Krismas tahun ini

hi there, hari ni Christmas. biasanya kalau Christmas, mrs pip akan lepak lepak di rumah mak mertua dengan mr.Husband dan lil' armies. hari tu la, mrs pip tanya mak mertua Christmas kali ni nak plan buat apa, biasanya kitorang plan masak masak saja, lepas tu makan ramai ramai .... then mak mertua cakap, "Christmas nanti teda lah mau buat apa apa ni, pigi sembahyang saja mungkin" .... mak mertua macam teda mood pula mau sambut Christmas tahun ni. well, maybe pasal mr.Husband, my sister in law yang di telupid tu, dan my brother in law yang di putrajaya tu ndak da Christmas kali ni, so agak sunyi kot dia rasa bila anak anak tidak bersama, tu yang mood Christmas kurang sikit kot ... tu pendapat mrs pip la time tu ....

Merry Christmas 2017
Merry Christmas 2017

hari tu seperti setiap tahun, rumah mak mertua buat caroling, khamis 21/12/2017 .... mrs pip ada buat entry kat sini >>> caroling di rumah mak mertua <<< petang tu kitorang happy happy ambil gambar anak anak yang asyik busy mau petik perhiasan yg digantung di pokok krismas .... malam tu juga mr. Husband balik rumah, off day. esoknya, time kitorang breakfast di rumah, tengah tengah breakfast ni, mr.Husband dapat panggilan telefon ... 

mak mertua pula dah bagitau yang esoknya 22/12/2017, dorang (mak mertua, bapa mertua, kakak ipar, dan adik ipar bongsu) akan ke telupid untuk lawat adik ipar (sister in law) yang menetap di sana, kebetulan adik ipar bongsu ni ada kursus di telupid, so dia bawa lah mak mertua sekali. dah alang alang kan pigi telupid, so terus lawat adik ipar yang menetap di sana ...

berbalik kepada panggilan telefon yang mr.Husband terima pagi tu, mmg panggilan yang mengejutkan .... first cousin mr.Husband passed away seawal pagi sekitar jam 1 am akibat kemalangan motosikal di kawasan Tuaran. yang ni mr.Husband terima panggilan daripada ahli keluarga lain, so nak confirmed terus call waris. ya, confirmed first cousin mr.Husband passed away. yang ni first cousin sebelah mak mertua. mak mertua pula time tu dah on the way nak ke telupid, tapi kitorang dapat agak mesti dorang pun dah terima mesej ttg hal ini.

tak lama kemudian, semua orang dah tahu mengenai berita kematian ni bila bapa kepada cousin yang passed away tu tinggalkan nota di group whatsapp, dgn bunyi yang sedih "aku tiada harta, hanya anak anak harta aku, dan aku sudah kehilangan seorang anak" .... terus dengar mesej ni, sebak mrs pip rasa, nak nangis time tu juga .... 

hari ni, 25/12/2017 hari pengkebumian yang akan dijalankan di Tuaran. yang sedihnya, cousin ni baru sahaja berkahwin pada 25/11/2017 lepas, kalau ikut aturan, pengkebumian seharusnya dijalankan pada 24/12/2017, tapi si isteri meminta biarlah pengkebumian dijalankan genap sebulan mereka berkahwin. memang sedih. cousin tu pergi tanpa kata, dan baru sahaja mendirikan rumah tangga. mrs pip doakan agar si isteri kepada cousin tu bertabah menjalani kehidupan yang akan datang. 

bila mrs pip fikir semula kata kata mak mertua hari tu, terasa seolah olah apa yang mak mertua tu cakap tahun ni Christmas hanya pergi sembahyang sahaja, ianya benar2 berlaku. memang tahun ni Christmas hanya pergi sembahyang , dan waktu untuk keluarga mak mertua berkabung

mrs pip berharap mak mertua dan ahli keluarga yang lain bertabah menjalani ujian hidup. apapun, mrs pip ucapkan Merry Christmas semua yang menyambut Christmas.

have a nice day everyone.

2 comments:

  1. takziah buat keluarga mertua kak pip..

    ReplyDelete
  2. Takziah mrspip. I can feel it sebabnya ayah Awa pergi dlm bulan puasa so takde terus mood nak rai apa-apa. :(

    ReplyDelete