Happy 3rd year birthday, lil' Amin

hi there, alhamdulillah, lil' Amin genap berusia 3 tahun sebulan yang lalu, pada 11/11/17. walaupun tiada sebarang sambutan hari jadi di buat pada hari tu coz mrs pip perlu menghadirkan diri untuk aktiviti keceriaan di playschool lil' Iman dan mr.Husband juga tidak berada di rumah minggu tu kerana komitmen kerja, namun mrs pip and mr.Husband tetap mengucapkan selamat hari lahir buat lil' Amin dan mendoakan yang baik baik untuk anak anak kami, semoga mereka sentiasa dalam redha dan rahmat Allah.

Happy 3rd year birthday, lil' Amin
Happy 3rd year birthday, lil' Amin

masih teringat tiga tahun yang lalu momen melahirkan lil' Amin. sungguh Allah permudahkan semuanya buat mrs pip. beberapa hari sebelum melahirkan lil' Amin, memang sudah ada tanda tanda yang mrs pip akan melahirkan lil' Amin pada masa terdekat. I was bleeding for 2 days, tapi belajar dari pengalaman mengandung lil' Iman, so mrs pip tak layan sangat dengan bleeding tu, false alarm bagi mrs pip. tak pigi hospital pun masa tu. 

lil' Amin Day 1
lil' Amin; Day 1
11/11/2014
few hours after the delivery

dua hari kemudian, 10/11/14 mrs pip rasa baby dah gerak turun ke bawah, mmg boleh rasa time tu perut tak selesa sepanjang hari. one whole day mrs pip baring dekat sofa. lil' Iman memang mak mertua dan sister in law yang urus dan layan sepanjang hari tu. mr.Husband pula busy memanjang dari awal pagi sampai lewat petang. mrs pip still relax lagi kejap baring kejap berdiri, semua orang rumah dah mula bising suruh mrs pip pigi hospital. hehe.

brotherly love
korang abaikan saja sampah kat belakang truck tu.
huhu, tak sempat nak buang.
lil' Amin unhappy bila tengok lil' Iman mau lap mulut guna baju.
concern nanti baju kotor.
p/s: lil' Amin pandai bergaya nowadays. lil' Amin refuse bila daddy mau cukur rambut. siap ckp dekat daddy "jangan cukur rambut Amin, nnt Amin tidak handsome" .... lil' Iman selamba ja mau minta cukur. 

sekitar jam 8 malam, mr.Husband sampai rumah. tak sempat mr.Husband nak makan dan mandi, semua dah bising suruh bawa mrs pip ke hospital, nasib beg pakaian mrs pip dah siapkan awal awal ... masuk saja dalam kereta, dalam 10 minit macam tu, contraction pun bermula ... hah! padan muka degil kan ndak mau pigi hospital awal awal ... relax aaaa, contraction baru nak mula, hospital pun tak jauh mana kan, gitu lah dalam fikiran mrs pip time tu. 

sampai saja di hospital, daftar nama dan nurse minta mrs pip masuk ke bilik pemeriksaan ... 3cm. mr.Husband tunggu di luar wad. since Hospital Beaufort ialah "hospital mesra bapa", bila nak bersalin nanti, husband boleh temankan dalam labour room. mr.Husband setia menanti di luar, kebetulan my two sisters in law ikut temankan kitorang, so adalah kawan mr.Husband menunggu di luar wad.

lil' Amin Day 12
lil' Amin; Day 12.

sekitar hampir jam 3 pagi, contraction makin kuat. rasa rasa macam dah nak bersalin. panggil nurse bagitau contraction makin kuat dan mcm dah boleh bersalin. nurse check. 5cm. terus masuk labour room. few minutes later, nurse check lagi. 8cm. panggil mr.Husband masuk labour room.

sister dah bagi signal untuk mrs pip mulakan teran kalau dah ready. tapi perut mrs pip tak keras langsung. so mmg tak dapat nak teran walaupun bukaan mengizinkan. end up nurse suntik ubat kat tangan mrs pip ... few minutes later, baru rasa perut start mengeras, dan boleh meneran. untuk lil' Amin, memang very alhamdulillah. sekejap saja baby dah keluar. mrs pip juga tidak dikenakan sebarang jahitan di perineum. berat baby 3.30kg. 

Happy 3rd year birthday, lil' Amin
Happy 3rd year birthday, lil' Amin

tiga tahun kemudian, this is our little critter, lil' Amin. berjaya breastfeed kan lil' Amin selama dua tahun secara eksklusif. dan lil' Amin is an easy baby. nak jaga dia pun senang, tak banyak ragam dan jarang diserang demam. cuma lil' Amin ni bukanlah baby yang friendly, tak mcm lil' Iman. lil' Amin kalau jumpa orang yang dia tak kenal, dia memang bagi muka sombong, dan agak sukar untuk berkawan. lil' Amin ambil masauntuk berkawan dengan orang yang baru dia kenal. 

lately lil' Amin suka merajuk. amboi anak mommy sorang ni, perangai merajuk makin menjadi-jadi. cuma dia tak perlu nak dipujuk-pujuk,, rajuk dia pandai hilang sendiri. selain tu, lil' Amin suka tiru apa yang lil' Iman buat. so pendek kata, idola lil' Amin ni ialah lil' Iman. kadang kadang lil' armies ni two peas in the pod, kadang kadang like cats and dogs pula. hurm.

Butter Vanilla Cake
Happy 3rd year birthday, lil' Amin

walaupun tiada sebarang birthday party untuk lil' Amin, tapi a week later kitorang beli kek dan makan tepi pantai. mr.Husband tak cukup rehat sejak beberapa hari, tapi memandangkan mr.Husband bukan selalu dapat pulang jumpa our lil' armies, mr.Husband berusaha juga untuk layan the kids ni. ingat nak tempah kek, tapi tak sempat pula. so beli yang ready made sajalah. yang ada cuma butter vanilla cake. nextime mommy buat proper birthday untuk lil' Amin ok. 

buat lil' Amin, mommy and daddy doakan lil' Amin menjadi anak yang baik, dan sentiasa dalam jagaan Allah. semoga lil' Amin menjadi anak yang berjaya dunia akhirat dan sayang mommy, daddy and abang Iman. jangan selalu merajuk mulut muncung muncung, nanti ndak handsome. we all love lil' Amin so much. 

p/s: motherhood journey full with upside down bitter sweet memories.

thanks for reading, xoxo.

cheers.

Post a Comment

5 Comments

  1. Semoga dipanjangkan umur dalam rahmatNya dan dimurahkan rezeki :)

    ReplyDelete
  2. Happy belated birthday Amin 😊

    ReplyDelete
  3. Hpy belated bday amin..smoga dpjgkan umur murah rezeki..kita pn baby disember gak hihi

    ReplyDelete

Terima kasih melawat blog Mrs Pip, dan sila komen dengan berhemah. Live link tidak dibenarkan di ruang komen.