Krismas || Caroling Di Rumah Mak Mertua

hi there, bila dah nak masuk penghujung tahun mcm ni, mesti sinonim dengan sambutan Krismas kan .... jangan pula korang kecam mrs pip bila mrs pip share entry Krismas ni, nnt jadi mcm sorang artis tu, anak just bergambar dgn pokok krismas, dah kena kecam fahaman tak betul! .... 

kan kita ni negara yang mengamalkan budaya masyarakat majmuk ... lagipun setakat bergambar dgn pokok krismas jak pun ....  

bagi yang follow blog mrs pip ni, mesti dah pernah terbaca yang mrs pip ni kawin dgn mr.Husband Christian convert Muslim, so bila dah kawin dgn seseorang yang bukan berasal dari agama Islam, perlu faham kita ada family lain yang berlainan agama. T_T


bila mak mertua pasang pokok krismas, memang lil' armies ni paling excited. haha, kerana pokok krismas ni banyak perhiasan kan, so budak berdua ni suka la nak kacau perhiasan pokok krismas tu, siap pigi petik satu satu perhiasan pokok tu, habislah pokok krismas mak mertua aku jadi 'kering kontang' dikerjakan anak anak aku ni.

tahun ni mak mertua tak pasang pokok krismas yang besar gedabak tu kerana risau nanti our little nephew si jericho pigi panjat pokok tu, so mmg risau lah kot2 pokok tu jatuh hempap dia pula. 


yang mak mertua peluk tu lah our little jericho, baru setahun sembilan bulan ... lincah budak ni , so tahun ni NO BIG CHRISTMAS TREE. mrs pip elok ja nak ambil gambar budak bertiga dgn poh poh dorang kan, tapi ntah lil' Iman ni sukar nak bagi kerjasama, asyik nak buat muka ntah apa apa ... eiiiii ....


dah lil' Iman tak bagi kerjasama, so mrs pip 'nyah' dia kejap, better ambil gambar lil' Iman dan jericho with their poh poh ... petang nanti ada caroling, so poh poh bgtau lil' armies nnt malam kita nyanyi nyanyi ya, happy lil' Iman nak menyanyi .... tapi dia tanya juga nak nyanyi apa, so mrs pip bgtau la,, nnt kita nyanyi jingle all the way ... lagu ni jer lah yg dia tau kalau lagi krismas ....


penat pho poh pujuk supaya gambar elok elok ... last last dalam banyak banyak gambar tu, gambar sekeping ni saja yang kira ok ... yang lain lain tu , eiiiii memang tak boleh pakai langsung ....


ni antara gambar yg mmg tak boleh pakai, tapi just tempek kat sini sbg kenangan .... siap lil' Amin pun terjangkit sama buat muka ntah apa apa ....


dan malam tu ada caroling kat rumah mak mertua .... mrs pip tak faham dorang nyanyi apa coz nyanyi dalam dialek kadazan .... anak anak just tengok jer lah, tak cakap apapun. time ni lil' Amin tengah makan, lil' Iman pula sibuk melukis di meja makan .... mrs pip dulu tau caroling ni pasal kecik kecik dulu jiran kitorang sebelah rumah keluarga Kadazan juga, so tiap kali nak krismas mmg akan dengar la ada orang nyanyi kat rumah dorang, dan mak mrs pip bgtau caroling ni dibuat beberapa hari sebelum krismas .... dulu classmates sekolah menengah, ramai juga yang ikut caroling ...

selagi kita tak terpengaruh dengan ajaran agama lain, cukup sekadar menghormati budaya mereka, itu tidak salah bagi pendapat mrs pip. kita ni hidup dalam masyarakat berbilang budaya, so kena lah hormat menghormati. lagi lagi mcm mrs pip ni yg kawin campur, asal kita tahu di mana sempadan kita, dah memadai. 

untuk keluarga mrs pip dan sahabat sahabat juga mereka yang menyambut Krismas, mrs pip ucapkan selamat hari krismas semua.

cheers.

Post a Comment

4 Comments

  1. berlainan agama tak bermakna kena bermusuh. Yang penting kita tau tahap sempadan sebagai umat Islam. Islam tu bagus kerana boleh hormat semua agama. :D

    ReplyDelete
  2. kita kan 1Malaysia..menghormati agama orang lain..tak salah nak sambut perayaan bangsa lain tambah2 macam mrs pip yg kawen campur ni..takkan tak boleh nak sambut xmas dengan family mertua..yg artis kena kecam tu, serius tak faham.tangkap gambar dgn pokok xmas je..haih...

    ReplyDelete
  3. Masalah Malaysian mentality sebilangan besar jika mereka tak pernah lalui, atau tak pernah bergaul mula la mengkritik. Bukan nak cari dan belajar. Perbezaan bukan punca utk kita saling bermusuh kan?

    ReplyDelete

Terima kasih melawat blog Mrs Pip, dan sila komen dengan berhemah. Live link tidak dibenarkan di ruang komen.