Unboxing MYCYBERSALE Hermo Box

hi there, hari tu mrs pip ada share entry mrs pip grabbed few items semasa #mycybersale , dan salah satunya ialah barangan dari HERMO. dan hari ni kita nak Unboxing #MYCYBERSALE Hermo Box, apalah barang yang mrs pip cekup dari HERMO. mrs pip ni nak cakap beauty addict, tak juga, tapi nak cakap bukan beauty addict pun tak juga. it is in between that line. kalau ada barang best, harga affordable mrs pip akan grab, kalau bukan within budget, so kena tunggu dulu sampai cukup budget. anyway, so jom tengok mrs pip nak Unboxing #MYCYBERSALE Hermo Box ....

Baca juga 

Hermo Box
Unboxing Hermo Box

first time beli barang di Hermo, mrs pip beli thru SHOPBACK, ada 4 item + 2 item free gift dari Hermo. thanks Hermo bagi free gift ni. kebetulan waktu #mycybersale tu, Hermo buat promosi selected items, buy any 3 for RM39.00. tu yang terjebak beli kat Hermo tu. mulanya nak beli mascara saja, tapi since dah buat promo bu any 3 for RM39.00, jadi grablah barang yang berkenan di hati. ada yang mrs pip suka, tapi out of stock dah, huhu ....

Unboxing hermo box
Unboxing #MYCYBERSALE Hermo Box

tada! ni lah barang yang mrs pip beli di hermo .... untuk selected item buy any 3 for RM39.00, tiga barang berkenaan ialah Nature Republic soothing and moisture aloe vera foam cleanser, Loreal mascara miss manga, & Thank You Farmer Back to Iceland Cleansing Water

dan mrs pip add satu lagi barang dari SkinFood , iaitu Skinfood Black Sugar Mask Wash Off Strawberry. mask ni ada few scents yang korang boleh pilih, tapi since mrs pip suka strawberry, jadi mrs pip grab strawberry scented mask. Harga untuk Skinfood Black Sugar Mask Wash Off Strawberry ni ialah RM25.00 T_T dan hermo bagi 2 Malie face mask for free! yeah. mestilah happy dapat barang free.

Unboxing #MYCYBERSALE Hermo Box
Unboxing #MYCYBERSALE Hermo Box

Nature Republic soothing and moisture aloe vera foam cleanser mengandungi aloe vera dan membasuh sisa wajah dengan baik dan memberikan ketenangan dan kelegaan kepada kulit wajah. ekstrak aloe vera dan kandungan vitamin E, vitamin C dan bahan mineral membantu memperbaiki kulit wajah dan memberikan kelembapan kepada kulit wajah.  

Nature Republic soothing and moisture aloe vera foam cleanser
Unboxing #MYCYBERSALE Hermo Box

Loreal mascara miss manga mempunyai berus fleksibel dengan bentuk konik memudahkan untuk memberus bulu mata di kawasan yang sukar dicapai. Loreal mascara miss manga mempunyai jumlah serat 15X kilat menguatkan bulu mata dari atas ke bawah, dan mampu memberikan bulu mata lebih 'Look Manga' bermata luas atau 'Mega Kawaii'!.

Loreal mascara miss manga
Unboxing #MYCYBERSALE Hermo Box

Thank You Farmer Back to Iceland Cleansing Water 30ml ialah pembersih make-up yang pantas menghilangkan kekotoran atau sisa make up wajah. Ianya direka untuk menghapuskan solekan, kotoran wajah dan minyak pada wajah dengan berkesan menjadikan kulit terasa bersih, lembut dan segar.

Thank You Farmer Back to Iceland Cleansing Water 30ml
Unboxing #MYCYBERSALE Hermo Box

Black Sugar Mask Wash Off Strawberry ialah masker muka yang mengandungi gula hitam organik kaya mineral, bersama dengan minyak biji strawberi. ianya digunakan dengan mudah pada kulit dan meninggalkan kesan segar, bersih dan harum bersama bau strawberi. gula hitam pula diperkaya dengan vitamin dan mineral untuk menghidrat dan menyuburkan kulit. 

Black Sugar Mask Wash Off Strawberry
Unboxing #MYCYBERSALE Hermo Box

Malie face mask ni ada banyak jenis, yang mrs pip dapat ni, ialah satu Malie Vitamin face mask dan satu lagi Malie Snail face mask. untuk Malie Vitamin C face mask ni, ianya mempunyai vitamin C dan bahan yang berkesan untuk membantu kulit kasar dan letih menjadi lebih bertenaga, dan kandungan asid hyaluronik dan ekstrak herba semulajadi mampu melembap dan membuat kulit lebih sihat. 

Malie face mask
Unboxing #MYCYBERSALE Hermo Box

sementara Malie Snail face mask ni pula mengandungi ekstrak lendir siput dengan bahan EGF memulihkan kulit dengan berkesan dan memberikan nutrisi kepada kulit. sifat ekstrak aloe vera membantu melegakan kulit yang letih manakala komponen pelembabnya mengekalkan kulit lembab sentiasa agar lebih sihat.

jadi, selesai Unboxing #MYCYBERSALE Hermo Box, bersama sedikit info mengenai setiap produk yang mrs pip beli. so stay tune untuk entry review seterusnya, mrs pip akan cuba dulu produk ni dan akan review lagi selepas penggunaan ke atas produk ni *itu pun kalau mrs pip rajin la mau buat review*, semoga diberikan kerajinan untuk review pengunaan ke atas produk ni semua T_T memang tak sabar nak try Malie face mask tu :)) ....

thanks for reading. stay beautiful everyone.

Shopback
Shopback


hari tu mrs pip beli barang di Hermo ni thru ShopBack tau, semua jumlah barang ni mrs pip bayar RM76.55, tapi since mrs pip beli melalui ShopBack, jadi mrs pip dapat sedikit penjimatan. 


ShopBack bagi mrs pip CashBask (pemulangan wang selepas pembelian) sebanyak RM1.22. lagi banyak beli thru ShopBack, lagi banyak penjimatan. 

Happy bila kita shopping, kita diberikan 'refund' sedikit duit semula .... nak register SHOPBACK, baca entry kat bawah ni dulu untuk lebih kefahaman :))

 >>> Kelebihan shopping secara online melalui SHOPBACK

>>> Berjaya cash out duit di Shopback, 3 hari duit dah masuk bank

cheers.

Post a Comment

10 Comments

  1. Wah.. Menariknya barang-barang dia..

    ReplyDelete
  2. Shopback mmg best kan kak. Nanti GV nak explore Shopback. hihi. L'oreal mascara miss manga nampak unik je. Mega kawaiii. hihi. :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nanti nak shopping kat Hermo, login kat Shopback dulu, then baru klik Hermo dalam Shopback tu ... baru dpt cashback selepas selesai shopping :))

      Delete
  3. Heaven nya bila dapat shopping...

    ReplyDelete
  4. barang kat hermo murah..selalu beli aloe vera tu..pakai kat muka..sejuk je..

    ReplyDelete
  5. Dah lama AS dengar orang bercerita pasal shopback. Tapi sekarang baru faham konsep nya.
    Rupanya dia sama macam web beli belah online yg lain, tapi boleh dapat rebet tunai. Menarik nih ^_^


    Baca juga : Rutin penjagaan kulit yang boleh melambatkan penuaan

    ReplyDelete
  6. wah bestnya.. menarik smua barang2 ni akak..

    ReplyDelete
  7. Alaaa, bestnya dpt byk barang penjagaan muka ni.

    ReplyDelete

Terima kasih melawat blog Mrs Pip, dan sila komen dengan berhemah. Live link tidak dibenarkan di ruang komen.