Tonton While You Were Sleeping Kdrama (Starring Lee Jong Suk, Suzy, Lee Sang Yeob, Jung Hae In)

Tonton While You Were Sleeping Kdrama (Starring Lee Jong Suk, Suzy, Lee Sang Yeob, Jung Hae In).

hi there, mrs pip terjebak lagi menonton K-Drama While You Were Sleeping secara marathon. well, I just can't take my eyes off from Suzy and Lee Jong Suk. pertama kali tengok Suzy berlakon ialah dalam Dream High. 

Waktu tu memang tak tau pun Suzy ni seorang penyanyi. jalan cerita Dream High tu pun menarik, bukan setakat Suzy saja, malah semua pelakon dalam Dream High tu mrs pip suka. drama lain Suzy yang mrs pip follow ialah Big (lakonan bersama Gong Yoo dan Lee Min Jung) dan Gu Family Book (bersama Lee Seung Gi). drama Uncontrollably Fond bersama Kim Woo Bin tu tak sempat nak layan lagi. ada tak yang layan While You Were Sleeping kat sini?

Lee Jong Suk pula, first time nampak dalam drama Secret Garden (lakonan utama Ha Ji Won dan Hyun Bin), lepas tu dalam drama Pinnochio bersama Park Shin Hye. memandangkan rasanya semua gandingan Lee Jong Suk dalam K-Drama mrs pip suka, so mrs pip layan drama Lee Jong Suk yang lain, iaitu W (bersama Han Hye Joo), Doctor Stranger (bersama Jin Se Yun) dan I Can Hear Your Voice (bersama Lee Bo Young). School 2013 tu tak sempat nak layan lagi, tapi review yang mrs pip baca, School 2013 tu antara keluaran School yang paling best, so akan layan drama ni nanti.  

drama While You Were Sleeping ni ada 32 episod pendek, tak tahu kenapa ianya di luar dari kebiasaan dibuat 32 episod pendek, padahal boleh saja buat 16 episod berdurasi standard sejam setiap episod kan ... so, yang mrs pip layan ialah 16 episod yang sudah digabungkan. thanks kepada youtuber yang baik hati upload dan jadikan dua episod kepada satu episod standard. 

Review K-Drama : While You Were Sleeping
Review K-Drama : While You Were Sleeping

Senarai Barisan Pelakon While You Were Sleeping Kdrama


rasanya ramai yang follow cerita While You Were Sleeping ni kan ... sebelum tu meh sini mrs pip nak kenalkan antara barisan pelakon yang membintangi drama ni selain Suzy dan Lee Jong Suk. poster atas menunjukkan barisan pelakon dari kiri ke kanan ...

Lee Sang Yeob sebagai Lee Yoo Bum
Suzy sebagai Nam Hong Joo
Lee Jong Suk sebagai Jung Jae Chan
Ko Sung Hee sebagai Shin Hee Min
Jung Hae In sebagai Han Woo Tak

ada satu watak lagi yang mrs pip suka sangat selain watak 5 di atas tu. watak Choi Dam Dong yang dibawakan oleh pelakon Kim Won Hae. Jalan cerita drama ni mungkin korang akan rasa macam biasa biasa saja, tapi kalau korang layan cerita ni, jalan ceritanya menarik buat mrs pip.

Tak rugi tonton, jalan cerita menarik While You Were Sleeping Kdrama 


Drama ni berkisar tentang Hong Joo yang mampu bermimpi mengenai perkara yang bakal dialaminya akan menjadi kenyataan. dan Jae Chan juga sedemikian. selain Jae Chan, Woo Tak juga bermimpi akan perkara sedemikian namun terjadi hanya selepas terlibat dengan Hong Joo dan Jae Chan dalam insiden kemalangan kereta.

rasanya K-Drama ni memang standard, kalau mereka pegang satu satu watak, lagi lagi watak yang memerlukan mereka sebagai seorang pekerja profesional seperti doktor, peguam atau jurutera, memang mereka akan pastikan watak tu real. 

mrs pip suka cara peguam bekerja dalam drama ni. mrs pip no idea kalau peguam memang akan bekerja cara ni atau macam mana. cara mereka selidik satu satu case tu, rasa menarik perhatian. dan cara drama ni menghubungkan satu kes dengan kes yang lain, satu kes dengan watak watak dalam drama ni, saling berkaitan, memang awesome. 

Tonton While You Were Sleeping Kdrama (Starring Lee Jong Suk, Suzy, Lee Sang Yeob, Jung Hae In)


mrs pip juga suka cara persahabatan antara Hong Joo, Jae Chan dan Woo Tak. Jae Chan dan Woo Tak saling menyukai Hong Joo, dan Hong Joo pula menyukai Jae Chan, dan menganggap Woo Tak sebagai kawan baik. Jae Chan juga mengetahui yang Woo Tak menyukai Hong Joo, namun tetap bersahabat dengan Woo Tak dan tidak berasa kekok dengan persahabatan mereka. 

mengenai watak Choi Dam Dong, 13 tahun yang lalu, adik kepada Choi Dam Dong telah membunuh menembak bapa Jae Chan dan kemudian meletup kan bas yang dipandu oleh bapa Hong Joo. 

ketika di rumah pengkebumian, Choi Dam Dong datang dan meminta maaf bagi pihak adiknya, dan Hong Joo sangat marah kepada Choi Dam Dong. kerana rasa bersalah atas tindakan adiknya, Choi Dam Dong ingin membunuh diri, namun berjaya diselamatkan oleh Jae Chan. 

Review K-Drama : While You Were Sleeping
Review K-Drama : While You Were Sleeping
scene sedih Jae Chan dan Choi Dam Dong
watak Choi Dam Dong dalam drama ni terasa seperti seorang bapa yang tulus

13 tahun kemudian, Jae Chan bertemu dengan Choi Dam Dong, tapi Jae Chan agak sedikit terlewat mengetahui Choi Dam Dong itu ialah lelaki yang dia pernah selamatkan satu ketika dulu. mrs pip terkesan dengan dua scene sedih antara Jae Chan dengan Choi Dam Dong. pertama, ketika Choi Dam Dong jumpa Jae Chan selepas Hong Joo hampir terbunuh oleh Yoo Bum. kedua ketika Choi Dam Dong dilanggar oleh Yoo Bum. sila lah sediakan tisu kalau korang berhati lembut T_T .

drama ni ada scene tak sesuai untuk tontonan kanak kanak kerana ada few kissing scene. biasanya K-Drama memang ada kissing scene kan, tapi ni ada few scenes. so, kena pandai pandai censored kalau drama ni ditonton bersama kanak kanak. 

Tonton While You Were Sleeping Kdrama (Starring Lee Jong Suk, Suzy, Lee Sang Yeob, Jung Hae In)


cerita ni happy ending. Yoo Bum dikenakan hukuman penjara seumur hidup atas semua kesalahan yang dia lakukan selama menjadi peguambela. dia memanipulasikan rekod, membunuh dengan sengaja dan tidak sengaja. Jae Chan dan Hong Joo berkahwin, manakala Woo Tak berhenti menjadi polis atas sebab buta warna, dan memilih untuk belajar ilmu perundangan dan berniat untuk menjadi peguamcara. 

Review K-Drama : While You Were Sleeping


cuma, mrs pip hope ending dia tak secepat itu. hope ada episod tambahan untuk drama ni, tapi nampaknya drama ni cukup setakat 16 episod sahaja. drama ni fully pre-produced, jadi memang sukar untuk buat kesinambungan drama ni kalau ada permintaan based on high rating penonton kan. 

biasanya drama korea, lepas shoot untuk dua minggu punya episod, mereka start tayang, sambil tu shoot lagi untuk episod seterusnya, so kalau ada high rating dan demand nak tambah episod, agak senang coz semua krew still bekerja, cuma perlu extend sedikit jadual kerja kan, kalau fully pre-produced, semua shoot akan dibuat hingga habis, baru drama ni ditayangkan ... so, memang tiada lah peluang nak harap ada extended episode kan ...

tu jer lah review drama ni, mrs pip bagi 4/5 bintang. drama yang mempunyai jalan cerita, skrip dan soundtrack menarik, selain dibarisi oleh pelakon pelakon yang hebat. mrs pip layan drama ni di youtube, thanks to youtuber sorang ni, dia upload mmg ohsem, skrin tidak dikecilkan, dan tiada iklan.

happy watching.

cheers.

Post a Comment

16 Comments

  1. Sha baru berjaya tengok episod satu je.. Mood ke laut sekarang nie.. Hehehe..

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak pa, slow slow Sha ...
      mrs pip tengok di youtube saja ...
      mcm ni lah bila rumah tak langgan astro.

      Delete
  2. Mrs. A memang layan cerita ni time ditayangkan kat channel One baru-baru ni.
    Nak tengok sangat sebab peminat LJS hehehhe...
    Sukakan ending dia happy ending ;-)

    Sekarang dah terjebak pula dengan k-drama The K2 channel tVN hero dia Ji Chang Wook heroin Yoona menarik tau

    ReplyDelete
    Replies
    1. K2 mrs pip tak sempat layan lagi...
      maybe nak cari CD nanti.
      mrs pip pun suka Yoona juga.
      kalau sesiapa yang sukakan Ji Chang Wook, kenalah sabar menanti utk drama/filem seterusnya, Ji Chang Wook dah enlisted masuk latihan tentera....

      Delete
  3. ain x layan drama korea bertahun2 sejak habis blaja. Nak tengok tv pun tak termasuk dalam to-do list hari2. haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ain, saya pun tak layan TV, kat rumah kita tak subscribe astro. so layan youtube saja...

      Delete
  4. kat tv saluran berapa mers pipi... akak ni blur pasal drama... hehee

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe, saya pun tak tau kat channel mana, tapi blogger Mrs A bgtau, kat channel One.

      Delete
  5. Haaa macam kena marathon juga je ni. skrg ni memang dorang rakam 30 minit setiap episod. Sama mcm drama hospital ship yg lepas.

    ReplyDelete
    Replies
    1. mrs pip tengok kat youtube no wonder hairan sikit mula mula apasal ada yg upload 30 minit ada yg upload 1 jam ... ooooo, baru tau nowadays dorang rakam 30 minit ...

      Delete
  6. Ramai yang kaki kdrama ni hiii..review cerita menarik.. dah lama jugak x layan korean drama, ni pun baru layan kat 8tv. 😬

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe, dulu mmg addicted dgn KDrama ni, nowadays dah slow down sikit,
      tapi kalau drama best, mmg try layan juga, lagi lagi bila barisan pelakon hampir semua best. mcm While you were sleeping ni, mmg bukan sekadar hero heroin best, supporting actors semua pun mmg best ...

      Delete
  7. Salam kenal dan singgah sini.blog saya https://cararesepi.blogspot.my

    ReplyDelete
  8. Saya bukan kaki drama Korea, tapi kadang2 kalau citer best memang rajin layan gak :)

    ReplyDelete
  9. Nida mmng hantu drama korea dari belajar zaman uni tahun tahun Full House (Rain, Song Hye Kyo) , Coffee Prince ( Gong Yoo, Yoon Eun Hye) aampailah ke K2, Two Cops, Man Who set the table, Happines Giver, Witch at court. Maigaddddd

    Kalau ikut kan, di rumah ni siap kerja awal sebelum main channel kuria. Tiada astro kami guna Njli. Subscribe Korean pack RM10 untuk 30 hari. Berbaloi ke idokkk. Hihi. Witch at court main KBSW , tu balik kg baru dpt tengok tapi habis dah kan.

    And the list goes on..

    Sampai nda boleh terima CP ada dalam versi Melayu. Huhu.

    ReplyDelete

Terima kasih melawat blog Mrs Pip, dan sila komen dengan berhemah. Live link tidak dibenarkan di ruang komen.