Segmen Suai Kenal Bloggers Seluruh Malaysia - Cerita Cinta Surirumah

Saturday, 7 October 2017

Segmen Suai Kenal Bloggers Seluruh Malaysia

hi there,

bila blogger Sofinah Lamudin buat segmen suai kenal blogger seluruh malaysia, teruja nak join tapi kerana busy sangat hari tu siapkan pirate ship untuk lil' Iman, tergendala hajat nak mengarang cerita untuk segmen tersebut ... segmen ni berakhir pada 1/Dec/2017, banyak masa lagi kalau nak join...sekarang ni baru ada free time sikit, jadi mrs pip join la yer T_T

klik banner kalau nak join

kat mana nak start ni? kenal tak dgn mrs pip ni? ... jomlah kenali mrs pip dengan lebih dekat T_T ...

Tentang Nama

nama 'Pip' tu pinjam nama panggilan mr.Husband, jadilah Mrs Pip, tapi nama sebenar E-M-P-H-I//Y-A-P ... time sekolah rendah,, nama tu selalu jadi bahan kutukan kawan, dorang pandai2 singkatkan jadi MPKK ... tau tak MPKK tu apa? tu ha lori merah angkat sampah (garbage truck) yang ada sign MPKK (Majlis Perbandaran Kota Kinabalu) besar gedabak kat tepi kiri kanan lori ...

kawan2 sekolah rendah mrs pip ni ramai budak Cina, so bab nama tu mereka tak kisah sangat, mereka tak tanya pun kenapa nama mcm cina, tapi mrs pip masuk kelas agama ... cuma mereka memang suka kutuk nama jadi MPKK .. hish! nakal kawan2 sekolah rendah mrs pip ni tau...

selalu ramai yang bertanya bila dengar nama sebenar mrs pip "are you Chinese?" ... tapi bila tengok muka and warna kulit, I is gelap, dorang tanya lagi "ni kalau tak Chinese, mesti mix Sino-Kadazan ni" .... eeeiiii, memandai lah korang .... ada juga yang ingat mrs pip ni LELAKI bila dengar nama, tapi bila dengar suara dan tengok muka "she is a girl" ....

meh la mrs pip bagitau apakah benda maksud E-M-P-H-I , tak perlu nak Google maksud nama ni, memang korang tak jumpa la kot *memandailah aku ni kan* .... (EM) ni membawa maksud East-Malaysia .... dan (PHI) tu membawa maksud PHILIPPINES ... so, korang boleh teka la kot dari nama ni, apa sebenarnya ... my dad is Sabahan, and my mom is Filipinos ....

so yes I am East-Malaysia-Philippines , muehehe ... dan Y-A-P tu pula? tu nama my dad lah .... korang jangan lah tanya, apasal nama my dad tu nama Cina? tu kena tanya my grandpa la pula ... rasanya orang Sabah ni, kalau dia suka nama tu, dia main letak jak bah, ndak kisah nama tu bunyi macam Cina ka, India ka, Western ka, Japanese ka ... sukahati letak kalau suka ...

Orang Mana?

mrs pip dilahirkan dan dibesarkan di Kota Kinabalu ... I am a city girl... memang bandar KK tu tanah tumpahnya kampungku ... mrs pip sekolah pun kat KK, dari sekolah rendah, sekolah menengah dan universiti ... kecuali time matriks jer lah, mrs pip buat matriks kat Subang ...  baru tahun ni 2017 mrs pip pindah duduk kat Membakut ikut mr.Husband...

so siapa asal KK? kita geng ... kot kot pernah nampak terserempak, tapi time tu tak kenal lagi la kot ... lepas ni kalau nampak mrs pip kat KK, jangan segan nak bertegur sapa ... manatau dulu2 kamurang ni junior mrs pip kat sekolah ...

Sejarah Berblogging

mrs pip berblogging ni start tahun 2008 kalau tak silap ... dulu berblogging ada niche, makanan dan kesihatan ... time tu memang mrs pip obses sangat dengan healthy food, so semua nak cerita kalau boleh, tapi end up blog tu terkubur begitu sahaja. kemudian, tukar niche lagi, delete semua entry .... mrs pip berblog pula dgn niche hiburan , aiseh I was a big fan of K-Drama bah ... jadi semua drama nak buat review ... kemudian blog tu pun berkubur juga selepas berkahwin pada tahun 2012.

psstttt, I still a big fan of Park Shin Hye, Jang Keun Suk, Lee Seung Gi, Ko Hye Sun, Lee Min Ho, Suzy, and few others ...

blog mrspip dot com ni sebelum bertukar domain pada bulan 28 Ogos lalu, menggunakan url sukasukasurirumah dot blogspot dotcom, nama blog tu diberi oleh mr.Husband. dan tujuan berblog pada asalnya hanyalah untuk kongsikan perjalanan mrs pip sebagai seorang mommy dan surirumah ...  kononnya, blog ni mcm ala-ala diari kehidupan lah gitu...

apapun, blog mrspip dot com ni masih mengekalkan mommy blogger, tapi adalah tambah cerita cerita lain juga, bukan hal anak anak semata mata sahaja ... hope readers / audiences kat luar sana mendapat informasi berguna sedikit sebanyak hasil perkongsian penulisan mrs pip yer ...

and thanks a lot selalu lawat blog mrs pip, dan follow blog kecil mrs pip ni, sayang korang semua ...

I love my life ; past & present

kalau korang baca kat 'about' section, korang tau la kot mrs pip ni dulu bekerja, dan mrs pip juga sukakan laut. dulu sebelum kawin, mrs pip pernah bekerja sebagai qaqc engineer dan juga consultant/resource personnel. selepas berkahwin dan disahkan hamil, dan kebetulan kontrak mrs pip pun sudah dipenghujungnya, mrs pip mengambil keputusan untuk 'berehat' dari alam pekerjaan dan menjadi surirumah sepenuh masa aka stay at home mom.

Ianya keputusan yang diambil selepas berfikir panjang dan mrs pip tidak pernah menyesal berhenti dari alam pekerjaan, dan sekarang alhamdulillah berasa gembira dan selesa berada di rumah.

sejak memiliki our two naughty little critters; lil' Iman and lil' Amin, mrs pip terpaksa 'bersara' dari melakukan aktiviti diving, snorkeling dan swimming ... alahai, rindu sangat semua tu ... kalau dulu selalu sangat pergi pulau / laut, tapi bila dah ada anak, nak angkut budak berdua ni dgn barang2 lain, tanpa sebarang pembantu memang menyekat pergerakan .. so for safety reasons, kena tunggu anak anak membesar sedikit sehingga dirasakan sesuai untuk bawa mereka kembali ke laut T_T

banyak dah mrs pip membebel ni, panjang berjela jela dah ni ... korang ada soalan apa apa lagi tak nak tanya dekat mrs pip? ... nanti tanya kat ruang komen di bawah, insya allah mrs pip jawab ok ...

tu sajalah nak share kat korang, apapun thanks for reading, xoxo ...

Happy blogging everyone.

cheers.

Join Involve Asia now

11 comments:

  1. wow... minat drama korea... akak mmg tak tahu langsung pasal pelakon dan drama korea ni...

    Salam kenal... hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mrs Pip terjebak dengan You Are Beautiful mulanya, lepas tu start aaaa follow drama yang lain :))

      Delete
  2. Minat gak drama korea.. Baru taw pasal blog sukasukirumah ni mrs pip

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hi Cik Ash, thanks sudi bertandang di sini...

      Delete
  3. wahhh..salute..

    dari seorang "engineer" tetiba melupakan semua untuk jadi surirumah.. tak semua orang sanggup tu.. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hi Juls, memang tak mudah nak tinggalkan alam pekerjaan,
      tapi rasa sayang pula nak tinggalkan anak anak kat nursery :((
      I is lemah bab yang tu ...

      Delete
  4. Nama yang unik dan ada maksud tersendiri.
    Tahniah. kita kena bangga dengan nama kita.

    ReplyDelete
  5. assalamualaikum... lama aida x terjah sini, mrspip.
    nice knowing u.
    kalu aida nak ke KK, boleh la minta tips jalan-jalan dgn mrspip ye :)

    ReplyDelete
  6. Wow. Panjang lebar jalan ceritanya. Apa apa pun, good luck.

    ReplyDelete
  7. Thanks kak pip sebab join segmen saya. Saya suka nama kak pip tu. Unik.. EM-PHI...ada maksud tersendiri rupanya. Actually, saya pun ingat kak pip is cina. Hahaha.. Cina masuk muslim bah. K kak pip, saya baru ja ada masa check dan baca peserta segmen. sorry sebab lambat.

    ReplyDelete
  8. Awa datang dr segmen yg sama :D Luv u MRS PIP

    ReplyDelete