hi there, selamat pagi semua. dah sarapan belum? kalau dah, korang sarapan apa pagi pagi ni? mrs pip sarapan bersarapan ringkas saja, tapi cukup mengenyangkan; sardin roll. siapa suka makan sardin? kalau suka makan sardin, bolehlah cuba resepi ringkas sardin roll mrs pip ni. tapi resepi ringkas sardin roll ni mrs pip buat ikut suka hati mrs pip tau, selera masing masing kan ...
Resepi ringkas sardin roll |
Resepi ringkas sardin roll |
250 gram tepung,
1 tin sardin,
air sejuk
50 gram mentega,
1 biji bawang besar,
2 ulas bawang putih,
garam secukupnya,
sedikit air asam jawa
sedikit sos tiram
Resepi ringkas sardin roll |
1/mula mula kena sediakan doh dulu ... gaul tepung dan mentega bersama, kemudian masukkan air sejuk sedikit demi sedikit sehingga menjadi doh tadi tidak melekat di tangan, kira macam kalau buat bola bola tu, doh tu tak lekat kat tangan ...
2/ buat bola bola kecil. agak agak saiz yang tidak terlalu besar tidak terlalu kecil, boleh lipat selepas sardin dimasukkan nanti ... letak tepi sekejap.
3/ toskan air sardin dan hancurkan sardin di dalam mangkuk.
4/ cincang bawang putih dan bawang besar.
4/ panaskan minyak di dalam kuali dan tumis bawang putih dan bawang besar sehingga naik bau, masukkan sardin dan tambah sedikit air asam jawa (untuk hilangkan bau hanyir sardin), masukkan garam dan sos tiram secukupnya ... kalau yang suka sardin pedas, tambahlah hirisan cili padi atau sedikit cili boh ... dah siap, letak tepi.
5/ gelek bebola doh yang kecil tadi untuk dileperkan. kemudian letak satu sudu besar sardin yang ditumis tadi (jumlah sardin mengikut kesesuaian saiz doh) di atas doh yang sudah dileperkan.
6/ ikut kreativiti masing masing, lipat doh tadi kemas kemas sehingga sardin dibungkus sepenuhnya dengan elok.
Resepi ringkas sardin roll |
8/ dah siap goreng, bolehlah menjamu selera.
bon apetit!
macam mana? senang tak nak siapkan sardin roll ni? tu saja kongsi simple recipe yang tidak seberapa dari dapur mrs pip ... makan panas panas, memang best sambil layan drama kegemaran.
cheers.
Dapatkan ilmu-ilmu bermanfaat dengan mudah di telegram:
Info Ibu Hamil
Info Resepi
Info Motivasi
Jom Join Juga Tukar Komen Blog Untuk Bloggers
16 Comments
Wah..Sedapnya nmpk..Boleh try nih..Huhu
ReplyDeleteboleh try ... mmg senang.
Deletebawang besar yang di maksud ini yang mana mbak,..bawang merah ?
ReplyDeletebukan bawang merah.... bawang besar yang kulit kaler brown tu ...
Deletekalau nak guna bawang merah, better guna bawang bombay ...
nampak senang nak buat kalau ikut resepi ni..boleh try nnt , thanks share :)
ReplyDeletecuba try,mmg senang nak buat.
Deletewah sedapnya
ReplyDeleteSimple tapi menyelerakan. Boleh lah ana cuba nanti :)
ReplyDeleteMcm senang jugak. Tp kalau cikla pakai roti putih tu Hehe. Btw, good sharing. Nanti boleh try.
ReplyDeleteRajin akak buat doh. Selalu ira buat sardin roll guna roti (canai nipis) je heheh nampak jugak la malasnya kat sini
ReplyDeleteyes. sama dgn aida.
Deletetak buat doh pun.
just gelek kan roti gardenia :)
Sedapnya. Fav mama ni
ReplyDeleteDapnya.. selalu makan popia sardin ja.. Mau try la ni
ReplyDeleteMorning... dah breakfast dah cuma bukan sardin roll aje hehehhe...
ReplyDeleteRajin Mrs. Pip kongsi resepi. Nampak mudah nanti nak try juga.
Eh! seketika tak singgah sini banyak sungguh yang dah berubah.
Good job Mrs. Pip ;-)
resepi mudah..boleh try ni, tambah idea baru utk bfast
ReplyDeleteMrs pip.. Hantar kat sha sikit.. Hehehe..
ReplyDeleteTerima kasih melawat blog Mrs Pip, dan sila komen dengan berhemah. Live link tidak dibenarkan di ruang komen.