Sambut Hari Merdeka , Iman Pakai Kurta

hi there, yeah, merdeka merdeka merdeka .... hari ni hari kebangsaan yang ke 60 negara kita Malaysia ... dah 60 tahun merdeka! alhamdulillah, syukur ke hadrat ilahi, kita masih bernafas di bumi Malaysia yang penuh dengan kemakmuran dan kedamaian ...

korang buat apa hari ni? since cuti umum hari ni, maybe ramai yg ambil kesempatan utk bercuti, kebetulan esok pun still public holiday, sambut hari raya aidiladha pula ... lepas tu sambung lagi sabtu dan ahad 😀 ... selamat bercuti kepada yg dapat bercuti, dan yg bekerja, semoga korang happy masuk kerja ... don't stress2 ya ...

kurta hari merdeka

playschool lil' Iman pun celebrate Merdeka Day juga ... mrs pip buatkan lil' Iman baju merdekw ala-kurta ... beli bendera malaysia sehelai, hantar kat tukang jahit, bayar rm10 ... selang sehari, baju dah siap .. gembira sangat lil' Iman dapat pakai baju merdeka tu bersama sama kawan kawan lain ...

sambut hari merdeka 60

ni lil' Iman and all his friends at the playschool ... tema baju mereka ialah merdeka / traditional costume wear ... ramai yg sarungkan baju merdeka pelbagai design, dan ada few yang memilih pakaian kebangsaan / tradisi such as baju melayu, baju kurung, samfu, sari, dan baju kadazan .... semua nampak cute sangat budak2 ni ...

jangan tak tau, semua kanak kanak dinilai pada hari tu oleh para juri (cikgu cikgu ler), untuk memilih pakaian merdeka terbaik mengikut setiap kategori umur ... tapi lil' Iman tak menang kategori pakaian merdeka ni, mmg ramai budak lain yg design baju mereka gempak giler , really kreatif la parents mereka buatkan baju merdeka tu .... I is terpegun ...

sambut hari merdeka 60

yang ni bergambar kenang kenangan bersama cikgu cikgu mereka ... selain pertandingan pakaian merdeka terbaik, ada juga pertandingan kuiz merdeka antara kumpulan ... parents kat playschool lil' Iman ni, memang dah dibahagikan kepada 4 kumpulan mengikut warna ... mcm mrs pip ni kump. biru .. so setiap kali ada aktiviti yg melibatkan ibubapa, dah tau dah kita kumpulan mana ...

sambut hari merdeka 60
ni yang busy dok mengoogle ni bershawl orange ni, mama icha,
nak cari jawapan lah tu , huahuahua ...

boleh tahan juga soalan dari cikgu cikgu ni .... kumpulan mrs pip dapat tempat ketiga, muehehe .... mmg nampak sgt pengetahuan kitorang bab merdeka ni cetek 😠😠😠 .... salute kumpulan kuning yang menang kuiz merdeka tu ...

Ni antara soalan kuiz merdeka hari tu, ada yang mrs pip dah lupa ....

1. Di manakah sambutan merdeka diadakan utk pertama kalinya?
2. Berapa kalikah laungan Merdeka dibuat ketika hari kemerdekaan tanah malaya?
3. Pada tahun bilakah Malaysia dibentuk?
4. Apakah maksud warna bendera Malaysia?
5. Apakah maksud warna bendera Sabah?
6. Siapakah ketua menteri pertama negeri Sabah?
7. Siapakah nama Agung sekarang?
8. Siapakah nama Sultan Terengganu sekarang?
9. Berapa buah daerahkah di Sabah?
10. Namakan semua nama perdana menteri Malaysia sehingga sekarang?
11. Siapakah nama TYT Sabah sekarang?
12. Apakah tema hari kebangsaan tahun ini?

ada yg memang senang untuk dijawab, ada yg agak susah kan...

sambut hari merdeka 60

eh, ni gambar apa pula kat atas ni? ... muehehe .... enter-frame kejap ... sebelum sambutan merdeka kat playschool lil' Iman, setiap kumpulan dibahagi-bahagikan kerja untuk menjayakan hari merdeka tu ...

mcm kumpulan mrs pip ni, kena warnakan bendera malaysia yang bahagian biru dan kuning sahaja, yang group merah kena warnakan jalur merah, dan kalau tak silap group merah juga kena lukis keseluruhan bendera malaysia tu ...

group kuning and group hijau ada task lain, yang ni mrs pip tak sure sangat apa task group mereka ...

sambut hari merdeka 60
lil' Iman muka serius lah pula!

berjaya siap mengecat bendera ni, maka kitorang dapat 1 jam kredit .. selain tu, attend aktiviti hari merdeka kat playschool lil' Iman yang diadakan pada 21/7 tu pun, dapat lagi 1 jam kredit ...

bulan Ogos ni, memang berjaya kumpulkan 4 jam kredit , so happy la kan ... kalau tak cukup jam kredit, bermakna parents kena cari masa untuk buat aktiviti lain bersama anak anak kat playschool untuk cukupkan 4 jam kredit sebulan ...

jam kredit ni apa eh? ada yg bertanya .... nnt next entry mrs pip story yer ...

sambut hari merdeka 60

nampak tak bendera yng melintang kat pagar tu? ... tu lah bendera yang dibuat secara berjemaah oleh semua ... dan selepas aktiviti bergambar beramai-ramai kat dalam kelas, semua anak anak bergambar kat luar pula , bergambar bersama bendera yang parents buat T_T ...

gambar2 kat atas ni, mrs pip dapat dari perkongsian kat group wasap playschool lil' Iman ... thanks parents yg sharekan gambar2 awesome semua ni ... korang nampak tak lil' Iman buat apa? mak oiiiii, anak mommy ni! ni nak kena cubit telinga ni ... dah pandai flirting nampak ... *geleng kepala* ....

sambut hari merdeka 60
lil' Iman diapit oleh Safreena (kiri) dan Puteri (kanan)
Safreena ni sebaya lil' Iman, Puteri ni muda setahun dari lil'Iman

budak perempuan tu memang sweet and cute, nama dia safreena *kena bgtau nama, takut lepas few years terlupa nama bakal menantu kan* ... jangan main main, daddy safreena ni polis, habislah lil' Iman kalau buat jahat ...mommy safreena ni, ketua kumpulan biru kitorang, muehehe ... 

sambut hari merdeka 60
#cintamonyet
#kalaujadimenantuakusetujusaja

sambut hari merdeka 60
sesi bergambar bersama parents ...
mrs pip tiada, coz busy nak ambil gambar juga :))

habis aktiviti bergambar ni, parents ada aktivit menyanyi lagu merdeka bersama anak anak merdeka dan cikgu cikgu ... very patriotic everyone here ... semangat laung Merdeka Merdeka Merdeka ... 

sambut hari merdeka 60

lagu yang dinyanyikan ialah wajib NEGARAKU, kemudian SABAH TANAH AIRKU, lepas tu lagu all time feveret mrs pip 31 bulan Ogos nyanyian Sudirman Hj. Arshad, lagu rasmi playschool PERMATA, lagu SEHATI SEJIWA ... dan juga bacaan ikrar oleh adik Wawa ...

sambut hari merdeka 60
adik wawa bersedia untuk membacakan ikrar MAKA KAMI 
cute adik wawa ni baca ikrar, serius dia boleh ingat baca ikrar tu, relax jer kan ...
kiri tu mummy wawa, yang kanan tu cikgu rozie 

ok lah, last but not least .... yang ni apa pula ni? ... time sambutan hari merdeka tu kan, semua parents mengikut kategori umur diberikan task secara berkumpulan ... task wajib disiapkan tau, kalau tak siap potong jam kredit nanti ...

sambut hari merdeka 60

untuk parents 4 tahun, kena siapkan logo lengkap hari merdeka 2017... tapi hari tu, kitorang cuma sempat melukis logo tu saja, nak mewarna ambil masa pula ... so, lepas sambutan hari merdeka tu, few days later, kitorang siapkan bab mewarna tu ...

since tak semua parents dapat datang atas sebab tak dapat dielakkan, cuma mrs pip & mama anem saja yg available untuk mewarna, maka siaplah juga task kitorang, walaupun tak seberapa cantik hasil mewarna kitorang ni, tapi better la kan than nothing T_T ...

sambut hari merdeka 60
yang berbaju merah ni mumy afif
tu baby dia, nama Zuyin, 11 bulan ...
yang pakai baju tentera tu la afif ..

selesai sambutan hari merdeka petang tu, ada jamuan makan ringkas ... semua keluarga yang hadir, dibekalkan 3 tapau berupa kueh teow dan bihun ...

makanan ni disediakan oleh 4 keluarga yang dipilih oleh cikgu; iaitu keluarga afif, keluarga mrs pip, keluarga adira, dan keluarga jiha ... selain tu, AJK Jamuan menyediakan air kordial ...

walaupun acara sambutan hari merdeka ni agak simple, tapi mrs pip sangat happy dapat celebrate hari merdeka bersama lil' Iman dan anak anak yg lain, juga bersama semua parents kat playschool lil' Iman ...

aktiviti sebegini memupuk semangat perpaduan dan mengakrabkan hubungan silaturrahim ...

dan kepada semua rakyat Malaysia, SELAMAT HARI MERDEKA.

cheers.

Post a Comment

7 Comments

  1. Wah... Meriah betul sambutan tu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. seronok sambutan merdeka day kat playschool ni ..
      anak2 pun mcm2 jenis fesyen baju ada ...

      Delete
  2. Cantik sangat kurta lil iman tu.. Bagus sebenarnya sambutan kemerdekaan ini dibuat untuk kanak-kanak seusia lil iman nie.. dapat menerapkan semangat kemerdekaan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. seronok juga Sha , kita ni pun terus buat homework pasal ada kuiz merdeka ...

      Delete
  3. meriah betul sambutan..tapi comel je pakai kurta merdeka tu..hehe

    ReplyDelete
  4. wauuu, macam-macam betul. siap warna bendera lagi parents nya and that quiz is quite hard! btw, comel nya kurta tu tapi tak menang jugak huishh, competition tinggi nau. safreena pon comeyy. #sayasetujujugakkak

    lawakla hashtags akak buat tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. rasa mcm kat sekolah menengah pula buat bendera ni ...
      safreena tu memang comel ...
      lagi 20 tahun akan dtg baru boleh pinang, now kena kumpul duit ler banyak2 nak pinang anak orang .. muehehe ...

      Delete

Terima kasih melawat blog Mrs Pip, dan sila komen dengan berhemah. Live link tidak dibenarkan di ruang komen.