Hari bersama haiwan dan beberapa aktiviti lain yang menarik di playschool lil'Iman

hi there,


setiap bulan di playschool lil'iman, ada saja aktiviti menarik yang dibuat bersama cikgu dan anak anak murid .... ada masanya, cikgu berkongsi gambar di whatsapp, yang selainnya kalau nak check full pics, kena tengok facebook ....

gambar di bawah ni ialah antara aktiviti harian / bulanan yang cikgu kongsikan di group whatsapp ... kalau boleh, nak saja minta cikgu kongsi aktiviti harian lil'iman setiap hari di sekolah melalui whatsapp, tapi segan la pula 😂 ...


biasanya, aktiviti harian ni cuma melibatkan cikgu dan anak murid, tapi kalau aktiviti bulanan yang dirancang ketika setiap kali dalam mesyuarat bulanan ibubapa dan pendidik, yang ni akan melibatkan ibubapa untuk hadir ke sekolah 😀, dan yang pasti sesiapa yg hadir akan dapat 1 jam kredit .....


kalau bulan Jun hari tu kita berpuasa, so aktiviti agak terhad, but still cikgu cikgu berusaha untuk adakan aktiviti ... aktiviti bulanan bulan Jun bersama ibubapa ialah majlis iftar dan sembahyang terawih di sekolah ... malangnya mr.Husband outstation, dan lil'armies pula sakit, so family mrs pip tak dpt join .... dapat 2 jam kredit sesiapa yg attend majlis tu ...

untuk bulan July pula, ada dua program, satu MAJLIS RAYA ... yang ni mrs pip ada kongsikan beberapa hari lepas, boleh KLIK DI SINI kalau nak baca entry terdahulu ... dan satu lagi program ialah HARI BERSAMA HAIWAN ... yang ni, semua murid diminta untuk bawa binatang ke sekolah ....

mrs pip hantar ayam telur seekor kat sekolah ... antara haiwan lain yang dibawa ialah beberapa jenis kucing, ayam jantan, arnab, beberapa jenis ikan, dan belalang ... mula mula nak bawa tupai hitam, mak mertua dah siap masuk dalam kurungan, tapi sehari sebelum nak bawa tu, tupai hitam tu mati sakit ... nak bawa monyet, tapi kurungan monyet tu besar, tak muat masuk dalam kereta 😢 ... so bawa ayam telur sajalah ....


selain tu, sebelum HARI BERSAMA HAIWAN hari tu, ada pemeriksaan gigi di playschool lil'iman ... gambar ni diambil oleh cikgu Rozie ... semua anak anak tak terkecuali untuk diperiksa gigi .. and thumbs up untuk semua anak anak, tiada seorang pun yang takut atau menangis, relax ja dorang kata cikgu ... gambar di atas ialah lil'iman dan hariz ketika sedang diperiksa gigi ....

tu saja antara serba sedikit perkongsian aktiviti di playschool lil'iman sepanjang jun-julai 2017 .... hope all the kids sentiasa happy datang sekolah, cuma lil' iman lately byk sgt cuti, kejap2 selesema ... hurm 😥😥😥 .... dan bila dpt selesema ni, mrs pip mmg tak bg lil'iman pigi sekolah, nnt tak pasal2 anak2 lain pun terjangkit sama ....

thanks for reading, xoxo

cheers.

23 comments:

  1. bestnya tadika banyak aktiviti. Budak-budak memang kena membesar dengan outdoor activities baru otak berkembang. Thumbs up sebab tak takut dengan dentist hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thanks Farhanna ... seronok budak budak kat Permata, kejap mandi kolam, kejap visit balai polis, kejap visit district library ... dulu dulu mrs pip tadika, aktiviti mcm ni kurang sangat ...

      Delete
  2. Bagus bila banyak aktiviti luar macam ni.
    Anak2 boleh belajar dari pengalaman apa yang mungkin jarang2 mereka alami.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya betul tu WP ... mcm anak mrs pip , lil' Iman ni kan, dia tak pernah lagi nampak arnab sebenar, so time hari bersama haiwan tu, classmate dia bawa arnab, happy lil' Iman, and now dia dah kenal dah arnab tu mcm mana ...

      Delete
  3. Bestnya beraktiviti bersama anak anak....oh yer..kredit kredit tu untuk apa yer

    ReplyDelete
    Replies
    1. budak budak ni seronok setiap kali ada aktiviti yang lain dari yang biasa dorang buat kan ... yang kredit kredit tu mcm markah untuk parents, kalau parents join aktiviti yang diwajibkan, so dapatlah jam kredit ...
      kalau parents tak join aktiviti wajib ni, nnt kena penalty, kalau mmg tak reti reti juga nak melibatkan diri dalam setiap program sekolah, nnt dapatlah surat amaran or kena hantar surat tunjuk sebab ...
      sebulan, mmg kena collect 4 jam kredit , wajib ..so meaning, sebulan tu mmg ada 4 kali penglibatan parents untuk aktiviti sekolah ...

      Delete
  4. Bagusnya playschool ni. Budak-budak pon dapat belaja dari awal tak payah takut dengan binatang. Adik saya masa kecik dulu cukup takut dengan kucing. Btw kak terharunya akak letak kat sidebar akak. Thanks!!

    Saya dah edit balik dah dan sekarang dah buat page untuk bloglist ni, nama akak pon dah boh tapi takdak tahun lahir haha.

    again, thanks kak!

    ReplyDelete
    Replies
    1. HI Afifah ... tu lah kan, kita dulu tadika, tiada aktiviti mcm ni ...
      nowadays, cikgu2 sangat kreatif buat mcm2 aktiviti menarik T_T
      hope berjaya collect list of blogger utk buat database tu :)

      Delete
  5. Replies
    1. budak budak kan, sentiasa excited bila ada benda2 mcm ni T_T

      Delete
  6. seronoknya aktiviti-aktiviti budak-budak ni...

    psstttt jemput join http://www.mialiana.com/2017/08/segmen-blogwalking-merdeka-2017.html

    ReplyDelete
    Replies
    1. hi mia ... ok, nnt insya allah akan join segmen mia ni.

      Delete
  7. Hari bersana haiwan tu bagus sangat. Pelu didedahkan. Kalau tidak nanti ada yg tak tau ayam tu rupa dia macam mna. Maklumlah cara hidup sekarang. Dulu boleh nampak ayam berselerak kat tepi jalan.

    ReplyDelete
  8. Bagusnya banyak pendedahan dekat budak budak ni. This makes me miss my childhood tho.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau lah boleh kembali ke zaman lalu kan Ee....

      Delete
  9. Bestnya hari bersama haiwan. Macam mana tangkap tupai tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ala, saya pun tak tahu nak tangkap tupai ...
      mak mertua saya pasang perangkap kat pokok ...

      Delete
  10. Seronok bila tengok aktiviti yang dijalankan, sekurang-kurangnya anak-anak lebih mengenali haiwan-haiwan dengan secara lebih dekat lagi.. =)

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu shikin, boleh kenal haiwan dgn lebih dekat T_T

      Delete
  11. dental checking pun ada yea...bagus playschool ni

    ReplyDelete
  12. Bagusnya buat aktiviti begini.. Siap libatkan mak ayah.. Memang terbaik..

    ReplyDelete

Powered by Blogger.