Antara TIPS bicara bersama anak kecil agar si anak mendengar kata

hi there, TIPS bicara bersama anak kecil agar si anak mendengar kata ... sebenarnya, bukan mudah nak anak anak faham apa yang kita nak dari mereka. sebenarnya, bukan mudah juga bagi kita ni mak mak surirumah nak dengar kemahuan anak-anak kan. ada masanya, kita nak menang, ada masanya anak anak kita pula nak menang. haha.

one thing for real, sebagai mak, kita kena kawal emosi kita dengan baik. kalau anak tu macam tak nak dengar cakap kita, kena cari jalan untuk mereka dengar apa yang nak kita sampaikan. ada masa, hal hal kecil pun boleh buat emosi kita memberontak dan anak anak jadi sasaran kemarahan kita.

jom mak mak semua, kita usaha untuk perbaiki kemahiran komunikasi kita bersama anak anak kecil kita. semoga tips bicara bersama anak kecil agar si anak mendengar kata ini bermanfaat untuk semua.

TIPS bicara bersama anak kecil agar si anak mendengar kata
TIPS bicara bersama anak kecil agar si anak mendengar kata

1— Jika melihat anakmu menangis, jangan buang waktu untuk mendiamkannya. Cuba tunjuk burung atau awan di atas langit agar dia melihatnya, dia akan terdiam. Kerana psikologi manusia saat menangis, adalah menunduk.

2— Jika ingin anak-anakmu berhenti bermain, jangan berkata: "Dah, sudah main, stop sekarang!". Tapi katakan kepada mereka: "Main 5 minit lagi yaaa". Kemudian ingatkan kembali:"Dua minit lagi yaaa". Kemudian barulah katakan:"Dah, waktu main sudah habis". Mereka akan berhenti bermain.

3— Jika anak-anak sedang bertelingkah atau menyebabkan keadaan riuh di sesuatu tempat, dan engkau ingin mengalih perhatian mereka, maka katakanlah: "siapa yang mau mendengar cerita ibu? angkat tangan..". Salah seorang akan mengangkat tangan, kemudian disusul dengan anak-anak yang lain, dan semuanya akan diam.

4— Katakan kepada anak-anak sewaktu mahu tidur:"tidur sayang.. besok pagi kan kita sholat subuh", maka perhatian mereka akan selalu ke akhirat. Jangan berkata: "Jom tidur, besok kan sekolah", akhirnya mereka tidak sholat subuh kerana perhatiannya adalah dunia.

5— Nikmati masa kecil anak-anakmu, kerana waktu akan berlalu sangat cepat. Kenakalan dan kekanak-kanakan mereka tidak akan lama, ia akan menjadi kenangan. Bermainlah bersama mereka, tertawalah bersama mereka, berguraulah bersama mereka.

6— Tinggalkan HP seketika, dan matikan juga TV. Jika ada teman yang menelefon urusan tak penting, katakan:"Maaf, saya sedang sibuk dengan anak-anak". Semua ini tidak menyebabkan jatuhnya wibawamu, atau hilangnya keperibadianmu.Orang yang bijaksana tahu bagaimana cara menyeimbangkan segala sesuatu dan menguasai pendidikan anak.

Selain itu, jangan lupa berdoa dan bermohon kepada Allah. Dengarkan doa kita didepan anak-anak supaya mereka tahu betapa pentingnya mereka pada kita.

mrs pip mengaku, mendidik anak anak sangat mencabar kesabaran. ada masanya kesabaran berganti dengan tekanan emosi, huh! memang stress .... tapi bila difikir balik, anak anak inilah yang sentiasa membahagiakan hidup kita ... carilah cara atau teknik yang sesuai agar anak anak ini mendengar bicara kita ....

p/s: copy paste dari group whatsapp ... semoga bermanfaat

have a nice Friday, everyone ...

cheers.

Post a Comment

17 Comments

  1. assalammualaikum. ju dtg melawat lepas da brapa lama offline blog =) rindu dtg baca entry dekat sini =D semoga sis pip dan kluarga sntiasa sihat hendaknya ..amin ya rabb =)


    ju sgt stuju dgn statemnt sis, mbesarkan anak dalam era skrg ni sgt mcabar dan bukan ssuatu yang mudah. namun mlihat pbesaran mereka depan mata, salah satu anugerah terindah =) insyallah

    ReplyDelete
  2. A really good and useful information memandangkan sudah ada anak sendiri ni...

    http://panphila.blogspot.my

    ReplyDelete
  3. boleh try nih ikut tips nih..haha..

    ReplyDelete
  4. Selalu gak apply tips bg masa tu. Mmg berkesan utk ank2 sy

    ReplyDelete
  5. Wah menarik. Sangat berdiplomasi dengan anak-anak. Saya perasan macam mana kita treat anak kecil, begitu juga mereka treat kita. Kalau kita berkasar, anak kecil tiru dan berkasar semula kat kita.

    Tapi kalau berlembut dan berdiplomasi macam tips Mrs Pip share ni, diorang pun boleh berlembut.

    Thanks sharing Mrs Pip.

    ReplyDelete
  6. Tips yang ohsem.. Bolehlah Sha cuba nanti..

    ReplyDelete
  7. Banyak mana pun kita membaca, tapi jika x diamalkan, kita x tahu apa kesannya. Kadang-kadang apply tips tu, tapi x jadi.ahahahaha

    ReplyDelete
  8. Terima kasih. Informasi yg sangat berguna.. Insya Allah, AM akan amalkan agar anak2 menjadi insan yg berjaya dunia akhirat..

    ReplyDelete
  9. anak akak semuanya 5 orang, semua ada pelbagai ragam dan peel. memang sebagai ibu bapa kena pandai baca karakter anak dan cara nak layan diorang. tapi jangan bezakan setaip anak tu, sebab masing masing ada kelebihan masing2.

    ReplyDelete
  10. Wah. Tq for sharing. Banyak kena amalkan dekat anak2. Supaya mereka positif , tenang, membesar dengan cerdik, jadi anak soleh. Tapi tulah, kadang2 kita lupa jugak. Kena tengok selalu post entry mcm ni untuk ingatkan

    ReplyDelete
  11. Bagus tips ni, sekarang mudah snagat jadi naga haha aduh paling penting kena banyakkan sabar

    ReplyDelete
  12. Terima kasih atas perkongsian yg sgt penuh dgn ilmu ini. In shaa Allah akan ingat dan amalkan apa yg ditulis kelak.

    ReplyDelete
  13. Terima kasih sis pip share info yg sgt2 berguna utk parents praktikkan. Setuju sgt mmg zaman skrg sgt mencabar nak membesarkan anak. Moga Allah kurniakan kita kesabaran dlm membesarkan anak agar dpt menjadi hamba Allah yg terbaik...

    ReplyDelete
  14. Tips yg sangat bagus Mama Pips.. kadang2 kita terlepas pandang perkara macam ni.. bila cakap anak tak dengar.. kena tukar cara baru anak-anak mudah ikut.. tips yg baik sgt utk ibu bapa..

    ReplyDelete
  15. alhamdulillah , bagusnya ...dah lama tak praktikkan ...kena buat balik nih...srtikel macamni akak suka share sebab biar ramai yang tahu...good one

    ReplyDelete
  16. Hehehehe... Kadang dah ckp lembut, taknak dengar, makan keluar lasuar yang menakutkan.. Hahaha.. Anak-anak ni banyak ragam.. Kene taubperangai depa..

    ReplyDelete
  17. huhu. biasanya kita turut tambah riuh tu. kadang mental ibu pun tak kuat dek tekanan kerja dan kelesuan rutin harian. diharapkan anak tak koyak emosinya dan semoga ibu dapat memperbaiki kesilapan dalam mendidik anak anak.

    ReplyDelete

Terima kasih melawat blog Mrs Pip, dan sila komen dengan berhemah. Live link tidak dibenarkan di ruang komen.