Aktiviti berkebun bersama lil' Amin; kutip hasil tani dari kebun kecil mrs pip

hi there,

Hello August! cepatnya masa berlalu .... dah masuk bulan 8 dah tahun 2017 T_T cerita pembukaan bulan ni, jom lihat hasil tani dari kebun kecil mrs pip :) .... hari tu pokok timun dah berbuah, dah boleh petik. gembira hati mrs pip, nanti boleh buat acar jeruk timun ... lepas hantar lil' Iman pergi sekolah pagi tu, balik rumah terus masuk kebun sekejap nak petik timun tu sebelum menjadi mangsa monyet2 liar ... bawa lil' Amin masuk kebun sekali, nasib baik tak banyak sangat nyamuk pagi tu ... muka budak Amin yang sedikit cuak takut nak pegang timun T_T


timun yang berjaya dipetik, ada dua biji ... sebiji pass bagi kat mak mertua T_T ... tak larat nak habiskan sorang sorang .... dan lepas tu nampak pula dua biji petola kampung .... dah cukup besar untuk dipetik ... jadi, haruslah kita petik juga, nnt jadi mangsa monyet liar ... mrs pip tak kisah kalau monyet2 tu nak makan, tapi monyet2 ni bukan nak makan mana pun, just nak main rosakkan tanaman :( ...

ada sayur kampung, orang kampung panggil kendula ... hari tu singgah Giant, ada juga jual sayur ni, nama tertera kat plastik sayur tu Gandula ... mrs pip tak sure panggilan sebenar sayur ni ...  sayur ni korang panggil apa? ... biasanya mrs pip masak tumis dengan bawang putih dan telur campur kicap dan sedikit sos tiram ...


selain petik timun dan petola, kebetulan bendi menjadi ... dapatlah 6 batang bendi, tak banyak mana pun, tapi bolehlah buat simpanan untuk makan keesokan hari ... buah naga pun ada hasil juga, dapat sebiji ... yang ni buah naga putih ....

walaupun hasil kebun tak banyak mana, tapi bolehlah untuk bekalan sayur beberapa hari ... kekadang, sampai seminggu bekalan sayur tak putus-putus, semuanya hasil tani dari kebun yang mr.Husband tanam, jimat juga duit dapur nak beli sayur kat pasar, moreover tanam sendiri ni memang bebas racun ... organik gitew :)

nak tahu aktiviti kebun lil' Iman dan lil' Amin, bolehlah klik link di bawah :-

Aktiviti berkebun bersama Lil' Iman & lil' Amin berkebun; jom siram sayur dan si kerbau yang jinak T_T


Aktiviti berkebun bersama lil' Iman & lil' Amin ; what a beautiful experienced for the kids T_T


Let's gardening : teaching lil' Iman the name of the plants


'Knowing the nature' bersama lil' Amin


Let's feed the chicken by lil' Iman


cheers.

8 comments:

  1. Wahhh..Bestnya berkebun..Saya kalo blk KB mesti serbu kebun jgk sebab nk tgk buah kedondong..huhu

    ReplyDelete
  2. rajin mrs pip berkebun, kalau ada tanah, memang seronok kan? boleh tanam ape je...

    ReplyDelete
  3. RAJIN BERBUDI KPD TANAH HASIL MELIMPAH

    ReplyDelete
  4. waahhhhh meriahnya hasil kebun !
    comel kemain lil amin masuk kebun hehe

    salam kenal,
    Anamizu :)

    ReplyDelete
  5. Bestnya....mesti banyak experience si kecil tu...teruja dia gihihi

    ReplyDelete
  6. best dapat berkebun ni, kira bagus sangat da tu boleh buat bekalan sayuran untuk seminggu. kalau akak nak berkebun kena tanam dalam pasu sajalah. teringin juga nak menanam nanti

    ReplyDelete
  7. Seronoknya berkebun. Paling best time menuai hasilnya 😊

    ReplyDelete
  8. Berbudi kepada tanah, hasilnya lumayan dan segar kan..

    ReplyDelete

Powered by Blogger.