Lepak raya bersama abang + adik

hi there,

raya ke-3 hari tu, mrs pip kluar melepak dengan second abang and his wife, dan adik bongsu kitorang. since adik bongsu ni kerja di Johor, so memang sukar nak jumpa, tapi once balik bercuti, rajinlah dia nak lepak2 dgn mrs pip.

dulu dulu before mrs pip kawin, adik bongsu ni kaki bodek, tapi dah nama adik bongsu kan, so kakak mithali mcm mrs pip ni *angkat bakul* rajin ja layan karenah budak sorang ni ... kalau dulu kerja dia asyik nak 'paw' kita kan, so kali ni kita ramai ramai 'paw' dia pula ..muehehe ...


kitorang semua ni jenis kurang gemar makan di luar, so bila tanya nak makan kat mana, semua no idea langsung! kalau fast food, dah bukan selera kitorang dah, zaman fast food tu dah berlalu pergi. fikir punya fikir kan, last last kitorang decide jumpa kat Karamunsing Capital.

p/s: teringat kawan2 bloggers iftar bersama hari tu kat Bie's Kitchen, so nak trylah juga makan kat sana, tapi kitorang terlupa, hey it's Raya lah, memang banyak sangat restoran tutup ... tapi since dah sampai karamunsing capital tu kan, n malas n kluar cari tempat lepak lain, so end up cuma ada pilihan makan kat The PepperMint , sajian ala Vietnam. layan sajalah!

mula-mula abang cakap lepak saja lah kat rumah dia kan, so boleh kakak ipar masak masak, tapi I is tak nak susahkan mereka, moreover nak juga suasana lain sedikit, takkan asyik lepak kat rumah ja kan, so tu yang tercetus idea melepak makan kat luar ... lucky The PepperMint time tu tak ramai sangat pelanggan, so rasa selesa melepak kat sana, suasana restoran tak bising n tak crowded.

sambil makan sambil cerita sambil layan budak kecil dua orang, lil' Iman and lil' Amin ... since kitorang jarannnnnnnggggggggggggg sangat jumpa, abang tu busy dgn kerja + buat part time kerja, yang adik sorang ni kerja kat Johor, so balik cuma sesekali, and now mrs pip pun dah tinggal kat Membakut + anak pun dah sekolah, so nak jenjalan tu mmg terhad lah sgt, moreover mr.Husband pun kerja tak tentu waktu ... I'm glad we have Raya, waktu raya mcm ni lah baru dapat lepak lama lama ...

Yang baju tshirt putih tu is my abang, sebelah tu is my sis in law,
then yang budak baju hitam tu is our forever adik kecik ...

kat The PepperMint ni, makanannya agak sweet sweet rasa manis manis ... mrs pip dah few times makan kat The PepperMint ni dulu time still bekerja, mmg stick dengan beef stew with rice, malam lepak dengan dorang ni pun, semua makan roasted chicken + rice, mrs pip sorang je lah yg layan beef stew ni :) ... muehehe.

mrs pip try juga spring rolls kat The PepperMint, tapi tak suka sangat, still prefer spring rolls kat Old Town tu ... kat sini ni, spring rolls tu diisi dengan tanghoon, mcm tak kena sangat lah ... tapi maybe sedap kat tekak korang, bukan kat mrs pip. selera masing-masing kan ....

hampir 2 jam setengah lah juga melepak malam tu ... cerita itu ini, saling update-mengupdate stories... ada berita happy, ada juga cerita unhappy ... mcm ni lah asam manis kehidupan kan ... The PepperMint pun dah nak tutup, so before kitorang kena halau, better la make a move dulu ... hehe.

anyway, thanks la to my adik bongsu yang blanja kitorang semua n siap bagi angpow kat lil' Iman n lil' Amin ... nextime raya, kita lepak lagi #teamlepakrayabersama

klik banner utk join
tarikh tutup 20/7/17

cheers.


10 comments:

  1. datang beraya sambil follow di sini.. ^^

    http://www.mohdnoorshawals.com/

    ReplyDelete
  2. seronok kumpul adik beradik ni, banyak story nak cerita...hehe

    ReplyDelete
  3. Semoga murah rezeki adik mrs pip. Seronok kan bila dpt kumpul mcm ji borak macam2.

    ReplyDelete
  4. Bila raya2 macam ni barulah dapat kumpul adik beradik.
    Tentu seronokkan.

    ReplyDelete
  5. seronok berkumpul ramai2 kan kak..kami thn ne berkumpul bfore raya jak..sbb kakak n abg jadi #teamrayarumahmertua

    ReplyDelete
  6. Mpy seronok kan dapat jupa adik Bradik, Dari dulu sehingga kini kau sentiasa jadi anak bulan dikelilingi oleh bapa bulan kan kan..now dah ada family pun Masih lagi jadi anak bulan walaupun dah ada gelaran mak mak

    ReplyDelete
  7. Meriahnyaaaaaa.... ramai2 mmg seronok..

    ReplyDelete
  8. Best sesekali dapat lepak bersama dan bertukar cerita. Lain bila bercerita depan dan dengan phone kan =)

    ReplyDelete
  9. Ye betul tu mrs pip.. Ada masa raya nie la nak berkumpul untuk yang jarang berkumpul.. Masa nielah nak lepak bersama..

    ReplyDelete

Powered by Blogger.