Mendambakan malam lailatul qadar

hi there,

semoga malam anda merupakan malam yang penuh keberkatan dengan pengisian ibadat yang penuh keihklasan mencari keampunan Allah SWT.


Hari-hari pada 10 malam terakhir Ramadan sesungguhnya memiliki kelebihan tersendiri berbanding dengan malam-malam lainnya. Pada malam-malam inilah umat manusia digalakkan untuk melipat gandakan amal soleh.
Dari Saidatina Aisyah r.a mengisahkan tentang Nabi Muhammad s.a.w pada 10 terakhir Ramadan;
“Adalah Rasulullah s.a.w apabila memasuki 10 terakhir Ramadan, Baginda menguatkan ikatan tali sarungnya (iaitu meningkatkan amalan ibadah baginda), menghidupkan malam-malamnya, dan membangunkan isteri-isterinya.”
Terdapat banyak kelebihan di 10 malam terakhir Ramadan, antaranya adalah malam Lailatul Qadar;

#1 – Mengapa Disebut Malam ‘Lailatul Qadar’?

Para ulama sepakat dalam menyatakan tentang nama ‘Lailatul Qadar’, antaranya:
#1 – Pada malam tersebut Allah s.w.t menetapkan secara terperinci akan takdir atas sesuatu selama setahun (dari Lailatul Qadar tahun itu sehinggalah Lailatul Qadr tahun yang akan datang), sebagaimana firman Allah s.w.t:
“Sesungguhnya Kami telah menurukan al-Quran pada malam penuh barakah (iaitu Lailatul Qadar). Pada malam itu didedahkan segala urusan (takdir) yang penuh hikmah”Surah ad-Dukhan:4
#2 – Disebabkan besarnya kedudukan dan kemuliaan malam tersebut di sisi Allah s.w.t.
#3 – Malam tersebut mempunyai pahala yang banyak untuk umat Islam.

#2 – Bilakah Terjadinya Lailatul Qadr?

Malam Lailatul Qadar hanya berlaku pada bulan Ramadan, iaitu pada salah satu dari malam-malam ganjil; 10 hari terakhir Ramadan dengan kehendak Allah s.w.t. Baginda s.a.w bersabda;
“Carilah Lailatul Qadar itu pada malam-malam ganjil dari sepuluh hari terakhir (bulan Ramadan).”Hadis Riwayat al-Bukhari

#3 – Keutamaan Malam Lailatul Qadar

#1 – Terkandung Kemuliaan
“Sesungguhnya Kami telah menurunkannya (al- Quran) pada malam kemuliaan (Lailatul Qadar). Dan tahukah kamu apakah malam kemuliaan (Lailatul Qadar) itu? Malam kemuliaan itu (Lailatul Qadar) lebih baik dari seribu bulan. Pada malam itu turun malaikat-malaikat dan malaikat Jibril dengan izin Rabbnya untuk mengatur segala urusan. Malam itu penuh kesejahteraan sampai terbit fajar.”Surah al-Qadr:1-5
#2 – Diampunkan Dosa
“Barangsiapa menegakkan solat pada malam Lailatul Qadar atas dorongan iman dan mengharap balasan (dari Allah), diampunilah dosa-dosanya yang telah lalu.”Hadis Riwayat al-Bukhari
#3 – Digandakan Pahala
Berkata para Ulama;
“Bahawasanya (pahala) amalan pada malam yang barakah itu setara dengan pahala amalan yang dikerjakan selama 1,000 bulan yang tidak ada padanya Lailatul Qadar. Seribu bulan itu sama dengan 83 tahun lebih. Itulah di antara keutamaan malam yang mulia tersebut.”
#4 – Turunnya Malaikat
Para malaikat turun ke bumi yang menunjukkan betapa mulia malam tersebut. Ini kerana para malaikat hanya akan turun atas tujuan dan perkara yang besar.
#5 – Malam Yang Penuh Kesejahteraan Sehingga Terbit Fajar
Allah s.w.t mensifatkan bahawa pada malam itu dipenuhi dengan kesejahteraan, iaitu sebagai bukti akan kemuliaan, kebaikan, dan barakahnya malam itu.

#4 – Tanda-Tanda Malam Lailatul Qadar

“Pagi harinya matahari terbit dalam keadaan tidak menyilaukan, seperti halnya bejana (yang terbuat dari kuningan)”Hadis Riwayat Muslim
“Lailatul Qadar adalah malam yang tenang dan sejuk (tidak panas dan tidak sejuk) serta sinar matahari di pagi harinya tidak menyilaukan.”Hadis Riwayat Ibnu Khuzaimah dan al-Bazzar
Lailatul Qadar adalah sebuah malam yang istimewa yang dikurniakan oleh Allah hanya dalam bulan Ramadan al-Mubarak. Oleh itu, sebagai umat Islam peluang emas itu tidak seharusnya dibiarkan berlalu sebegitu sahaja.
Bahkan, sebaiknya rebutlah dan cubalah sedaya upaya untuk meraih istimewanya malam yang lebih baik dari seribu bulan itu. Semoga segala keikhlasan kita dalam beribadah dipandang mulia di sisi Allah s.w.t.
https://tazkirah.net/ada-apakah-di-sebalik-malam-lailatul-qadar-yang-didambakan/

sekadar ingin berkongsi

cheers

Post a Comment

7 Comments

  1. Lailatul Qadar. Malam yang lebih baik daripada 1000 bulan.

    ReplyDelete
  2. semoga kita tergolong dalam golongan yang terpilih =)

    ReplyDelete
  3. thanks atas perkongsian ...

    ReplyDelete
  4. Semoga kita dapat bertemu dengan malam Lailatul Qadar, terima kasih atas perkongsian.. =)

    ReplyDelete
  5. Ada lagi ni peluang untuk merebut pahala lailatuqadr ni.. Terima lasih mrs. Pip atas perkongsian

    ReplyDelete
  6. Tinggal 3 hari je lagi.. semoga kita memperolehinya..

    ReplyDelete

Terima kasih melawat blog Mrs Pip, dan sila komen dengan berhemah. Live link tidak dibenarkan di ruang komen.