Cerita Komuniti 'Our Sabahan Blogger'

hi there,

selama berblogging ni, memang tak tahu pula ramai juga Sabahan jadi blogger .. seingat mrs pip, blogger unnianje buat entry mencari Sabahan blogger kalau tak silap, bersama blogger jun-zie, so dari sana mrs pip join sekaki buat entry nak promo Sabahan Blogger ni ...

tak lama kemudian, unnianje masukkan mrs pip dalam Sabahan Blogger whatsapp group ... baru tahu rupa-rupanya ramai juga Sabahan yang menjadi blogger cuma saling tak kenal antara satu sama lain ...

official logo

mrs pip very proud with all of them, bila cakap eh, why not kita buat logo for Sabahan Blogger Community kan, wah memang cepat dan pantas tangan tangan mereka mendesign dan mengedit sehingga terciptalah logo rasmi untuk Sabahan Blogger ...

dan dengan menggunakan tagline 'DI BAWAH BAYU KAMI BERSATU', memang sesuai sangat ....

dan group whatsapp memang sentiasa aktif, ada saja perkara yang dibualkan di dalam group, bukan tu saja, ahli jemaah nya pun sangat tak kedekut ilmu kalau kita tanya bab bab berblogging ni ... jgn cakap bab bab blogging ja, hal hal lain pun, asal tanya ja, mesti dapat reply yang pantas! caya lah korang semua, the best! ....

buat masa ini, ada 28 senarai link blog yang diberikan dalam whatsapp group ... hope senarai link blog ni akan bertambah dari hari ke hari ... hah, kalau korang nak kenal who is the Sabahan Blogger, bolehlah klik kat sidebar mrs pip tu under bloglist Sabahan Blogger T_T

list Sabahan Blogger akan dikemaskini dari masa ke semasa, boleh klik senarai Sabahan Blogger DI SINI

www.sabahanblogger.com

bukan setakat logo, tetiba ada OFFICIAL WEBSITE untuk Sabahan Blogger ... mrs pip memang impressed dengan adik adik bloggers ni semua (well, I am yang paling tua la kot dalam group ni, huk huk) .... dah buat laman web rasmi, siap guna domain dotcom ....

memandangkan ini adalah muafakatan di antara sesama sabahan bloggers, so perlulah bertanggungjawab menjaga agar domain ni terus kekal selama yang mungkin ... nnt next year renew domain, kita bayar sama - sama yer adik-adikku semua ... korang jgn diam diam tak kutip cukai dari kitorang ... muehehe ...

berharap sangat ada perjumpaan bersama blogger2 lain, at least minum sepetang bersama komuniti or jom iftar beramai-ramai, mrs pip akan berusaha utk hadirkan diri ... 

ada sesiapa Sabahan Blogger yang tak register lagi atau nak register untuk join komuniti  the Sabahan Blogger? kalau korang orang Sabah, tak kisah lah berblogging dari mana ceruk dunia, just drop your web blog link kat ruang komen di bawah ok ....

let's widen the community ....

iklan sekejap


jom support GIVEAWAY RAYA rakan blogger, cik ELSALICIOUS
klik banner utk join T_T


cheers.

Post a Comment

5 Comments

  1. yeahhhh... di bawah bayu kita bersatu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thank you unni kerana usaha unni menyatukan sabahan bloggers....

      Delete
    2. This comment has been removed by a blog administrator.

      Delete
  2. Replies
    1. Lu, kau ndak mau ka masuk group sabahan bloggers?

      Delete

Terima kasih melawat blog Mrs Pip, dan sila komen dengan berhemah. Live link tidak dibenarkan di ruang komen.