Katering SJB; Perkhidmatan katering di Kota Kinabalu dan kawasan sekitarnya ...

hi there,

sekitar awal bulan April, ada pelanggan menghubungi mr.Husband bertanya tentang tempahan katering. Pelanggan tersebut ingin menempah katering untuk majlis perkahwinannya pada 30/4/17.

susun atur dome, pinggan, gelas, sudu garpu dan sebagainya untuk
meja pengantin / meja jemputan VIP pengantin, disiapkan oleh kami.
seperti biasa, mr.Husband akan berikan senarai harga pakej katering, dan memberitahu pelanggan skop perkhidmatan katering yang kami sediakan. perbincangan bersama pelanggan amatlah penting untuk kami mengetahui dengan jelas apa yang diinginkan.

Terima kasih pelanggan yang menempah,
beliau di antara pelanggan kami yang mudah dibawa berbincang T_T
sekiranya pelanggan mengesahkan untuk menggunakan perkhidmatan kami, iaitu Katering SJB, maka perbincangan seterusnya ialah pemilihan pakej, pemilihan menu, jumlah jemputan, tarikh majlis, lokasi majlis, pembayaran deposit dan pembayaran akhir.

meja ala buffet ini disiapkan oleh pihak pelanggan
kami pula bertanggungjawab dengan menyediakan sajian yang ditempah
termasuk peralatan serving dish, piring, sudu garpu, gelas, etc

ada yang bertanya, kalau kalau kami ada menyediakan khidmat sewa kanopi, sewa meja, sewa kerusi, sewa lapis meja dan kerusi, gubah pelamin, sewa alatan audio, dan sebagainya. buat masa ini, fokus kami hanyalah menyediakan tempahan sajian katering sahaja. 

kami juga memastikan pekerja kami wajib memakai pakaian seragam
yang disediakan, menutup kepala, dan berpenampilan kemas

sesekali terpanggil juga untuk mrs pip kongsikan perkhidmatan katering yang dijalankan oleh mr.Husband. terima kasih kepada pelanggan yang menempah.

kalau ada sesiapa yang mencari tempahan katering sekitar Kota Kinabalu, Papar, Kimanis, Bongawan, Membakut, Kuala Penyu dan Beaufort, bolehlah menghubungi Katering SJB 019-8076788.

untuk senarai harga pakej katering, bolehlah KLIK DI SINI

cheers.


No comments:

Powered by Blogger.