Ini rupanya biskut GERY yang viral lagi sedap tu!

08:30:00
hi there,

hangat di pasaran! macam pisang goreng T_T ... ramai yang berbual mengenainya .... viral juga biskut GERY ni kan .... dah viral, ramai yang cakap biskut ni sedap ... jadi mrs pip pun terasa utk mencuba ... selama ni hanya biskut WEETAMEAL yang mrs pip suka *ini biskut org diet*  ....

kebetulan pergi servey hari tu, ternampak lah longgokan biskut GERY ni, tak fikir panjang panjang, mau test punya pasal, terus ambil satu pek GERY berperisa keju, dan satu pek GERY berperisa coklat .... satu pek tu RM4.40 ....


cutenya packing biskut GERY ni ... satu pek tu ada 5 mini pek di dalamnya ... dan setiap mini pek tu, ada 2 keping biskut GERY .... alaaaaa, 2 keping jer? , tu la mula2 yang mrs pip fikir .... boleh tahan juga harga biskut ni, tapi 2 keping ja untuk setiap mini pek ni? hishhhhhhh.....


haha, tamaknya mrs pip ni ... lepas tu buat teh O , dan layan biskut ni ... gulp gulp gulp .... mrs pip have no idea what say you ols yang sudah cuba biskut ni , tapi bagi mrs pip, biskut GERY ni mmg S.E.D.A.P. ... puashati beli, rasa memang tak rugi, dan nak beli lagi!

satu lagi, mrs pip makan satu mini pek GERY berperisa keju dan satu mini pek GERY berperisa coklat tu sambil minum teh O panas, memang cukup mengenyangkan ... sesuailah satu mini pek tu ada 2 keping biskut ... serius biskut ni sangat kaya dengan perisa ... sebelah lapis permukaan biskut ni, betul2 dilapis penuh dengan keju / coklat , tak rugi lah beli T_T


pewitttt, dengar dengar biskut GERY dah ada perisa kelapa. yang ni harus cuba juga nanti ... tunggu ada bekalan di servey, hehe.... eh, ada tak mana2 blogger nak buat GA biskut GERY ni? mrs pip nak join tau.

dengar dengar biskut GERY berperisa kelapa tu pun sedap juga ...  korang dah cuba biskut GERY tak? kalau korang ni jenis suka makan biskut, bolehlah cuba biskut ni ok ....

yang mak mak mcm mrs pip, mmg suka beli biskut GERY ni, letak dalam handbag, so kalau jenjalan mana-mana, anak anak lapar, so boleh lah bagi kudap kudap biskut GERY untuk anak anak sambil mencari tempat makan kan ....

terbaek lah GERY!

cheers.


No comments:

Powered by Blogger.