Kepentingan berwuduk dengan betul

hi there, sekadar ingin berkongsi, semoga bermanfaat untuk semua. Umat Islam berwuduk sekurang-kurangnya 5 kali sehari iaitu sebelum menunaikan solat fardhu. Pentingnya berwuduk ini sehingga Allah s.w.t berfirman (bermaksud);

Kepentingan berwuduk dengan betul
Kepentingan berwuduk dengan betul
Happy Friday semua

“Wahai orang yang beriman, apabila kamu hendak mengerjakan solat (padahal kamu berhadas kecil), maka (berwuduklah) iaitu basuhlah muka kamu, dan kedua-dua belah tangan kamu meliputi siku, dan sapulah sebahagian daripada kepala kamu, dan basuhlah kedua-dua belah kaki kamu meliputi buku lali.”Surah al-Ma’idah:5-6
Malah, Rasulullah s.a.w juga menegaskan dengan sabdanya (bermaksud):
“Allah tidak menerima solat seseorang yang berhadas (kecil), sehinggalah dia berwuduk.”Riwayat al-Bukhari
Selain ia diwajibkan semasa solat, wuduk juga diwajibkan semasa bertawaf dan disunatkan dalam hal-hal lain seperti ketika marah, ketika menyentuh al Quran dan juga ketika belajar.
Jadi, mengapakah wuduk dengan betul begitu penting?

#1 – Wuduk Yang Sempurna Menghapuskan Dosa

Diriwayatkan bahawa Uthman r.a mendengar Rasulullah s.a.w bersabda (bermaksud):
“Sesiapa yang berwuduk dengan sempurna, kemudian bersolat, pasti diampunkan segala dosa yang dilakukannya di antara (solat tersebut) dan solat yang berikutnya, sehingga dia mendirikannya.”Riwayat al-Nasa’I dalam Sunan al-Nasa’i

#2 – Wuduk Membersihkan Rohani Dan Jasmani

Abu Umamah al-Bahiliy r.a. meriwayatkan bahawa dia pernah mendengar Amru bin ‘Abasah r.a bertanya Rasulullah s.a.w bagaimana untuk berwuduk. Baginda menjawab (bermaksud):
“Wuduk itu ialah apabila engkauu membasuh kedua-dua kakimu dan membersihkannya lalu gugurlah segala dosamu daripada kuku-kuku dan hujung-hujung jarimu. Apabila engkau berkumur dan memasukkan air ke dalam hidung dan membasuh muka dan kedua-dua tanganmu hingga ke siku, dan menyapu kepalamu dan membasuh kedua-dua kakimu hingga ke buku lali, engkau telah membersihkan segala dosamu. Dan jika engkau hadapkan wajahmu kepada Allah Azza Wa Jalla, gugurlah semua dosamu seperti hari kamu dilahirkan (dalam keadaan bersih dan tanpa dosa).”Riwayat al-Nasa’I dalam Sunan al-Nasa’i

#3 – Wuduk Memberi Manfaat Kesihatan

Di dalam buku Ensiklopedia Solat, terbitan Telaga Biru, disenaraikan 7 manfaat wuduk menurut kajian saintifik iaitu:
i. Bahagian tubuh yang dibasuh semasa wuduk adalah bahagian yang paling kerap terdedah kepada pencemaran dalaman dan luaran. Dengan berwuduk, lapisan kulit luar sentiasa bersih menjadikan sel-sel kulit dapat berfungsi dengan baik. Ini dapat membantu mencegah penyakit kanser kulit.
ii. Kita berkumur sekurang-kurangnya 5 kali sehari semasa berwuduk. Oleh itu, mulut akan sentiasa berada dalam keadaan bersih.
iii. Bulu hidung berfungsi sebagai penapis udara yang disedut masuk ke dalam sistem pernafasan. Apabila kita memasukkan air ke dalam hidung dan mengeuluarkannya semula, air akan membersihkan kotoran yang terperangkap pada bulu-bulu hidung.
iv. Wuduk adalah anti penuaan yang baik. Ini kerana sel-sel muka terpelihara semasa kita membasuh muka. Ia membantu mencegah kedutan awal pada wajah.
v. Kita menggunakan tangan kita hampir setiap masa. Justeru, tangan amat mudah tercemar oleh kuman. Membasuh tangan yang dilakukan sekurang-kurangnya 5 kali sehari sebelum solat secara tidak langsung dapat memelihara berlakunya jangkitan kuman.
vi. Sebagaimana tangan, kaki juga mudah kotor walaupun kita memakai kasut bertutup. Maka, membersihkan jari kaki juga menghindarkan ia dari jangkitan kuman.
vii. Pada waktu tertentu seperti semasa menyelati jari kaki, kita berada dalam posisi membongkok. Tanpa disedari, perbuatan ini sebenarnya membantu menguatkan pinggang.
Sumber : https://tazkirah.net/kenapa-amat-penting-untuk-kita-berwuduk-dengan-betul/

cheers

Post a Comment

0 Comments