'Adillah kepada kedua-duanya'

hi there,

ish, lil' Iman dan lil' Amin ni, asyik mau berebut barang .... suka betul main rebut rebut barang, pening mommy! ... lil' Iman asyik nak conquer semua barang, langsung ndak mau share dengan lil' Amin, dia ingat semua barang tu hak milik mutlak dia ......... grrrr ......

yang lil' Amin ni pula, kalau tu barang dia, dia buat tak kesah jerrrrr abang dia ambil, siap dia bagi lagu, then barang abang dia jugakkkkkkkkkkk lah dia nak rebut rebut! .... amacam tu? .....


lil' Iman ni pantang kalau tengah menyusu, botol susu tu kita tarik , mesti dia marah sangat ... ya lah kan, orang tengah nak menyusu, kita pula kacau, mestilah dia marah ... si lil' Amin ni pula, suka sangat jahat kat abang ... time si abang menyusu, tetiba dia datang kat si abang, terus sentap botol susu si abang then siap berlari keliling bilik acah acah nak bawa botol tu lari T_T apalagi si abang ni, mulalah bising dan kejar si lil' Amin sampai dapat botol susu tu semula ...

kes lain, lil' Amin ada botol air kegemaran dia ... mmg mrs pip beli satu jerrrr .... ingatkan bolehlah dorang ni kongsi kongsi kan ... moreover, lil' Iman biasanya minum air guna botol susu dia , tapi lil' Amin ni tak reti nak berbotol susu (fully BF gitu), so each time lil' Amin nak air, dia mesti nak pakai botol air kegemaran dia tu .... hah! guess what, time lil' Amin tengah best2 minum, timu tu la lil' Iman pula pigi sentap botol air tu ... apalagi, meraunglah si lil' Amin ni ... aiks!

lain kes lagi, so hari tu kononnya nak lah ajar si lil' Amin ni menyusu guna susu botol, mrs pip ingat it's time la kan untuk train lil' Amin minum susu formula, kira mix dgn BF la .... so, belikan lil' Amin botol susu lain species dari botol susu lil' Iman .... adohai! once lil' Iman ternampak botol susu yang baru tu, dia dah tak nak botol susu kegemaran dia tu! ishhhhhhhh, anak anak mrs pip ni ;(


dah selalu main rebut rebut mcm tu, mr.Husband cakap maybe better belikan mereka barang yang sama  so that dua dua tak main rebut rebut dan bertengkar ....

"adillah kepada kedua-duanya" ..... sambung mr.Husband lagi

hah! petang tu juga mrs pip ajak mr.Husband kluar pi belikan botol susu dan botol air yang baru .... lega rasa bila dua budak kecil ni dah tak bertengkar berebut barang ... masing masing dah ada yang sama ... no more dengki dengki T_T ....



nowadays, lil' Iman dah pandai dan suka minum air guna botol air ... selalu ja cakap "mommy, mau minum dalam botol yang ada mickey mouse" .....

lil' Amin pula, asal lil' Iman minum susu, dia pun nakkkkkkkk juga .... so, mrs pip buatlah juga dlm botol susu sebiji sama mcm botol susu lil' Iman .... now, kira lil' Amin dah start layan susu formula sikit sikit ... dia minumlah juga dalam 30 - 90 ml , lepas tu sambung BF ....


recently, lil' Iman ni, kalau dia mau minum, mesti dia cakap "Amin punya mana? Amin pun want minum juga" .... meaning, kalau lil' Iman nak minum / menyusu, wajib lil' Amin pun ada ... prihatin sungguh lil' Iman kat lil'Amin .... mcm ni lah anak2 mommy, mesti love each other forever, ok T_T .

mak mak sekalian, anak anak korang pun ada tak yang suka rebut2 barang sesama sendiri?

cheers! happy parenting.


No comments:

Powered by Blogger.