Bila anak lambat pandai bertutur, apa harus ibu buat? - Cerita Cinta Surirumah

Friday, 27 May 2016

Bila anak lambat pandai bertutur, apa harus ibu buat?

hi there,

so 2 weeks ago bawa lil' Amin pigi klinik buat regular check up untuk 18bulan age kan ... biasalah masuk klinik, kena sukat tinggi dan timbang berat T_T ....

kita sukat tinggi, height ok ...
kita timbang berat, weight errrrr ... mcm sesuatu ja ...

time lil' Amin 12bulan age, berat dia 9.95kg, then nurse bagi multivitamins .... ok kita bagi la minum tiap hari, then 3 bulan kemudian kita timbang, berat lil' Amin 10kg, punyalah sikit berat dia naik ...

tu yang berat time 15bulan age, now 18bulan age .... timbang berat, check tingu screen, berat dia cuma 10.4kg ..... sikit ja naik ... lil' Iman dulu umur 18bulan, dah berat 12kg ....

menunggu giliran untuk jumpa nurse
so, time giliran dipanggil masuk jumpa nurse, soalan biasa dorang tanya mesti

"ada apa apa yang merisaukan puan mengenai tumbesaran anak?"

lepas tu nurse tu sambil menyoal, sambil plot graf di buku kesihatan anak ... sambil mata mrs pip pun busy la nak tengok graf tu ok ke tak .... muehehehe, concern ma! nnt anak malnutrition kan ...

then bgtau kat nurse tu

"anak saya ni lambat sangat naik berat badan"

nurse tu senyum  and tunjuk graf yang dia plot

"puan janganlah risau, dari graf yang diplot ni, berat ok, tinggi ok, BMI ok, cuma lilitan kepala ja ada besar sedikit, tapi still dalam lingkungan selamat"

ah? apa tu? .... penting ke nak ambil tahu lilitan kepala anak?

so, all these years, memang mrs pip tak berapa nak ambil tahu pasal lilitan kepala, cuma kali ni ja la mrs pip tergerak hati nak bertanya lanjut coz mcm ada yang fishy pula rasanya cara nurse tu cakap ...

"kenapa perlu tahu lilitan kepala anak?"

nurse tu jawab penuh lemah lembut

"puan, lilitan kepala ni penting untuk kita monitor coz mana mana anak yang ada lilitan kepala besar, kita concern kalau kalau ada lebihan air"

..... so, lil' Amin ok ke tak lilitan kepala?

"anak puan ni, lilitan kepala dia ada besar sedikit, tapi kalau tengok di graf ni, still dalam garisan selamat, next check up kita tengok lagi mcm mana nnt"

ok, rasa selamat ... tak perlu nak risau lebih lebih ....

next , language lil' Amin pula ....

seriusly, lil' Amin ni lambat bercakap berbanding lil' Iman ... lil' Iman at teh age of 18months, sudah boleh susun 2-4 perkataan menjadi ayat ... no baby talk pula tu .... tapi lil' Amin, dia tak boleh susun ayat, dan dia cuma boleh sebut beberapa perkataan dengan jelas (bukan baby talk) ....

lil' Iman pun nak juga timbang badan dan sukat tinggi
T_T

lepas jumpa nurse, kena jumpa doktor pula .... hurm ;(

bila giliran lil' Amin jumpa doktor, tengok buku kesihatan lil' Amin, doktor pula concern tentang language lil' Amin ....

"anak puan tak boleh langsung susun beberapa perkataan jadi satu ayat?"

mrs pip angguk

"apa yang dia boleh sebut dengan jelas, at least three words?"

mrs pip jawab "dia bileh cakap "itu" dan "minum" dengan jelas, yang lain tu baby talk"

"such as?" doktor tanya lagi

"mom=makan, nen=susu, bak=peek-a-boo ... yang lain lain dia tunjuk melalui perbuatan dan lenggok badan" bagitau mrs pip

"hurm, ok ... kena hantar anak puan pigi terapi language"

deng! .... so doktor bagi satu borang, kena pigi fisio buat appointment

tapi since klinik fisio petang tu dah tutup, mrs pip kena datang buat appointment esoknya ....

after siap dari klinik, mrs pip bagitau mr.Husband (yang setia menunggu mrs pip di ruang menunggu), tentang lil' Amin kena attend terapi .... bincang punya bincang, end up kita tak buat appointmenr terapi tu coz mr.Husband sangat optimist yang lil' Amin perlukan sedikit masa sebelum pandai menyebut beberapa perkataan lain lagi ....

kita mak mak ni, worry tu memang la worry, tapi hey! he just 18months ok ... dan all this while dia boleh faham dan ikut arahan, cuma dia a bit delay untuk bertutur ....

2 weeks later (now, today) .... lil' Amin boleh bercakap "let's go" dan "mommy"....

fuh! lega ....

to all mak mak, jangan terlalu risau kalau anak anda belum boleh bertutur seperti yang di-expect-kan mengikut umur mereka ... some toddler memang laju ja bercakap , tapi some tu tidak .... apa yang penting, kita yang mak mak ni kena rajin bawa anak berbual dan didik anak untuk bercakap sepatah sepatah , perlahan lahan ... jangan cepat jemu dan jangan pula terlalu memaksa si anak ....

mcm kes mrs pip, lil' Iman dan lil' Amin berbeza perkembangan tumbesaran ... tapi mrs pip tak boleh samakan kalau lil' Iman pandai bercakap pada usia 18bulan, so lil' Amin pun mesti harus wajib pandai bercakap pada usia yang sama kan .... lain anak, lain la growth development mereka .... lain anak lain lah cara untuk mendidik mereka, kena ikut kesesuaian  ....

happy parenting you olls T_T

xoxo, cheers :)

 

No comments:

Post a Comment