Bubur labu kuning yang mudah disediakan, dan sedap dimakan T_T - Cerita Cinta Surirumah

Saturday, 13 February 2016

Bubur labu kuning yang mudah disediakan, dan sedap dimakan T_T

hi there,

beberapa minggu lepas, mr.Husband memetik buah labu dari kebun yang tidak berapa luas di depan rumah, tapi alhamdulillah, hasil tanaman kebun cukup untuk kami nikmati sekeluarga .... dengan kos hidup yang semakin meningkat, ada baiknya juga mr.Husband hari tu bersungguh2 untuk berkebun, once dah dapat hasil, mrs pip lah yang terasa gembira .... boleh makan makan makan kan .... jimat juga duit dapur, no need to beli kuih dari luar ....

kuih kukus + bubur labu + mochi

kalau dapat buah labu kuning ni, mrs pip selalunya buat kuih kukus, ni memang kegemaran lil' Iman, berketul ketul dia boleh makan ... alahai anak mommy seorang ni , asal dapat makan kuih kukus labu, memang dia syok la tu T_T ....


tada! inilah labunya .... this time dapat yang XXL size gitew


dapat 2 biji, satu XXL, satu tu size M .....

selalunya dapat buah labu yang size S atau M ja, so cuma boleh buat kuih kukus ja la, tapi hari tu kan, mr.Husband dapat sebiji besar size XXL, memang pucuk dicita ulam mendatanglah namanya .... memang teringin buat bubur labu, kali ni alhamdulillah dapat juga buat sekali bubur labu dan kuih kukus labu .....


projek kupas kulit labu ..... sap sap sui ja kami bilang T_T

so, hari tu mrs pip pun ada 'projek labu' .... memula cuci labu ni, then kupas kulit .... kalau mr.Husband ni, bab kupas kulit labu memang dia tak berkenan, tapi mrs pip ada teknik yang senang .... memula, mrs pip akan bahagikan labu ni kepada beberapa potongan (6-8 potongan), then mrs pip kupas guna fruit peeler, kan senang .... 


lepas tu, dah kupas kulit, bersihkan labu, buang bijinya, then potong kepada beberapa bahagian kecil, then rebus la bagi lembut .... dah lembut, toskan labu (tapi simpan lah air rebusan tu), tunggu sejuk seketika, then mrs pip blender labu ni (tapi simpan sedikit bahagian labu untuk buat kuih kukus nnt, mrs pip bukan blender semua pun) .... 


dah blender, mrs pip masukkan dalam periuk, tambahkan sedikit air labu yang ditos tadi, then mrs pip didihkan labu guna api sederhana .... kacau kacau kacau .... then tambah gula secukup manis ikut level manis masing masing .... bolehlah tambah sagu sagu kecil tu kalau ada, then kalau ada sweet corn dalam tin tu, boleh lah tambah sekali, memang yummy yummy yummy .... ada yang suka ja tambah sedikit potongan halia, tapi mrs pip not so into the ginger taste, so ndak la mrs pip tambah ....


hari tu mrs pip tiada stok biji biji sagu , then sweet corn dalam tin pun dah habis, so takkan makan bubur labu kosong kan ... then kebetulan ada tepung pulut, mrs pip pun buatlah bebola mochi ni ... alah, buat ni bukan susah pun, mcm buat puteri mandi tu, tapi ni buat saiz kecil kecil, mcm biji guli kecil ...

dah buat, boleh lah rebus guna periuk berlainan .... kalau bebola mochi ni naik ke atas permukaan air, bermakna dah masak, so bolehlah angkat .... nnt masukkan ke dalam bubur labu tu, masak bubur hingga mendidih, rasa manis dah masuk, kacau kacau kacau, then bolehlah matikan api ..... 

sedia untuk dimakan yer! ..... 


kalau korang suka bubur labu korang berlemak, bolehlah masukkan santan ketika masak bubur labu tu, tapi mcm kes mrs pip yang kononnya on diet, mrs pip just titiskan few drops of santan time makan .... yummy yummy la juga ,...

kalau rasa mau cuba buat kuih kukus labu yang memang senang dibuat semudah ABC, sila silalah klik entri terdahulu di sini ....
  
mrs pip suka makan bubur labu ni kalau dah sejuk, masuk dalam peti sejuk seketika ... tapi lain orang lain lah taste kan, ada yang suka makan time still panas panas ....

cuaca panas this few weeks ni, memang sesuai lah makan bubur labu untuk sejukkan tekak .... bon apetit.

mahu tahu kebaikan labu kuning, klik sini untuk entri 5 sebab kenapa anda perlu makan labu kuning

simple recipe dari dapur mrs pip , selamat mencuba.

cheers.

No comments:

Post a Comment